24 Sep 2011

Klip Video UNDILAH: SKMM Beri Jawapan Kartun, Belum Diluluskan Lembaga Penapis Filem

SKMM: Video 'Undilah' belum diluluskan lembaga penapis

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) tersebut masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Menurut kenyataan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.

"Di dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, di dapati PKA tersebut belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

"Oleh itu PKA tersebut tidak sepatutnya disiarkan di televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan," kata SKMM.

Menurut SKMM, demikian juga di bawah AKM 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

"Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA tersebut," kata kenyataan itu.

Antara yang muncul dalam video yang menampilkan 40 personaliti itu adalah ahli-ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, artis tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lepas menyeru rakyat untuk keluar mengundi.- Bernama

Klip Undilah: Sila jelaskan larangan, Ka Siong gesa SKMM

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menuntut penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) motifnya melarang stesen penyiaran lokal menyiarkan klip video Undilah.

Timbalan menteri itu (gambar), yang turut sama menjayakan klip berdurasi 4.38 minit, bersama beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menekankan, penerbitan itu bukan bahan berkontroversi, sebaliknya hanya satu makluman awam menyeru rakyat Malaysia mendaftar dan mengundi.

“Saya terkejut. Sangat terkejut. Saya tidak faham mengapa ia ditarik keluar daripada ke udara.

“Ia hanya satu mesej yang menggalakkan orang keluar mengundi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini. -TMI


Ulasan GB

Jawapan yang cukup kartun dari SKMM.

Apakah di dalam video klip itu ada ajakan kepada permusuhan dan pertentangan ras, atau ada adegan bogel dan seks sepertimana video seks yang sebelum ini disiarkan secara meluas di dalam berita-berita televisyen?

Hanya sekadar untuk memberikan alasan menegakkan benang yang basah semata-mata kerana klip video itu memaparkan beberapa wajah ddan ucapan beberapa pemimpin yang tidak disenangi oleh UMNO BN. Jika boleh klip video yang perlu ditayang di TV hanya perlu ada muka-muka Najib, Muhyiddin, Rais Yatim, Jamil Khir dan seumpamanya sahaja.

Rakyat bukan bodoh macam zaman 60an 70an. Ini zaman IT, zaman digital, zaman internet, zaman maklumat di hujung jari. Sungguh kasihan SKMM masih berada dan hidup di zaman batu.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam video Undilah..xdepun bahasa lucah...gambar lucah...isyarat lucah tp disekat oleh SKMM...huhu

Tanpa Nama berkata...

BN/UMNO ada penyakit phobia. Satu lagi penyakit mereka adalah takut warna hijau.