Kuala Lumpur – Seorang ahli perniagaan menghadapi saat cemas setelah kereta mewah jenis Lamborghini miliknya yang dipandu terbakar di Jalan Beringin, Bukit Damansara, semalam.
Mangsa yang enggan dikenali, berumur 31 tahun, ketika itu sedang memandu untuk memanaskan enjin keretanya setelah seminggu kenderaan tersebut tidak digunakan.
Lelaki itu berkata, secara tiba-tiba, asap keluar daripada bahagian enjin di belakang kereta, kira-kira jam 11.50 pagi,
“Saya terus memberhentikan kereta untuk tujuan pemeriksaan tetapi apabila mendapati api mula keluar daripada bahagian belakang enjin, saya terus keluar menyelamatkan diri
“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kereta ini sudah seminggu tidak dihidupkan kerana saya berada di Shanghai, China atas urusan perniagaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian hampir RM1.2 juta.
Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan Dua, Shahrul Azizi berkata, satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas tiba tujuh minit kemudian setelah menerima panggilan daripada orang awam.
Beliau berkata, sebaik tiba, kenderaan itu didapati sedang terbakar dan api berjaya dikawal sepenuhnya, kira-kira jam 12.05 tengah hari.
“Kereta tersebut hangus sepenuhnya dan setakat ini Unit forensik masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.
Katanya, bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada masalah teknikal ekoran kenderaan tersebut jenis berkuasa tinggi.
Ulasan GB
Sekadar bertanya, zakat dah tunaikan? Jika sudah alhamdulillah, itu mungkin ujian utk dikurniakan lagi kekayaan dariNya. Jika belum, itu peringatan dariNya supaya membersihkan harta yang ada.

6 ulasan:
ingatkan kereta mahal tak terbakar, kah kah kah
harta sebagai ujian,dan ujian itu dlam berbagai bentuk dan keadaan. apa yang penting ingat Tuhan
Ya...Amaran Allah, banyak lagi golongan miskin yang perlu di bela!!
Jgn gelak berdekah2 ketawakn org lain. Yg pastinya itu adalah ujian dari Allah. Jika benar sekalipun ahli perniagaan ini telah menunaikan zakat (seperti kita), tidak semestinya dia akan terlepas dari menghadapi ujian dariNYA. betul tak?? Tetapi sekurang2nya dia adalah seorang yg telah berjaya dalam mengecapi dunia perniagaan. DAN saya pasti dia juga tidak lokek menghulurkan bantuan kpd mereka yg memerlukannya. Hurm, bagaimana pula kita, yg hanya tau berdekah2 gelakkan atas musibah org lain, walaupun dia buka seorang muslim. Betol sangat ke tindakan kita tu?? Tak takut ke sekiranya Allah memberi balasan atas sikap kita yg tidak rasional tersebut??? Ingatlah, Tuhan itu Maha Kaya~! Jgn lakukan perkara sesuka hati kita sahaja~!! Seeloknya kita doakan atas keselamatan dirinya.
p/s: kita tak tahu, mungkin perkara tersebut tak jadi pada kita, tetapi ianya mungkin boleh terjadi pada kaum keluarga/ sahabat handai yg terdekat~! bygkan jika kita mereka2 hangus terkorban?? Jd JGN CEPAT GELAKKN ORG LAIN~!
Tak semua org kaya di Malaysia itu jahil, mereka kaya dgn hasil titik peluh mereka, mereka usaha pd tahap yg tinggi, kadang kita tak mampu nk ikut cara mereka bekerja keras, namun mereka juga tidak tamak & kedekut~!.. Jgn laa anggap buruk pd insan lain, kerana kita sendiri tidak tahu bagaiman dia berjaya. Hanaya Allah yg tahu. Ikutlah cara Rasulullah kita, yg sentiasa beranggapan baik pd umatnya yg lain. Biarlah dia kaya mcm mana pun, dia tidak mengusik periuk nasi kita, mungkin golongan org2 kaya ini berniat murni, mempunyai impian dan harapan yg tinggi utk membina kekayaan selain utk mengecapi nikmat dunia, insyaallah dia juga akan membantu insan2 lain?? kita x tahu kn? mungkin begitu~!.. Kita doa pd Allah semoga dia tidak lupa diri. Dan sekurang2nya golongan org2 kaya seperti ini laa yg akan membantu mereka2 yg perlukn bantuan... Amin~!
p/s: Andaikan dia menderma RM3juta pd sekolah2 tahfiz, anak2 yatim, membina terusan air, perigi air, membaik pulih surau, membina masjid. Dan dia tidak dimaklumkn amal jariahya pd umum... Jd apa salahnya jika ada rezeki lebih dia nk mencuba memiliki kereta mewah seperti Lamborghini RM1.2juta?? Apa salah dia sehingga kita cepat nak pandang serong pd golongan org2 kaya ini??? Sedangkn kita yg hidup bersederhana ini pun boleh diuji, tentu juga mereka tidak akan lepas ujian dr Allah. Betul tak?
Cube nilai pada kita, 'cepat sangat nak memandang serong pada org lain',dah elok sgt ke hati kita ini???
tu le nak tunjuk kete mahal ,bawa seminggu sekali,nasib baik dia pun tak terbakau dgn kete tu
Tak tahu lah macam mana press boleh katakan pemilik kereta ni seorang ahli perniagaan berbangsa Melayu..sebenarnya dia ni berbangsa Tionghua..seorang yang saya kenali rapat.
Catat Ulasan