Kuala Lumpur: “Saya begitu terharu dengan penghargaan ini. Walaupun saya sedih sebab ayah sudah tiada, sekurang-kurangnya pejuang sepertinya dikenang dalam bentuk sewajarnya. Saya bangga,” kata Ahmad Jamil (gambar), waris kepada pejuang Bukit Kepong, Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah.
Menurutnya, ketika peristiwa meragut nyawa insan tersayang itu, dia baru berumur enam tahun 10 bulan dan tidak mengingati kejadian terbabit dan dia hanya dimaklumkan tidak mempunyai bapa sejak lahir.
Katanya, biarpun pelbagai tafsiran diberikan masyarakat berhubung kejadian 61 tahun lalu, dia tetap berbangga kerana menjadi seorang bapa yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.
“Anugerah ini begitu istimewa kepada saya. Apa yang saya tahu, kami empat beradik kehilangan ayah dalam peristiwa berkenaan dan paling pilu, ketika itu ibu saya baru 10 hari melahirkan adik bongsu,” katanya selepas menerima Anugerah Wira Bukit Kepong mewakili keluarganya yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Najib yang juga Presiden Umno menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua 16 waris anggota keselamatan negara yang terkorban ketika mempertahankan Bukit Kepong daripada ancaman komunis.
Seorang lagi waris, Mohd Mokhtar Mohd Yassin berkata, dia terkilan dengan tindakan pihak pembangkang mempersoalkan usaha pejuang mempertahankan negara dan pada masa sama mengguris perasaan ahli keluarga yang bersedih akibat kehilangan orang tersayang.
“Biarpun ia sudah berpuluh tahun berlalu, namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas penganugerahan ini. Tetapi saya tidak puas hati dengan cara pembangkang cuba membangkitkan isu ini,” katanya.-hm
Ulasan GB
Sebelum Mat Sabu membongkar hal ini, yang dikatakan "wira-wira" Bukit Kepong itu lansung tidak mendapat perhatian.
Tetapi sejak isu itu ditimbulkan oleh Mat Sabu, tiba-tiba bermacam-macam anugerah diberikan kepada waris-waris polis Bukit Kepong.
Syabas kepada Mat Sabu sekalipun Mat Sabu terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah hasil dari fitnah Utusan.

12 ulasan:
Betul kata Greenboc. Selama ni pun saya terpikir, takkan la takde siapa dari wira-wira Bukit Kepong tu yang dianugerahkan darjat dari Sultan. Shah Rukh Khan lagi dulu dapat anugerah. Kepada waris-waris wira Bukit Kepong, lihatlah perkara ini sebagai blessing in disguise. Dan nikmatilah saat-saat anda mendapat perhatian media arus perdana. Bila isu dah sejuk kelak, back to being nobodies.
Tetapi masing2 yg terima anugerah dok kutuk samacam je kpd Mat Sabu, mereka masih tak faham, tanpa Mat Sabu menghebohkan isu ini, apa pun tak merasa......
org buta hati mmg tak nampak kebaikan mat sabu...
Nampaknya usaha penjajah telah berjaya. Kenapa dalam peristiwa Bukit Kepong perlu ada hero dan villain? Siapa yang mencetuskan semua ini? Kenapa tak ada Penjajah yang terkorban kat Bukit Kepong? Kenapa tidak ada askar-askar Gurkha atau Fiji yang terkorban? Kebetulan?
Kemungkinan besar juga ada talibarut British dalam PKM yang memberi maklumat dan cadangan untuk serangan agar PKM nampak sebagai villain di mata masyarakat. Dan ini boleh dijadikan alasan untuk propaganda dan melabelkan PKM sebagai jahat kerana memusuhi orang Melayu.
Polis British yang terdiri dari orang Melayu dan PKM yang juga berkemungkinan ada orang Melayu menerima kasualti yang teruk.
Siapa yang ketawa besar? PENJAJAH!
Jadinya berhentilah dari main wayang kulit. Semua tok dalang punya cerita. Tak payahlah menuding jari sesama sendiri. Yang jahat - penjajah. Yang mangsa kejahatan ini.....polis Melayu di bukit kepong dan PKM yang sama-sama ada semangat untuk Merdeka.
Pada saya, semua yang memperjuangkan kemerdekaan perlu diabadikan kisah mereka. Tak kira haluan kiri, kanan atau tengah. Hargai lah jasa-jasa mereka kerana rentetan peristiwa-peristiwa itulah kita menjadi Malaysia.
Bagi waris-waris pejuang kemerdekaan, berbanggalah kerana anda mempunyai nenek moyang yang berani, namun yang paling penting - sedekahkanlah Alfatihah kepada pejuang-pejuang tanah air ini.
Macamana pula nasib warisx angkatan
Tentera kita yang terkorban semasa menetang komunis selepas negara kita
merdeka?.Merekax yang gugur inilah
perjuang sebenar negara.Dan bagaimana
pula nasib bekasx tentera yang cacat
seumur hidup semasa menetang komunis
selepas negara kita merdeka?Apa yang
merekax ini dapat?Merekax ini bermatian mempetahankan negara tapi
hidup mereka terabai.Pemimpinx umno
senangx mengaut kekayaan negara
sehingga anakcucu hidup senang.
Mampuskan UMNO dalam PRU kelak!
dengan anugerah yg diberikan pehak berkuasa sekarang kepada waris mata mata rumah pasong bukit kepong secara automatik mat indra menjadi pengkianat atau pertualang negara pada masa itu walau pun yg ditentangnya pehak penjajah.
Kalau kita amat-amati ayat yang tertulis....
"....Najib yang juga Presiden Umno menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua 16 waris anggota keselamatan negara yang terkorban ketika mempertahankan Bukit Kepong daripada ancaman komunis...."
Apakah seseorang yang bersubahat dengan British menentang komunis pada tahun 1950 dianggap sebagai wira negara ? Sedangkan merdeka pada tahun 1957 ?
Kenapa bersubahat dengan British dipandang sebagai pejuang dan kenapa pula bersubahat dengan komunis dicop sebagai pengkhianat negara ?
Kenapa Mohd. Najib yang memberi kan anugerah itu dan bukannya pegawai British yang sepatutnya mengenang jasanya kerana ketika itu sarjan Jamil Mohd. Shah berkhidmat untuk British ?
Tidakkah itu menggambarkan bahawa Mohd. Najib seolah-olah bertindak sebagai kerajaan British ?
Kita ingat kembali kata-kata pro. Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun British pernah menduduki Tanah Melayu. Ini menunjukkan bahawa pegawai British yang ada diTanah Melayu adalah penasihat raja melayu bukan penjajah.
Disebabkan ramai orang melayu tidak suka British nasihat raja kecuali UMNO saja maka pada tahun 1957 pegawai British membuat rundingan dengan pemimpin UMNO serah tugas menasihat raja pada Tunku Abd. Rahman. Fakta.
Serah tugas nasihat raja dijadikan sebagai hari merdeka oleh UMNO sedangkan British tetap menjajah Malaysia dengan berselindung disebalik wajah melayu.
Tahukah anda bahawa Mohd. Najib itu adalah pegawai British berwajah melayu yang menjajah Malaysia sekarang ?
Untuk membuktikan kesahihan tuduhan itu, cuba anda lihat bagaimana SPR dilantik ? Dalam keadaan ini siapa yang lebih berkuasa diantara pegawai british yang berwajah melayu itu atau agong ?
Ingat... agong yang ada dalam istana sekarang ini hanya menerima nasihat dari Perdana Menteri dan tidak boleh membantah apa yang telah ditetapkan sepertimana yang dilakukan oleh pegawai British pada pada raja melayu sebelum 1957.... !!
Siapa sebenarnya yang jadi penjajah dalam Malaysia ketika ini yang perlu kita singkirkan dari cengkamannya ?
setuju sangat dengan pandangan anon 4:43, bokti umno ganti british ialah peanugerahan tersebut sepatutnya kerajaan malaysia buat tuntutan kepada pehak british supaya memberi penghargaan dan pampasan ganti rugi kepada kerajaan british keatas pengurbanan rakyat malaysia(tanah melayu ketika itu) bukan pehak kerajaan malaysia yg bagi. ini memboktikan umno sebenarnya bersekonkol dengan pehak beritish ketika itu mengistiharkan dharurat dan mengharamkan parti2 politik lain selain umno (pada tahun 48)kemudian menangkap golongan penentang british seperti mat indra sehingga terpasa melari diri masok kehutan kerana mengelakan dari tangkapan.
Walau apa pun,sekiranya Mat Sabu tak buka cerita Mat Indra,waris mata-mata Bk.Kepong tak akan dikenang oleh pemerintah.Sudah 56 tahun merdeka,baru sekarang(2011)waris-waris ini dikenang.Dimana salah Mat Sabu?
Baik sangka le. Waris tu terpaksa cakap cam tu sbb tak nak gaduh2. Dlm hati sapa tau, beri duit best juga .. pangkah nanti insyaAllah bukan BN
Ni yang terkilan2 ngan mat sabu ni apehal?Kalau mat sabu tak gatal mulut ,entah ,sempat kah tidak terima penghargaan,ada waris yang sampai sekarang tak terima pencen arwah suami yang dikatakan wira bukit kepong...eeeeee ada juga manusia mcm nie...
Allah nak beri rezeki/pengiktirafan/ malah kehinaan macam2 cara .. dlm kes ni Dia gerakkan Mat Sabu, wlu Mat Sabu puas le kena kutuk .. (yg puji pun ramai).
Yg penting, niat kerana Allah. Wlu pada org lain pelik & tak biasa. Orang baik2 dulu ramai yg masuk penjara . Takkan le kita asyik jaja kisah org dulu2 aje.
(yg masuk penjara kerana jahat tu mmg le patut, wlu ramai yg masih lepas diluar sana).
Catat Ulasan