15 Sep 2011

Milik Mahligai: Jamil Khir Bakal Terima Nasib Khir Toyo

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.


“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Ulasan GB

Sekadar makluman, ini adalah salah satu contoh siasatan sampai ke lubang cacing akan dilakukan apabila PR mengambil alih pemerintahan negara nanti.

Jika terbukti bersalah, samalah nanti nasib Jamil Khir dengan nasib Khir Toyo juga. Tak dapat duduk di mahligai yang dibina tetapi terpaksa menghabiskan hidup di penjara.

Namun, mungkin itu lebih baik daripada disiksa api neraka....

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan buruk sangka..dia simpan duit sejak kecil lagi tahu..tak caya tanya ...tu sape?

Yong berkata...

Sapalah kata dah dihukum di dunia dengan hukuman kafir boleh terlepas hukuman Allah?

Unknown berkata...

yong, perhatikan ada titik2 di akhir ayat, bererti ayat itu terbuka lagi dan blh ada pelbagai sambungan spt: ... yg pasti ditempuh di hari pengadilanNya.yong, perhatikan ada titik2 di akhir ayat, bererti ayat itu terbuka lagi dan blh ada pelbagai sambungan spt: ... yg pasti ditempuh di hari pengadilanNya.

Dr Twetnama berkata...

kita mahukan sebuah kerajaan yg tak ambil kesempatan dgn kekayaan malaysia dgn merompak wang negara demi tembolok sendiri.. itu yg anak anak muda mahukan beb.. soal syurga neraka adalah soal ketuhanan.. mereka tidak akan peduli mengenainya..

Khairi berkata...

Pimpinan itu adalah amanah.Ramai drp kalangan manusia yg tewas dgn dugaan ini, kita hormati pimpinan tertinggi PAS seperti TGNA & TGHH yg hidup penuh dgn ala kadar, kita berdoa Allah sentiasa naugi perjuangan kita dgn dikurniakan Nya dgn pimpinan seperti ini sepanjang masa yg akan mengingatkan kita kepada kesederhanaan hidup ini dan sentiasa punyai pimpinan yg amanah & taqwa. Dan orang politik kerajaan lah yang paling senang pecah amanah sebab kuasa & projek ada ditangan mereka. Bersedialah jawab diakhirat nanti, lebih-lebih lagi yg banyak ilmu agama!

ROMPIN berkata...

Seprti TGNA kata,bukan susah perintah kelantan tp yg susah nk kawal nafsu..maknanya serban besar bakul pun kalau jd pemerintah nafsu takleh kawal jadinya mcm puak2 menteri umno lah. Sepatutnya jamil khir kena sabar,jgn buat rumah tu dulu tunggu la umno tumbang PRU13 dulu. Tp itulah dia kuasa Allah nk bagi tunjuk awal2 kat rkyat malaysia ni. kalau jamil khir nk selamat baik jual rumah tu dan duitnya buat masjid..tp hukuman belum tentu terlepas...hahaha

pepe81 berkata...

hehehehe x kemana puak amno ni,.,.,.,bila ada umah besau baru ada gaya,,.,.,duit amik mana lantak lah aku peduli hapa,...hehehehee

Tanpa Nama berkata...

Elok juga ditunjukkan semua rumah menteri-menteri, senator-senator, yb-yb dan ketua-ketua bahagian umno supaya rakyat boleh lihat kemewahan mereka.

Tanpa Nama berkata...

itu bru umah blm kenderan yg ada

Tanpa Nama berkata...

aku dok perati tade seorg pun menteri spesis umngok yg hidup zuhud..berkereta sederhana..berumah biasa..spt menteri besar klntan dan kedah..yg hidup serba sederhana ygmana rumah mrka hy rumah biasa sprti rkyat miskin..iyelah gaji mmg besar..tp nawaitu dan tggjwab kamu pd agama,bgsa dan ngra lbh bsr dr nikmat duniawi yg smntra..so klau dah mntr agama pun mcmtu..ape lagi yg bukan agama..nauzubillah min zalik..

adam berkata...

penyelesaian terbaik, minta pemberita menanyakan sendiri soalan ini kepada Jamil Khir. Dalam masa sama SPRM juga bule mendapatkan penjelasan dari JK. Harap semuanya berjalan lancar.

Tanpa Nama berkata...

Kata Menteri Agama yang tahu dan arif tentang keperluan. Perlukah kamu atau mestikah kami bina kediaman segagah ini yang lengkap dengan gerbang dan dome. Macam batu nisan depan rumah sahaja ?.

Dahan Jati berkata...

Pembangkang selalu menuduh tanpa fakta spy rakyat memandang serong kepada seseorang individu. Jika seorang rakyat biasa boleh bina rumah lebih besar lagi dr itu, inikan pula menteri. Ini negara bebas, setiap org yg bijak dan rajin berusaha akan memperolehi kekayaan. Taraf hidup rakyat kita telah banyak meningkat, rumah adalah syurga bagi seseorang. Kita boleh membina rumah mengikut citarasa kita mahukan. Asalkan kekayaan yg kita perolehi adalah halal. Pembangkang ingin membawa cerita bahawa menteri ini merompak wang negara. Begitu mudahkah wang negara diseleweng oleh menteri? Adilkah tuduhan yang cuma berbekalkan prasangka? Eloklah mereka ini bersangka baik pada seseorang, tanpa mengetahui sumber sumber kekayaan yang beliau perolehi.

kita berkata...

memang betul kata dahan jati nih...sesuai untuk renungan bersama.

tapi dalam masa yang sama, kita kena ingat ketirisan wang rakyat berbilion2 ringgit. sapa yang rembat? itu la yang kita nak cari.