MCA akan keluar BN jika Umno laksana hudud
PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.
“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.
“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau lagi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”
“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.
Dr Chua juga berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.
“Saya mahu mengucapkan beliau terima kasih sebab beliau akan menyedarkan semua rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh ada konsensus dan pendirian yang sama, bahawa itu adalah penting, yang akan memberi kesan ke atas rakyat Malaysia,” katanya lagi.
“Belumpun berkuasa lagi, mereka tidak boleh mencapai agenda yang sangat penting, yang mana PAS berhasrat mahu melaksanakan iaitu hudud,” katanya. -TMI
Ulasan GB
Bukan sekadar Karpal Singh atau Lim Kit Sinag, tetapi kini UMNO kena penamparnya - MCA secara terus terang menyatakan bahawa ia akan keluar BN jika hudud dilaksanakan.
Ini membuktikan "kejayaan" UMNO memberikan gambaran buruk terhadap hudud dan hukum Islam selama ini kepada masyarakat bukan-Islam.
TPM, Muhyiddin Yassin cuba berkeluk-klek mengenai hudud menyatakan UMNO tidak tolak hudud tetapi hakikat sebenar tidak boleh ditutup.
PM-PM Malaysia silih berganti menghina hukum Allah semata-mata kerana takut kehilangan kuasa kepada PAS. Najib sendiri satu ketika pernah menghina dan menempelak hukum Islam dengan menyatakan "negara akan huru-hara jika Islam dilaksanakan". Inilah mentaliti PM Malaysia yang jahil terhadap agamanya sendiri yang memberikan imej buruk Islam kepada orang bukan Islam.
Izinkan GB beri peringatan bahawa kamu-kamu di dalam UMNO telah menghina hukum Allah maka kelak Allah akan menghinakan kamu-kamu semua apabila Dia menegakkan hukumNya di mukabumi ini.

Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno
MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.
Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.
Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.
"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.
Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.
Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Baca berita penuh]
Gerakan: Kita bukan negara Islam
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.
"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.
"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.
"Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.
Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan. -mk
Ulasan GB
Bukan sekadar Karpal Singh atau Lim Kit Sinag, tetapi kini UMNO kena penamparnya - MCA secara terus terang menyatakan bahawa ia akan keluar BN jika hudud dilaksanakan.
Ini membuktikan "kejayaan" UMNO memberikan gambaran buruk terhadap hudud dan hukum Islam selama ini kepada masyarakat bukan-Islam.
TPM, Muhyiddin Yassin cuba berkeluk-klek mengenai hudud menyatakan UMNO tidak tolak hudud tetapi hakikat sebenar tidak boleh ditutup.
PM-PM Malaysia silih berganti menghina hukum Allah semata-mata kerana takut kehilangan kuasa kepada PAS. Najib sendiri satu ketika pernah menghina dan menempelak hukum Islam dengan menyatakan "negara akan huru-hara jika Islam dilaksanakan". Inilah mentaliti PM Malaysia yang jahil terhadap agamanya sendiri yang memberikan imej buruk Islam kepada orang bukan Islam.
Izinkan GB beri peringatan bahawa kamu-kamu di dalam UMNO telah menghina hukum Allah maka kelak Allah akan menghinakan kamu-kamu semua apabila Dia menegakkan hukumNya di mukabumi ini.
7 ulasan:
Kalau benar-benar kamu Islam, hukum hudud tidak dibantah sebagaimana kamu taat dan patuh kepada perintah Allah yang lain.
Untuk Bukan Islam, apa yang kamu bimbangkan pasal hukum hudud ini kerana seperti perintah Allah yang lain kamu tak dipaksa untuk ikut.
HUDUD INI UNTUK UMAT ISLAM, DAN BUKAN ISLAM IOLONG JANGAN CAMPUR, LEBIH BAIK KAMU DIAM.
Salam buat tuan dan semua.
Inilah kesannya bila kefahaman tentang Islam disalah tafsir. Antara Pas Dan Umno masing-masing mempunyai rakan dalam pasukan yang tidak sehaluan. Jadi kita tidak perlu bising sesama kita yang penting penyatuan ummah dan BUMI ini milik Allah.
Jika benar PAS dan UMNO sehaluan dan sehati mengenaikab hudud maka perkara lain mudah untuk dibincangkan dan pasti nusrah Allah akan sampai......Insyaalah...
Komunis berlesen - Malaysian Comunist Association
Orang Kafir d Malaysia mungkin tak faham samada tentang HUDUD ini ...sepatut nya UMNO kena beritahu MCA n Gerakan bahawa HUDUD ini KHUSUS untuk orang ISLAM , memang Chua soi lek takut HUDUD ,takut dia kena REJAM sampai , mugkin umno yang ajar kat dia macam tuu...
Ustaz uztaz dalam UMNO , MUFTI yang ada di 14 buah negeri di MAlaysia tuu buat apa !!! dah 54 tahun UMNO -BN memerintah Malaysia ,MCA n Gerakan masih tak faham isu ini....
sama samalah kita renung kan perkara ini.....
Bukan sahaja MCA dan GERAKAN akan meninggalkan UMNO BeEnd. Kami pun telah memasang tekad dan berazam untuk kapankannya pada PRU 13. Selama ini MCA, GERAKAN dan MIC menjadi duri dalam daging kaum Melayu, menyebabkan banyak hak dan peruntukan kami selama ini berkurangan, hilang dan lenyap tidak berganti. Kuwujudan MCA, GERAKAN dan MIC pun atas sokongan undi Melayu. Ketiga-tiganya tidak menambah dan mengurangkan apa-apa seandainya mereka keluar.
Parti yang konsisten dari segi perjuangan hanya terletak di bahu PAS khasnya dan PR amnya. Dalam tempoh yang singkat kesemua negeri di bawah PR memiliki reserve kewangan yang membanggakan. Bagaimana pula negeri lain di bawah BeEnd? Misalnya Pahang? Tak mampu nak bayar saman ... MB Pahang langsung tidak gantlemen... cakap tak serupa bikin ... Malu sebagai anak Pahang punya MB menikus dan pengecut.
Betul tu... 54 tahun masih gagal transform MCA, GERAKAN dan yang lain untuk memahami ISLAM sebenar. Puncanya jelas kerana UMNO BeEnd tak pernah agendakan secara konsisten dalam perjuangannya. Tidak pernah berusaha untuk memberi kefahaman sejelasnya tentang HUDUD yang cantik dan adil kepada Non Muslim. Hal demikian kerana semangat dan roh ISLAM dalam kalangan pemimpin UMNO BeEnd tidak meliputi kesemua tuntutan dan keperluan tersebut. Apa yang utama adalah kepentingan peribadi umpamanya mengekalkan kuasa untuk mengumpul kekayaan.
rasanya DAP pun turut sama2 menolak hukum hudud. minta penjelasan
Catat Ulasan