14 Okt 2017

Himpunan Sayangi Malaysia, Tidak Wajar Untuk Polis Menghalanginya

Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN

Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) kesal terhadap kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkeras enggan membenarkan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Timbalan Pengerusi KANUN Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, menjadi sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya pihak tuan tanah sendiri membenarkan tetapi pihak luar seperti polis menghalang penganjuran pesta demokrasi tersebut.


“KANUN turut melahirkan rasa kecewa dengan “pendirian tidak berganjak” beliau pada ketika tuan punya tanah sendiri iaitu MBPJ yang bukan sahaja tidak membantah malah telah memberikan permit dan kemudahan-kemudahan lain bagi menjayakan perhimpunan aman tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata majlis bandar raya itu tidak memerlukan kelulusan polis untuk membenarkan Pakatan Harapan (PH) menggunakan Padang Timur bagi perhimpunan itu.

Polis sebelum ini menyatakan masalah lalu lintas antara sebab mengapa mereka tidak akan meluluskan perhimpunan itu dan memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap penganjur.

“Berkenaan soal lalu-lintas, pihak penganjur telah memberikan jaminan untuk mengawal selia laluan trafik di sekitar padang tersebut melalui agensi-agensi keselamatan mereka malah mereka turut akan dibantu oleh pihak keselamatan MBPJ,” kata Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

KANUN juga menegaskan, tentang isu-isu keselamatan pula, adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatan peserta-peserta himpunan selaras dengan peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8, Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) sepertimana yang diamalkan di negara-negara maju.

“Bagi KANUN, pihak penganjur telah mematuhi syarat-syarat yang diperuntukkan oleh Akta 736 tersebut seperti Seksyen 9 (notis pemberitahuan) dan Sekyen 11 (kebenaran daripada pemunya tempat perhimpunan),” katanya.

KANUN turut mengingatkan pihak keselamatan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 tersebut juga tidak mensyaratkan keperluan untuk mendapatkan kebenaran atau permit daripada pihak polis dan halangan kepada sesuatu perhimpunan aman jelas sekali bertentangan dengan pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Bagaimanapun, KANUN bersama-sama dengan pasukan guaman PH dan sukarelawan akan bersiap sedia dengan tawaran khidmat guaman sekiranya berlaku tangkapan sebelum, semasa dan selepas himpunan tersebut.

Himpunan yang akan bermula jam 4 petang ini akan tamat pada tengah malam. -MD

ULASAN GB

Kenyataan Ketua Polis Negara yang menyatakan pihak polis tetap dengan pendirian tidak membenarkan perhimpunan antikleptokrasi walaupun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberikan lampu hijau terhadap penggunaan Padang Timur bagi acara itu amatlah dikesalkan.

Kenyataan itu dikeluarkan berkebetulan selang sehari Mahkamah Persekutuan menolak untuk mendengar rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah daripada kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman.


Jika perhimpunan BERSIH 4.0 yang sebelum ini turut "diharamkan" oleh Polis sedangkan mahkamah telah membuat keputusan bahawa penganjuran himpunan itu mengikut perlembagaan, maka apa pula yang menyebabkan KPN mengulangi halangan yang serupa terhadap Himpuan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi tersebut?

Semacam ada unsur "comtemplation of court" di sini.

Berapa banyak himpunan anjuran UMNO/BN dan kerajaan yang tidak pernah diusik oleh PDRM, tetapi sentiasa saja menjadikan himpunan-himpunan rakyat anjuran pembangkang sebagai sasaran.

Apakah PDRM bertugas untuk menjaga kepentingan dan keselamatan UMNO BN atau kepentingan dan keselamatan rakyat?








3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam, terima kasih tuan, kembali setelah agak lama menyepi.

Tanpa Nama berkata...


Gelap dan CAHAYA..

Gelap dan realiti KEGELAPAN..

Gelap-KEGELAPAN adalah celaru kebingungan..

Ddlm GELAP sgt2 mudah menakut lg memBODOHkan..

Fitnah rompak bunuh mnCURI n sgl ONAR korup cover-up konspirasi yg bobrok bejat trjd ddlm GELAP n mnjd "rahsia" kpd pemimpin2 yg berniat jahat yg mmiliki hati yg sgt2 gelap gelap n GELAP!

Dgn CAHAYA kesedaran n KEDEWASAAN genarasi ini sgl yg mnjd "rahsia" GELAP yg lalu, maupun juga KEGELAPAN yg trjd kini akan mula terbongkar n tak dpt disembunyikan lg..

Dan CAHAYA yg mmiliki tenaga yg sgt2 AKTIF itu sudah pasti pasti pasti n lg PASTI dtg bersamanya jiwa2 yg TERANG BERCAHAYA, yg luhur yg LURUS yg jujur yg amanah berIntegrity transparency serta MERIT trpuji..

Apb CAHAYA itu tlh bersemi mnjd etika kehidupan sgl yg GELAP, korup n konspirasi2 jijik n keji PASTI lenyap dgn sendiri n tak akan berulang lg..

Subur n war2kan CAHAYA cinta, CAHAYA Integrity MERIT transparency yg pasti n PASTI dpt melenyapkan prejudis bias trhdp kaum n agama yg sengaja ditiup dijaja agar GELAP ketakutan n pemBODOHAN terus berleluasa..

Hidup n suburkan CAHAYA kesedaran kdm diri generasi ini krn ddlm CAHAYA yg benar2 TERANG tiada apa2 lg yg dpt "berkonspirasi" memBODOH serta menakutkan kita serta generasi2 dikemudian hari..

CAHAYA itu adalah benih bibit2 "elegance-MIND" indah bertenaga yg akan melenyap sgl yg GELAP yg "barbaric" yg penuh kesumat dgn kata nista maki hamun yg keji lg kesat..

Raikan CAHAYA dari ILAHI bak mentari terang yg menyinari, pasti ianya akan subur mekar terus bersemi n abadi..

anuariun zaidin berkata...

Terima kasih tuan, kembali setelah agak lama menyepi.