24 Sep 2011

Lari Tinggalkan Temanita Apabila Polis Tiba Semasa Berasmara Dalam Kereta

Permaisuri (Terengganu): Panik melihat kehadiran sebuah kereta peronda polis semasa asyik memadu asmara, seorang lelaki bukan saja merempuh kenderaan itu, bahkan lari meninggalkan temanitanya, seorang pelajar. Gambar hiasan

Terpaksalah pelajar itu terkial-kial memberi penjelasan kepada polis mengenai perbuatan mereka.

Kejadian itu berlaku pada 1.30 pagi kelmarin di tempat letak kereta di hadapan sebuah kolej swasta di bandar ini.

Pasangan itu sedang memadu asmara dalam sebuah kereta Perodua Myvi dan tidak sedar dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah melihat perbuatan mereka.

Dek terkejut apabila menyedari kehadiran anggota polis itu, lelaki tersebut memecut keretanya hingga bergesel dengan kereta peronda polis.

Ini menyebabkan bumper hadapan kereta peronda itu tercabut.

Lelaki itu kemudian memecut meninggalkan tempat kejadian, tetapi dikejar kereta polis itu sejauh satu kilometer.

Kereta itu kemudian tersadai di bahu jalan akibat satu tayar depannya pecah dan lelaki itu melarikan diri.

Polis membawa pelajar perempuan itu serta kereta tersebut ke ibu pejabat polis daerah Setiu, di sini, bagi siasatan.

Pelajar itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Teman lelakinya masih menghilangkan diri. -- hm