Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.
Gambar: Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Barety di Kediaman Duta Perancis di Kuala Lumpur. Foto Oleh Coo Choy May
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.
Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.
Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.
Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia.
“Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat,” kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang. -TMI
Ulasan GB
Tahniah Datuk Ambiga.
Pengiktirafan tertinggi dari negara Perancis untuk pemimpin Bersih 2.0, sekaligus pengiktirafan kepada perjuangan rakyat Malaysia amnya untuk pilihanraya bersih dan adil di dalam negara ini.

6 ulasan:
Contoh TERBAIK. Bukannya buat anugerah sendiri....bagi diri sendiri.....
Ini anugrah dari negara maju,bukan macam negara jakun.
Aku bukan penyokong Kerajaan & lebih bersifat atas pagar TAPI untuk PAS (Harakah) dan jika yg puji ni Islam INSAFLAH, ketahuilah SYAITAN nilah yg kuat menyokong/ perjuang bekas umat Islam yg Murtad.
Maaf jika korang &PAS trus bersokongkol biar pun untuk tujuan yg baik sklpun (Bersih dll) aku x kan percaya, sokong lagi & krglah yg wajar diperangi umat Islam.
Tahniah kpd Ambiga kerana kami berhutang kpdnya kerana konsistennya memulangkan keadilan pilihanraya utk rakyat.
pandai cakap dia setan...tapi kita lupa, kita pernah dakwah ka kat ambiga? nanti tuhan tanya ambiga ka tanya kita?
jangan mudah nak kata dia setan, kita sendiri x reti nak dakwah kat dia.
ambiga menyokong prinsip kebebasan beragama. ambiga juga menyokong mereka yang keluar dari satu agama ke agama yang lain atas dasar kebebasan beragama. oleh itu beliau adalah salah seorang dari mereka yang menyokong murtad! Dan ini adalah fakta! Jadi korang fikirkanlah walau sejenak
Catat Ulasan