Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.
“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.
Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.
“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.
Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.
Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.
“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.
Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.
“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.
“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.
Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.
Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.
Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.
Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8. -SH

7 ulasan:
Biaq pi kat depa, jangan layan perkara macam ni. Buang masa saja. Awat depa tak bersuara langsung bila menteri-menteri UMPORNO buat rumah PULUHAN JUTA ringgit, beli kapal TLDM (OPV) sampai ENAM BILLION ringgit,sedangkan negara lain pun beli jenis yang sama dgn harga lebih murah, tibai duit zakat untuk biayai loyar..dan macam-macam serba mak nenek yang membazirkan wang negara?? Memang itu dasar UMPORNO-APCO.. PI MAMPUIH LA DEPA..!!
betoi puak penyokong umno ni kalau pemimpin umno biar binggerap negara pun depa dok bela situ....bukan apa depa dok boleh pi makan peri, kadang2 depa dibawak pimelancong disamping depa ditoji supaya sentiasa dok sokong umno bekas talibarut penjajah orang putih.
Memang saya sokong sangat pendapat anon 2.01pm. Mereka ni saj nak cari salah kerajaan Kedah sekarng tapi sebelum ni depa lagi banyak perabih duit rakyat tak ada pun yang cerita. Tadi tgk berita Timbalan Menteri MITI komen supaya menteri besar kedah diganti kerana kesihatan beliau tak mengizinkan, soalannya apa hak dia nak persoalkan rumah tangga orang, dia jaga le hal dia, apa kena mengena dia dengan kerajaan PAS kedah sekarang.Apa pasal dia tak persoalkan diri diri dia yang kalah dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO tapi dilantik sebagai Timbalan Menteri tapi orang yang menang tak ada apa jawatan pun dalam kabinet,tak rasa malukah
kesian keraPARPU Kari fitnah terkantoi..
Ek eleh.....ni pun nak kecoh. Hari-hari kat jalan raya pun boleh tengok orang gomen pakai Pajero dan seangkatan dengannya dari rumah pergi ofis. Macam kreta mak-bapak kasi. Petrol sure rakyat yang tuang. Maintenance sure rakyat yang bayor. Bukan satu bijik...beribu bijik!!!
Alahai apa nak kesah YB pakai je...
dah beli pun,kalau tak pakai membazir pulaknya..Baru lah ada kelas sikit noo..Lgi pun YB kan baru pulih..biaklah selesa sikit..
Rakyat nak kata apa mampui pii laa.
Dato' toksah doh pikiaq panjang2.. mulut depa dah lebaq sangat so kasi lebaq lagi la, saman 10 juta boleh beli keta lagi untuk kegunaan negeri.. jimat sikit duit negeri
Catat Ulasan