27 Okt 2011

Kes Mata Lebam Timbul Semula Setelah Rahim Noor Cuba Dijulang Perkasa

Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail

Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.

Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.

“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.

Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara.

Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri.”

Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.

Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”

Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998.

Rahim kemudian mengaku mencederakan Anwar, kini Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Mat Zain sebelum ini mendakwa Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Anwar sebelum ini dan Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam.

Dalam suratnya bertarikh 20 Oktober, Mat Zain berkata, sebagai menunaikan permintaan Najib beliau telah memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata lebam, di pejabat Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2008, lebih kurang pukul 10.30 pagi.

“Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi. Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani dan Musa dalam perkara ini,” katanya.

Kata Mat Zain, seterusnya Najib turut memperakukan bahawa dakwaan terhadap Abdul Gani akan dibawa berbincang dengan penasihat-penasihatnya untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil ke atas beliau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes liwat Saiful merupakan yang kedua membabitkan Anwar dan sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes Saiful adalah 'bagus'... saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

“Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes liwat kedua serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut,” kata bekas pegawai polis kanan ini.

Mat Zain juga menulis bahawa beliau sedar tidak layak untuk menegur seorang perdana menteri dalam apa hal jua pun.

“Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

“Bukan sahaja undang-undang negara mewajibkan saya untuk bercakap benar, malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.”

“Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada rakyat jelata dan kakitangan awam, dalam penguatkuasaan keadilan awam.

“Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang,” katanya lagi.

Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Abdul Gani sendiri, pendirian Najib menjadi “lemah dan lesu seperti tidak bermaya.”

“Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

“Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang,” katanya lagi. -TMI


Bekas IGP: Awas gelombang hak asasi

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.

"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.

Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.

Beliau yang juga bekas pengarah cawangan khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.

"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA... Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut hadir di perhimpunan berkenaan. -mk



Ulasan GB

Perlu apa Tan Sri Rahim Noor ini dijulang semula? Sedangkan beliau adalah "penjenayah" yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memukul bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan matanya tertutup pada 20 September 1998 ketika berada dalam tahanan polis di lokap polis Bukit Aman.

Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac 2000. Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2000 dan hukuman penjara dua bulan dikekalkan.

Statusnya sebagai bekas banduan jenayah akan tetap terpahat di dalam sejarah negara. Lagi mahu tunjuk temberang dan lagak dengan rakyat jelata.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rahim Nor 'samseng beruniform' cuba nak 'comeback' pieelaH hanya melayu berjiwa hamba aje sokong samseng ni... perkasa yg terdiri dari mereka yang mengatak, hampeh dan direjectkan oelah rakyat.... tu pun seekor siam nak tumpang sekaki....

Tanpa Nama berkata...

nk jd ahli perkasa kan kna jd samseng dulu baru lulus,tgk semuanya bekas2 samseng umno

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah tu Perkasa oooi!Tak larat lagi nak ketawa nih...kalau nak melawak pun,atau idea2 tengah mencurah curah, simpan2le untuk taun depan ke tulat ke... hi!hi!

Tanpa Nama berkata...

rahim dulu bos aku masa jadi kp selangor...jasa dia pada pasukan polis banyak jugak..terutama untuk gokongan pangkat rendah...tapi sayang tindakan dia belasah anwar aku tak boleh teima ..sepatutnya dia tangkap dan belasah mahatir

Tanpa Nama berkata...

Petanda jelas dah tak de lagi orang yang baik akhlak yang sanggup bersekongkol dalam parti tua bangka itu. Yang tinggal hanya sosok-sosok haprak yang terpaksa diguna pakai. Dia ni anti kaum lain agaknya. Patutnya sebagai mantan penjawat awam yang kerjanya menjaga warga tak cakap macam tuh... Jangan harap atuk aku nak ngundi MCA lagi kali nih...

Tanpa Nama berkata...

GB aku sokong mu, diam2 aje le patut dia ni kan, kan, kan... habiskan masa kat masjid2 ke, badan2 amal ke..

Jasa dia masa polis dulu (menurut anon 8.01), tu mmg SEMESTINYA yg patut dilakukan oleh SEMUA kakitangan kerajaan termasuk pemimpin2 kerana mereka DIBAYAR gaji/menjalankan amanah.

Wlu bgaimana pun comeback dia ni ketentuan Allah yg hanya Dia yg tau.. Apa yg nampak, ialah semakin mengarut (bagi org2 yg bijak menilai le, yg tak bijak .. faham2 le)

Tanpa Nama berkata...

DSAI wajar minta peguamnya bongkar balik Kes Mata Lebam ni sebab melibatkan juga Gani Patail yang memalsukan bukti.Dengan terbongkar kes mata lebam ni munkin Rahim Nor akan diseret kembali kemahkamah.Baru padam muka Brahim Katak.

anti zul-noording alghuyub berkata...

Orang tu aku cakap, dia ni bagus masa dlm pasukan, tegas...tp bila mana dah masuk perangkap politik...ni la jadinya....