29 Jul 2015

[TERKINI] Najib Tersilap Langkah Pecat Muhyiddin, Bakal Terima "Hukuman Berat" Dari Rakyat...

Sokongan untuk Muhyiddin melimpah ruah di Facebook

Rakyat Malaysia menzahirkan sokongan masing-masing kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook peribadinya hari ini, tidak lama selepas beliau memuat naik satu kenyataan, respons kepada penyingkirannya sebagai timbalan perdana menteri.

Kenyataan yang disiarkan 3 jam lalu, setakat ini menerima Like daripada lebih 131,000 orang (162,509 setakan pukul 10:45 pm) dan dikongsi lebih 31,000 kali.

Ramai yang melahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan ada yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menggugurkan timbalannya dan sesetengahnya menasihatkan bekas timbalan perdana menteri itu supaya melawan Najib dalam pemilihan Umno akan datang.

Najib adalah presiden parti Melayu itu sementara Muhyiddin timbalannya.

Azizi Hashim dalam komennya menenangkan Muhyiddin, memberitahunya beliau mendapat sokongan ramai yang yakin terhadapnya.

“Anda tidak berseorangan! Persidangan Agong Umno ada TSMY.... kasi lawan jawatan Presiden," tulisnya menggunakan huruf awalan nama Muhyiddin.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Ash Rule dalam komennya berkata: "Baik xde jawatan dari xde maruah.”

Sementara seorang lagi dengan nama Keyrol Xtuned menasihatkan Muhyiddin supaya bersabar.

"Bersabarlah TSMY.. Sesungguhnya Allah akan memakbulkan doa umat2Nya yg teraniaya.. 1 Malaysia dah tahu siapa yg salah siapa yg benar.. bertabahlah Tan Sri.”

Baharinshah Borhan pula menggalakkan bekas timbalan perdana menteri itu meneruskan perjuangannya dengan menulis: "Teruskan perjuangan TSMY.. sy akan berdoa yg terbaik utk Tan Sri” sementara Mohd Irfan berkata, rakyat Malaysia ada kuasa untuk mengundi keluar Najib pada pilihan raya umum akan datang yang harus diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

"Najib ada kuasa singkirkan menteri menteri yang lain, tapi kita yang rakyat ni ada kuasa untuk singkirkan Najib pada PRU akan datang nanti. Insyallah."

Iqbal Zharif menulis: "Kami nak PM baru, bukan TPM baru. Kami rakyat Malaysia sentiasa pada pihak yang benar, kami bersama Tan Sri!"

Iman Jay menulis walaupun Muhyiddin hilang jawatannya, tetapi ramai rakyat Malaysia yang menghormatinya.

“Hari ini Tan Sri hilang jawatan tapi Tan Sri tidak pernah hilang maruah dan rasa hormat rakyat seluruh Malaysia," katanya. -TMI


Netizen marah Muhyiddin digugurkan

Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus mendukung barisan kepimpinan kerajaan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.

“Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.

“Why you did this to Muhyiddin Yassin (Kenapa buat begini kepada Muhyiddin Yassin)?” katanya seperti yang dipetik menerusi ruangan komen tersebut.

Mohd Ariff Azlan, seorang lagi netizen pula berpendapat bahawa rata-rata yang meninggalkan komen di akaun Najib tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri.

“Komen-komen yang terdapat di sini menunjukkan kami tidak memerlukan kamu lagi. Jika kamu fikir dengan mengubah Kabinet, kamu akan selamat, tunggulah nanti rakyat akan bangkit dan tukar kamu dan pasukan kamu,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, laman akaun Facebook rasmi Najib masih menerima persoalan daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya ingin tahu punca sebenar Muhyiddin digugurkan.



Penyokong Muhyiddin lepas geram di Facebook Najib

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi sasaran kemarahan yang dipercayai dibuat penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang marah dengan keputusan Najib menggugurkan timbalannya menggunakan ruang komen di laman berkenaan untuk melepas geram.

Mereka berkongsi komen ‘****SUPPORT Muhyiddin Yassin’ yang diulang beberapa kali dalam satu komen selain diikuti beberapa ratus orang.

Turut dimasukkan doa rakyat untuk pemimpin yang zalim.

Komen tersebut dimasukkan sebaik Najib mengemaskini status, ‘Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai Rombakan Kabinet”.

Malah status rakaman ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Indian, Dr. APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia juga diserang dengan komen yang sama. -FMT



Kenapa gugur Muhyiddin? Rakyat tanya Najib

Pengumuman rombakan barisan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menimbulkan tanda tanya rakyat meskipun ada yang menjangka perkara itu akan berlaku.

Sinar Online mendapatkan reaksi orang ramai sejurus pengumuman dibuat, hari ini.

Menurut Arman Putera Asmuni, 42, Najib perlu menyatakan alasan menggugurkan Muhyiddin kepada rakyat supaya rakyat dapat menerima keputusannya itu.

“Mudah sahaja. Kenapa (gugur Muhyiddin)? Jika dia (Najib) boleh jawab kenapa, kita boleh terimalah rasionalnya keperluan menukar timbalan perdana menteri. Sebab (Muhyiddin) tidak sakit atau masalah kesihatan dan tidak ada kes besar yang dilaporkan secara rasmi terhadapnya, jadi, soalan saya, kenapa?

“Yang lain-lain juga kenapa ditukar portfolio dan digugurkan? Jika beliau boleh tampil dan jelaskan ‘saya gugurkan pemimpin yang ini kerana alasan ini’, rakyat boleh terima,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Najib dalam sidang media secara langsung menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

Namun, desas-desus menyebut pengguguran itu ada kaitan dengan kelantangan Timbalan Presiden Umno itu dalam mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Arman Putera dilihat tidak terkejut dengan keputusan itu dan sudah menjangkakan ia akan berlaku susulan beberapa tindakan Muhyiddin sebelum ini yang mengkritik 1MDB.

“Jangkaan itu ada. Saya tidak terkejut, cuma seperti saya kata tadi, mesti ada alasan kenapa gugurkan, kenapa ditukar?,” katanya.

Perkara sama turut disuarakan Vanishree Radha Krishna, 37, yang mengakui tidak terkejut langsung dengan rombakan itu dan sudah pun menjangkakan perkara itu.

Namun katanya, Najib tidak sepatutnya terus ‘menghapuskan’ Muhyiddin apabila pemimpin itu dilihat tidak memihak kepadanya dalam skandal 1MDB.

“Sepatutnya Muhyiddin daripada awal kena bela rakyat bukan hanya pada masa ini sahaja (melibatkan skandal 1MDB). Sebelum ini pun, ada banyak lagi isu lain tapi masih belum terlambat. Mungkin sekarang beliau dah sedar. Terlalu banyak isu timbul dia rasa makin lama rakyat Malaysia dianaktirikan.

“Mungkin suara hati dia merasakan ini semua tak betul dan dia mula bersuara. Sepatutnya beliau diberikan kebebasan, tak bolehlah terus ‘shut him off’. Apa yang Najib buat sekarang ini memang ‘very clear cut’,” katanya.

Vanishree juga kesal apabila isu perkauman dibangkitkan sejak kebelakangan ini yang didakwanya bagi menutup isu atau skandal yang didedahkan.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak isu perkauman dibangkitkan tapi realitinya ketiga-tiga bangsa utama di negara ini tidak ada gaduh. Saya tak pernah gaduh dengan Melayu atau Cina malah saya tinggal di kawasan yang pelbagai kaum.

“Saya lihat kes-kes perkauman seperti diadakan. Kami sayang negara ini dan nak tinggal di sini dengan menyayangi kaum lain seperti adik-beradik. Boleh dikatakan ahli politik di negara ini... tapi bukan semua, tidak cintakan negara ini. Mereka ‘money minded’. Kalau betul mereka cintakan negara ini, mereka tidak akan rosakkan negara,” katanya.

Sementara, Ahmad Razif, 27 pula memilih untuk menyerahkan semua keputusan rombakan itu kepada pihak yang berkaitan dan menanti keputusan siasatan berhubung 1MDB yang sedang berjalan.

“Isu yang melibatkan 1MDB itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak didedahkan kepada umum sangat tapi memandangkan dunia sekarang yang menggunakan teknologi yang pelbagai, jadi, maklumat dapat lebih cepat.

“Perkara ini dalam siasatan lagi, saya pun tak tahu nak komen positif atau negatif. Saya serahkan semua kepada Kabinet. Kita tunggulah kata putus selepas siasatan selesai nanti,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Nampaknya Najib seperti tersilap langkah, langkah memecat Muhyiddin telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Walaupun Najib menyatakan bahawa kabinet barunya akan meningkatkan keyakinan awam, namun hakikatnya tidak begitu. Lebih ramai yang mempertikaikan keputusannya memecal Muhyiddin dan tidak mustahil pula keputusannya itu akan menyebabkan backfire kepada Najib sendiri.

Muhyiddin mempunyai ramai penyokong terutama di peringkat akar umbi. Sebagai menteri pelajaran, Muhyiddin juga mempunyai penyokong teras dari kalangan kaum guru yang selama ini membentuk ramai perwakilan di dalam perhimpunan UMNO. Justeru itu tidak mustahil akan muncul satu "kebangkitan" mempertahankan Muhyiddin di dalam UMNO apatah lagi Najib yang terpalit dengan isu 1MDB sudah pasti akan diasak oleh ahli-ahli UMNO supaya melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Memang bukan merupakan satu rahsia lagi, langkah memecat Muhyiddin dan Gani Pail adalah untuk menyelamatkan diri beliau daripada terus disiasat berhubung salah guna kuasa berhubung skandal 1MDB.

Najib kelihatan sedang menggali kuburnya sendiri. Beliau tidak mungkin terlepas kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Malah sebelum ini GB menyatakan satu hari Najib dan Rosmah wajar ditangkap dan dipenjarakan. Petikan:

GB pernah meminta agar Najib dan Rosmah ditahan dan disiasat dan jika didapati benar Najib dan Rosmah bersalah menghabiskan wang rakyat seperti dilakukan oleh isteri Hosni Mubarak di Mesir, Imeda Marcos di Filipina, Najib dan Rosmah perlu dihukum penjara seperti yang telah dikenakan ke atas isteri Mubarak dan Marcos... Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan....






IKLAN BERBAYAR







37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib nak ikut langkah mahathir..tapi dia lupa waktu itu sokongan rakyat terhadap karajaan lebih 2/3..sekarang ini sokongan yg diterima oleh kerajaan pada pru 13 yg lalu adalah minoriti...krisis ini terus akan menyusutkan lagi sokongan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Jangan biar kan masalah UMNO menenggelamkan berita GHB dan PR 2.0 .

Ini semua auta. Boleh buat undi tak percaya di parlimen dengan sokongan dari pembangkang tak di ambil peluang. Muhyiddin ke sesiapa ke tak boleh buat apa-apa selagi KPN dan SPRM 'ikut perintah'

Orang UMNO sanggup berkorban asalkan pemimpin dan parti UMNO terus survive. 1MDB boleh menumbang UMNO !



Tukar kabinet atau tukar TPM tak selesaikan masalah rakyat yang terpaksa bergelut dengan kos hidup. Sebaik-baiknya tukar je BN dengan PR 2.0

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya dia perlu lepaskan jawatan men.Kewangan dulu

Tanpa Nama berkata...



Selepas menang, BN berbangga kerana ada KPI.
Dan Najib sendiri pernah umumkan berpuas hati dengan KPI Kabinetnya.

HaHaHa. Muhyiddin kena pecat kan, mana KPI nya ???

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...




Kita tenguk berapa ramai orang UMNO dan pro Muhyiddin berani tubuh parti baharu ?

Itu sebab lah kita sokong pemimpin G18 !!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kalau nak hukum Najib bukan pasal Najib pecat TPM nya. Hukum lah Najib sebab 1MDB, sebab matawang jatuh, sebab minyak naik, sebab GST tak dapat menyelesaikan masalah kewangan negara dan sebab media luar serang Najib.

Jika Najib tak pecat TPM dalam keadaan sekarang ini, OK lah ya ??

Tanpa Nama berkata...

Mmg nak bungkus Umno,masuk lubang tail!!!Hi hi hi

Tanpa Nama berkata...





Jangan hentam Najib je.

Hentam sekali mereka yang di naikkan jawatan dan di tawarkan jawatan menteri dan timb menteri.

Jangan tanya Najib apa alasan dia berbuat demikian. Tetapi tanya mengapa pemimpin seperti Zahid dan Jazlan sanggup menerima jawatan dan apa langkah yang mampu mereka lakukan untuk menyelesaikan 1MDB?

Bila masa Muhyiddin ada maruah. Yang bawak isu 1MDB berhutang ialah Rafizi dan kemudian di ikuti oleh Mahathir. Hutang dah berbillion semasa Muhyiddin jadi TPM pun kata bermaruah.

They talent berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt2...selagi namanya umngok bn selagi itulah drama ini akan berulang rulang hingga berabad abad lamanya...tolong fahami..kita tak mau hanya sekadar tukar pemimpin bahkan lebih penting adalah tukar DASARNYA!!!

Tanpa Nama berkata...

muhyiddin sudah dipecat najib.
siapa menteri, timbalan menteri, menteri besar
dan ketua menteri (bn) datang mengunjungi beliau?
yang nampak setakat ini, mukhriz.

Tanpa Nama berkata...

Kabinet "kayu"?
Jib: "Mah! Abg nak kuar jap!"
Mah: "Gi mana abang?"
Jib: "Abang nak kuar hal kabinet jap"
Mah: "Yeah! Mah nak kabinet kayu bang!"
Jib: "Memang. Kali ni semua kayu".
Mah: "Best la abang. Sayangggg abang!"

Saiful berkata...

Buat parti anak johor..masuk pr..perintah la johor sendiri..tmj ok sj..satu johor undi kamu

Tanpa Nama berkata...

Gila kuasa betoi hampa semua ni. Kalau bran hampa jemaah menteri ka letak jawatan ramai2. Bagi rakyat pulak jadi pemerintah hampa semua try jadi penoreh getah ngan buruh kasar. Baru tau langit tinggi ka rendah. Mai kita pakat2 doa dijatuhkan pemerintah dan jemaah yg zalim secepat mungkin.
31 julai ni depa nak sain perjanjian Ttpa pula mampus kita semua rakyat malaysia. Ini lah penjajahan alaf baru tanpa peperangan akan berlaku. Hasil negara akan dibolot oleh org asing. Tunggu...

TEROPONG TOK BOMOH berkata...

KNP TAK LANTIK HJ HADI JADI MENTERI...PALING SESUAI HJ HADI DI LANTIK JADI MENTERI HARU BIRU,HARUN DIN JADI MENTERI AIR JAMPI

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak ajar.

Tanpa Nama berkata...

Hairan, Agong tak nampak ka APA yang terjadi sekaran ni, dia adalah ketua dalam negara tapi tak boleh buat APA APA? Mana pi kuasa sebagai ketua negara?? Bila rakyat tegur para sultan sultan ini, mereka kata rakyat ni derhaka pula... APA fungsi mereka para sultan sultan ni dalam negara yang dikatakan berdaulat???

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya akan datang selewat2nya 2018. Masa tu melayu dan lupa lah. Genetic amnesia.

Tanpa Nama berkata...

Umno dulu, kini dan selamanya mempunyai pemimpin yang zalim

Abdul Said berkata...

Muhyiddin akan berseorangan. Ini memang tabiat UMNO. Anwar lain, belum masuk UMNO sudah ada pengikut, sudah ada orang yang berkongsi wadah dan cita-cita dengannya. Yang melekat kat Muhyiddin hanya mereka yang gila daki dunia. Sekarang Muhyiddin takde gam nak lekatkan orang pada nya. Gam itu ialah DUIT atau Ringgit yang kian merudum!! Sekarang kau rasa pula Muhyiddin bagaimana kau diperlekehkan dan dihina dihadapan satu dunia. Semuga amalan membaca Surah Yaasiin kau teruskan!!!

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
29 Julai 2015 bersamaan 13 Syawal 1436H

Rombakan Kabinet dan Pertukaran Peguam Negara Jejas Siasatan 1MDB

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin melahirkan kegusaran mengenai tindakan Perdana Menteri melakukan rombakan kabinet terutamanya dengan melantik empat orang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, termasuk Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri.

Rombakan ini beserta tindakan menamatkan perkhidmatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang terlibat secara langsung mengetuai Pasukan Petugas Khas menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB amat membimbangkan.

Setiap kali bila dibangkitkan isu 1MDB, jawapan yang diberikan adalah agar kita tunggu siasatan tersebut selesai dijalankan. Termasuklah yang mutakhir, persoalan yang dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras yang telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang sekali lagi meminta agar rakyat menunggu hasil siasatan tersebut selesai dijalankan.

IKRAM berpandangan, tindakan-tindakan tersebut hanya menghakiskan lagi kredibiliti Perdana Menteri dan Kerajaan yang seterusnya akan menjejaskan lagi usaha mengembalikan kredibiliti dan maruah negara serta keyakinan para pelabur.

IKRAM mengharapkan agar segala tindakan yang ingin diambil perlu meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

Dengan ini, sekali lagi IKRAM mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bertanggungjawab kepada Parlimen bagi menyiasat kes 1MDB.

Moga Allah s.w.t. memelihara dan menyelamatkan Malaysia daripada sebarang malapetaka yang lebih buruk.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tanpa Nama berkata...


Dalam pas pun sama mcm dlm umno...sapa yg nak tegak kebenaran akan kene singkir...sapa yg pertikai kesalahan boss akan disisihkan

Cuma dlm umno lebih beretika dari dlm pas..dlm pas sebelum kene singkir akan difitnah..di label dan di gelar macam2 dulu.

Tanpa Nama berkata...

Dalam UMNO pemimpin yang dah tadak Jawatan dan Kuasa Akan hanyut begitu saja.Maruah dan Integriti tak bernilaipun.Melayu Umno akan menjilat pemimpin yang berjawatan dan berkuasa saja walaupun sekor Khinzir jadi Perdana Menteri.Kalu melayu Umno ada maruah sudah lama Umno BUNGKUS.La ni penyakit ni dah berjangkit Pada Pas.Walupun presiden BODO dok pakat jilat belaka.Itulah kebanyakan MELAYU.RAKYAT MAKIN HARI MAKIN SUSAH BRO.MARILAH KITA PAKAT CARI JALAN KELUAR.MOGA HARAPAN BARU BERI HARAPAN.

Tanpa Nama berkata...



Negara jiran lebih kurang macam ni jugak halnya dengan PM yang terpalit dengan salah-guna kuasa, tak silap subsidi padi. Yang kena jawab di mahkamah ialah bekas PM tersebut. Mana-mana negara kalau salah tadbir yang kena ialah PM nya dahulu tapi di Malaysia tidak !

Bercakap mengenai proses bukan faktor sebab, Anwar di desak letak jawatan sebelum di pecat oleh Majlis Tertinggi. Tapi Muhyiddin tidak dengar pula yang dia di desak letak jawatan secara khusus . Hanya kedengaran beberapa pemimpin UMNO meminta mereka yang tidak sokong Najib hendaklah letak jawatan.

Ketika isu Anwar di pecat, negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi. Bukan sebab atas kelemahan Mahathir sebagai PM. Ketika itu kita tidak ada pengalaman menghadapi keadaan tersebut. Dan akhirnya, Mahathir sendiri yang mengundur diri.

Kali ini, isu pemecatan ialah berkaitan dengan 1MDB dan hutang negara berbillion-billion. Semua nya ini berpunca dari kelemahan Najib yang gagal mengawal dan merancang dengan baik sejak dari awal lagi. Antara Mahathir dengan Najib, hanya Najib yang mengunakan akaun nya sendiri memasukkan duit beratus juta.

Jika Mahathir berundur mungkin setelah sedar akan kesalahannya, Najib pun sepatutnya berundur kerana lebih banyak kelemahannya dan kesalahan yang dilakukan oleh Najib berbanding dengan Mahathir.

Meminjam kata-kata Shukur Harun (Dinamika politik harapan baharu), Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin UMNO peringkat Bahagian yang memberi sokongan kepada Najib sebenarnya sedang merancang permasalahan ini berdasarkan khayalan, angan-angan dan bermimpikan sebuah mimpi yang indah. Ini BAHAYA ! sangat-sangat bahaya !

Tanpa kita sedar, Mahathir berjaya membuktikan yang dia adalah PM yang terbaik selama-lamanya di antara semua PM Malaysia.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...



Pemimpin hanya pandai berkata, melayu mesti bersatu kerana kalau tidak orang cina akan berkuasa dan tuntut macam-macam. Hanya umno sahaja yang menjaga kepentingan melayu. Ini lah ucapan dan propaganda umno terhadap usaha-usaha Anwar dan PKR untuk membawa perubahan.

Bila melayu lemah, umno tak salah. Yang salah ialah Anwar. Apa kah sekarang Anwar dalam penjara pun umno akan salahkan Anwar dan orang-orang melayu ?

Orang-orang melayu masih ada pilihan. Jadi lah melayu progresif. dinamik dan peduli. Mari kita bersama-sama memberi sokongan kepada GERAKAN HARAPAN BARU !

Tanpa Nama berkata...




TUKAR KABINET. DARI KABINET KAYU KE KABINET PLAYFOOL !!

Nasib baik Muhyiddin terima dengan hati terbuka, kalau tidak air mani dia ada dalam dubur sialfool.

Satu-satunya saksi yang dipercayai 100 peratus.

Tanpa Nama berkata...

Nak kata wakil rakyat UmNO bodoh kita semua juga yang pilih depa nak kata ahli parlemen benggong depa asyik dok petikai isue yang tindak langsung meringgan beban rakyat nak kata wakil dari pembangkang depa pula asyik dok tuduh benda yang tak pernah pun dibuktikan sebaliknya kerajaan najib pula yang dok saman depa,apa la yang susah sangat la nie semua dah jadi caca merba bawa saja usul undi tak pecaya pada najib nak tengok yang depertua dewan nak terima atau tidak jika usul ni dia tak terima makna kata dia sukalah segala apa yang kita dok tengok dang dengaq la nie menjadi betambah buruk awat la hampa semua ahli parlemen bengong sangat.

Tanpa Nama berkata...

Raja-Raja Melayu dan YDP Agung boleh adakan persidangan khas. Isu ini boleh di anggap kecemasan yang melampau. Hehe.

Setiap Sultan Negeri ada badan khas yang memantau keadaan politik dan kestabilan negeri, begitu jugalah YDP Agung. Bagaimanapun dalam kes Anwar yang mengemukakan rayuan, salah seorang dari badan tersebut ialah orang UMNO jugak.

Berlaku adil lah dengan mendapat semua persetujuan Raja-Raja supaya mendapat maklumat siasatan dan maklumat mengenai 1MDB dan lain-lain terus dari SPRM dan KPN. Jangan ikut nasihat PM membabi-buta, sesekali orang politik ini kena diberi kejutan jugak yang Raja-Raja pun macam rakyat sudah sedar tembelang dan penipuan UMNO.

Dan akhir sekali, taat setia tentera kita ialah kepada Raja yang di wakili oleh YDP Agung. Semua Panglima Tentera mesti di panggil mengadap. Mana tahu mungkin tentera kita perlu bertindak seperti tentera Thailand.



Tanpa Nama berkata...

Kita marah kat org.. Jgn smp kita cerca dan tukar nama org tu jd panggilan tak elok... Nama tak salah..yg salah ialah perangai individu itu. Jadi kutuk perangai dia. Tsmy lambat sgt bertindak nak lawan najib. Patutnya ms pemilihan lalu lagi dia dh cabar. So sekarang dh terlambat. Sbb dia serang najib sebelum pemilihan. Sbb tu najib postpond pemilihan. Dan tak hairan dia lucut jawatan tsmy.sbb jika tsmy msih tpm. Dia leh guna jawatan dia utk tmbh pengaruh dan sokongan. Skang hnya sbg tim.pres umno je. Susah la dia nak fight ms pemilihan nanti. Sah2 pemilihan akan dtg zahid akan ambil alih tim.pres pula. Tsmy akan hilang semuanya. Jadi kalau tsmy msih nk berjuang dgn jln kebenaran. Kena join pr la. Tp kalau tak berani.duk diam2 n jadilah ahli parlimen saja. Sekarang peluang pr utk ke depan raih undi ahli umno. Tp pr jgn lupa gerak kerja utk bg kesedaran pada penduduk luar bandar. Pr kena wujud manifesto yg boleh challenge apa yg kerajaan najib boleh tawar pd rakyat. Maybe apa yg dibuat di selangor boleh dijanjikan di negeri2 lain seperti johor, melaka, n9, perak, kedah. Sbb rakyat semestinya bila nk buang undi. Dia lihat habuan apa yg dia boleh dpt dan bakal dpt. Sbb tu br1m sedikit sebanyak dpt tawan hati pengundi luar bandar. Pr nk jatuhkan ubn, kena tumpu utk menang kerusi parlimen. Sekarang ni dh boleh buat analisis dan kenal pasti kawasan parlimen yg possible boleh ditawan disamping yg sedia ada diprkuatkan. Sbb tu gerak kerja nak tawan hati pengundi sepatutnya sudah bermula.. Maybe satu manifesto boleh dibincang dan diwarwarkan secepat mungkin..tp jgn bg semua atau bagi yg sebaik mungkin.. Sbb nanti kena copycat pula dgn ubn. Rakyat umumnya dh muak dgn ubn.tp ubn seringkali berjaya tawan kembali hati pengundi. Perang saraf perlu bermula sekarang.. Bagi ubn tak senang duduk.

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH.... TERIMA KASIH NAJIB AKA PIEM 1M
TERIMA KASIH BANYAK3 KERANA MEMUDAHKAN LAGI KERJA2 PRU GHB + PKR + DAP
TERIMA KASIH KERANA MEMUDAHKAN CARA... TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN BIJAK ANDA

Tanpa Nama berkata...

kan dh ckap aritu...pemimpin skrang ni bakar kelambu sbb nyamuk...IQ slow..termasuk la yg keliling dia...jadi lah dia pemimpin haprak xde wawasan...malu mlaysia....

Tanpa Nama berkata...

Walau apa pun berlaku JANGAN salahkan pemimpin-pemimpin. Walaupun pemimpin-pemimpin itu jahat dan zalim. Dalam konteks negara kita, kita salahkanlah diri sendiri. Ini amat benar. Orang Melayu secara amnya sudah masuk 4 keturunan mengundi UMNO. Sekarang satu negara menerima padahnya. Orang Melayu bukan bangsa yang cerdik berpolitik. Kalau cerdik tentu kita sudah jadi macam Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. Orang Melayu adalah satu bangsa yang suka khianat, pentingkan diri sendiri, malas berusaha, suka berpoya-poya, leka, membuang masa dan malas menuntut ilmu dan membaca. Lebih 6 abad merdeka apalah pencapaiannya berbanding dengan negara serantau? Sungguh memalukan. Bergeraknya jentera Malaysia ialah kerana cukai-cukai yang dibayar oleh syarikat multi nasional dan juga oleh warga bukan Melayu!! Sekarang kebodohan orang Melayu diperhatikan oleh dunia. Betapa bodohnya bangsa ini dan mereka setaraf dengan bangsa-bangsa di Afrika dan Asia Barat!! Mereka sama dengan bangsa-bangsa yang diberi nikmat oleh Allah .w.t tetapi tidak tahu cara yang betul untuk menikmati bersama anugerah berkenaan.Ini adalah peluang untuk bangkit semula. Sekali ini kalau Melayu gagaljuga maka sudah tiba masanya kuasa politik akan beralih dan Melayu bodoh akan menjadi hamba-hanba ekonomi kepada bangsa lain dan kehidupan mereka akan terus didodoikan dengan lagu-lagu jumud yang dimainkan oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa!!!! Bila bangsa Melayu rebah dan berpecah-pecah janganlah salahkan orang lain. Salahkanlah diri sendiri!!!

Tanpa Nama berkata...

Sebagai rakyat Malaysia kita tak kesah jika UMNO/BN hancur. Yang kita bimbang apabila negara hancur dek perbuatan tangan kotor pemimpin UMNO/BN yang menyalahgunakan kuasa yang diberi rakyat.

Sanusi MJ berkata...

NAJIB RAZAK - Cash is KING..semua boleh beli kah?

Tanpa Nama berkata...

untuk kongsi bersama, najib adalah PM yg memiliki penasihat yg pintar.
dia boleh gugurkan TSMY, dan dapat menyelamatkan takhta nya, dengan iru dia lebih berani untuk menguruskan wang negara dengan mudah, kerana dia memiliki menterix yg bergaya dan bermewah.

bunga dhia berkata...

hahha. najib dan rosmah nie tak leh bla laa


rosmah chomel: abng, nape tukar menteri
kabinet. mah suruh tukar
kabinet dapur
abnh jib ranggi: hehehe, salh faham laa, nak
wat camne. redha jelaa
rosmah Chomel: heheh. abng ade hati tak
nak tukar mah
abng jib ranggi: x syng. hanya mah dlm hti
abng. #muahhcikedd
Rosmah chomel: muah muah muah

Tanpa Nama berkata...

Desak najib letak jawatan..semua...