28 Feb 2016

Muhyiddin & Penyokongnya Digesa Tinggalkan UMNO, Sertai Rakyat Lakukan Reformasi Politik...

AYUH MUHYIDDIN, MULAKAN GERAKAN RAKYAT SEKARANG JUGA

Kenyataan media Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya, Muhyiddin Yassin setelah MT parti bertindak terhadapnya sekurang-kurangnya menggariskan empat fakta penting:-

- perlunya reformasi institusi yang menyeluruh yang bertujuan menghadkan kuasa Perdana Menteri serta menjadikan beberapa institusi seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM dan BNM mampu berfungsi dengan bebas tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa.


- Najib Razak sedang menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik serta keruntuhan institusi demokrasi sedang menjadi tatapan dengan penggantian kemunculan seorang diktator baru.

- telah ditunjukkan bukti oleh bekas Peguam Negara, Gani Patail mengenai kemasukan wang sebanyak RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi Najib dan ia sah merupakan satu perbuatan jenayah.

- keperluan mengenepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk satu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintergriti.

Apa yang perlu Muhyiddin lakukan selepas ini? Masih sesuaikah hanya dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan saja?

Sementara Muhyiddin sudah mula mengajak rakyat agar bangun menentang kezaliman dan kemungkaran, menuntut perubahan institusi, menggambarkan munculnya seorang diktator baru dalam negara serta mengesahkan perbuatan jenayah melibatkan seorang Perdana Menteri turut berlaku, tiada pilihan lain yang harus dilakukannya selain terus bergerak ke hadapan.

Bersama pelbagai kelompok lain yang juga mempunyai kebimbangan yang sama seperti parti-parti politik pembangkang, NGO serta disertai oleh Tun Mahathir Mohamad, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan lain-lainnya, Muhyiddin sudah sewajarnya menggerakkan program jelajahnya ke seluruh negara mulai sekarang untuk terus menekan dan mengasak Najib secara konsisten dan tanpa henti.

Gerakkanlah kekuatan "berani kerana benar" yang selalu dilaung-laungkannya sehingga akhirnya bukan saja Najib dapat disingkirkan, bahkan yang lebih penting ialah impian mewujudkan sebuah negara baru dengan refomasi menyeluruh yang dicita-citakan itu.

Apatah lagi Rafizi Ramli sudah pun menghulurkan salam persahabatan kepadanya berikutan keinginan melakukan reformasi institusi itu. Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim juga turut menyebut perkara yang sama.

Jika sekadar mengeluarkan kenyataan demi kenyataan saja, tetapi jasad tetap terkepung di bilik berhawa dingin yang selesa, percayalah bahawa Najib akan terus tersenyum meskipun dilabel sebagai diktator baru atau dicop dengan perlakuan jenayah sekali pun.

Muhyiddin, mulakanlah sekarang dan berhentilah sekadar berpencak di pentas media saja!! -shahbudindotcom


Rafizi alu-alukan Muhyiddin untuk bersama gerakan Reformasi

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, untuk bersama dengan 'gerakan Reformasi' bagi bekerjasama ke arah sebuah Malaysia yang lebih baik.

Dalam respons terhadap penggantungan Muhyiddin itu, Rafizi berkata Muhyiddin menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti saya atau Pakatan Harapan. Saya tidak akan cuba bercakap bagi orang lain. Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang aktivis reformasi yang telah bersama-sama dengan arus menuntut perubahan ini sejak 1998.

"Saya hulurkan persahabatan kepada sesiapa yang bersetuju dengan agenda reformasi,"
kata naib presiden PKR itu dalam satu kenyataan hari ini.

Keutamaan sekarang, tegas Rafizi ialah menjana kekuatan rakyat untuk menuntut reformasi yang menyeluruh dalam sistem sekarang yang menurutnya banyak "menindas".

"Saya alu-alukan Tan Sri Muhyiddin bersama-sama gerakan rakyat yang mahukan perubahan itu dan saya hulurkan persahabatan supaya semua pihak (tidak kira latar belakang) dapat menyumbang ke arah sebuah Malaysia baru yang adil dan saksama, yang meletakkan keadilan undang-undang mengatasi kepentingan peribadi," katanya.

Setiausaha agung PKR itu juga menyuarakan harapannya lebih ramai rakyat biasa memilih untuk berbuat sesuatu supaya boleh menukar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan melantik seorang perdana menteri baru yang bertanggungjawab kepada rakyat di bawah satu sistem baru.

Malaysia, tegas Rafizi, di persimpangan yang unik dalam sejarah.

"Buat pertama kalinya, kita berada di kedudukan kritikal yang mana sebahagian rakyat kita, tidak kiralah apa latar belakangnya, sudah faham bahawa kita tidak lagi boleh menangguhkan perubahan dan reformasi," tambahnya.

Muhyiddin, dalam respons selepas digantung daripada jawatannya, telah menekankan perlunya perubahan di negara ini.

Kata Muhyiddin, Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.



Mulakan perubahan dari selatan Semenanjung, seru Amanah Johor

Isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno turut menarik perhatian Amanah Negeri Johor.

Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Johor, Aminolhuda Hassan mengajak rakyat Johor tanpa mengira fahaman politik dan kaum melakukan perubahan politik.

"Dengan semangat #BangsaJohor yang tertanam hebat dalam diri setiap rakyat Johor, dengan ini (saya) mengajak seluruh rakyat Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk kita sama-sama buktikan bahawa Bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!" ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Aminolhuda, sejarah negara menyaksikan tiga Timbalan Perdana Menteri dipecat dan digugurkan daripada jawatan iaitu Tun Musa Hitam yang berasal dari Segamat, Johor; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh, Pulau Pinang) dan Muhyiddin (Pagoh, Johor).

"Dua sosok anak Johor (Musa Hitam dan Muhyiddin Yassin) ini menggambarkan betapa Bangsa Johor dilihat gah dalam kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.

"Sungguhpun demikian, sejarah juga mencatatkan bagaimana dalam sebuah parti yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa, hanya kerana dikatakan menegur presiden parti, mereka terus dikenakan tindakan.

"Adakah parti tersebut iaitu Umno langsung tidak mengiktiraf jasa dan pengorbanan tokoh ini khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuang sebegitu rupa?"
soal beliau.

Sehubungan itu, Aminolhuda mengajak Muhyiddin serta seluruh pemimpin Umno Johor untuk meninggalkan parti itu dan bersama rakyat melakukan perubahan politik.

"Saya percaya setiap daripada pemimpin Umno Johor mahu yang terbaik untuk seluruh Bangsa Johor," tegasnya.

Beliau turut menyeru Muhyiddin, para pemimpin Umno negeri dan seluruh rakyat Johor memulakan gelombang perubahan dari selatan tanah air.

"Dari tanah keramat Negeri Johor, dalam (usaha) membebaskan negara kita daripada segala permasalahan dan skandal dengan bersama Amanah sekaligus bergabung padu dengan Pakatan Harapan," katanya.
-Malaysia Dateline


23 ulasan:

sunny berkata...

Perjuangan TSMY adalah untuk menegakkan kebenaran. Sejarah telah membuktikan BANGSA JOHOR adalah pemimpin berprinsip. Ayuh BANGSA JOHOR bangkitlah berjuang untuk menghapuskan kemungkaran yang melemahkan kredibiliti Malaysia di mata dunia. BANGSA JOHOR ANAK JOHOR SEJATI

Tanpa Nama berkata...

Ayuh anak dn bangsa johor..mulakan lah sebelum terlambat...

Tanpa Nama berkata...

Di johor cuma 30%yg ada kesedaran...selebihnya masih dimomokan dgn hantu DAP

Abdul Said berkata...

Sekarang apa yang dilakukan oleh Mahathir sedang menghantui kita semua. Beliau yang tidak percaya kepada teori 'Separation of powers' atau pengasingan kuasa-kuasa dan telah banyak memporakporandakan institusi-intitusi negara seperti kehakimanan, parlimen dan kabinet dan istana sedang memerhatikan akibatnya. Ramai percaya penyakit salah guna kuasa dan rasuah bercambah dengan suburnya pada zaman beliau. Paklah dan Najib hanya penyambung-penyambung kerja beliau sahaja. Cuba bayangkan sekiranya Najib jatuh dan beliau digantikan oleh orang dari kumpulan yang sama maka Pm yang baru ini akan lebih ganas lagi kerana Najib akan meninggalkan selonggok 'senjata' yang hanya perlu digunakan lagi sahaja. Untuk keluar dari kemelut ini negara perlu satu perubahan yang jelas dimana setiap institusi penting negara dan instrumen pentadbiran bebas dari diganggu gugat bukan sahaja oleh PM bahkan juga oleh kaki bodek PM disetiap daerah!!. Tanpa reformasi ini Malaysia tidak akan dapat bersaing dengan Indonesia atau Thailand bahkan kita juga akan ditinggalkan oleh Laos dan juga Somalia!!

mustapa m said berkata...

Bangsa Johor tak dapat berbuat apa-apa kerana MBnya telah nyatakan dengan jelas bahawa Umno Johor bersetuju dengan tindakan dan keputusan AG dan MT Umno.

Masakan Umno dan rakyat Johor sanggup membelakangkan MBnya?

Tanpa Nama berkata...

Itu Najib. Ada juga benda yang dipertahankannya. Tetapi apa yang aku lihat Hadi Awang yang begitu bangang pulak nak pertahankan apa?

Tanpa Nama berkata...

IT'S TIME FOR THE WINDS OF CHANGE..

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin perlu mempunyai karektor yang tidak gentar dengan apa jua sekalipun. Berani membuat pendedahan yang membuat kan sehingga dia ditahan oleh Bukit Aman.

Dari situ lah, Muhyiddin bergerak dan bersama rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Something is wrong. Ada yang tidak kena.

Muhyiddin kalau nak jadi hero rakyat ... satu perkara kena tahu... Hero sebenar bukan di ajak untuk bersama rakyat tetapi Hero sebenar yang mengajak rakyat. Perkataan 'Ayuh' dan 'Mari' sepatutnya keluar dari mulut Muhyiddin sendiri.

Ikut bahasa Tun Mahathir, 'menghasut'.



Tanpa Nama berkata...

Bangsa Johor?? Bangsa Jawa atau Indon?? Pendatang Malaysia dari Sumatera-Jawa..bila dah dpt IC, camanalah x jadi totok UMNO? Mmg la gini naturenya..

Sbb tu Johor masih mahu bezakan mereka bangsa Johor dan bukan dari bangsa Malaysia. Beza bangsa Malaysia ialah mahukan perubahan Malaysia scr menyeluruh. Sedangkan bangsa Johor cumah mahu ubah PM saja.. HAMNO tetap HAMNO..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA AKAN JADI MCM FILIPINA YG MANA KESAN PEMERINTAHAN DIKTATOR MARCOS MASIH LAGI ADA SAMPAI SKG. DI FILIPINA PEMERINTAHAN DIKTATOR MARCOS SUDAH DIGULINGKAN TAPI NAK RAPATKAN JURANG EKONOMI ANTARA GOLONGAN RENDAH DAN TINGGI ADALAH AMAT SUKAR SEKALI SAMPAI SEKARANG RAKYAT DIAORG HANYA TINGGAL DI RUMAH BURUK DAN GOLONGAN KAYA MEMANDANG ORANG MISKIN SEBAGAI ANJING KURAP TANPA RASA BELAS KASIHAN. M,SIA ONLY HAVE 2 WAY, EITHER YOUR BUAT REFORMASI RAKYAT SAMPAI CEROBOH BANGUNAN PARLIMEN MCM DI THAILAND SAMPAI TAKSIN PUN TAKUT. IF PERLU BUAT BEGINI BARU BLH UNDURKAN PM THEN GO AHEAD. IF U WANT CARA PILIHAN RAYA, BEAR IN MIND WE ALL THAT WE ALL DAH NAMPAK AGENDA PM NAK BAWA BANYAK PTI UTK DIBERIKAN IC WITH RECENT ISSUE NAK BAWA PEKERJA BANGLA. DI SABAH, MASALAH INI SAMPAI SKG MASIH BELUM SELASAI. WE ALL TAK SAID TUDUH NAJIB BUT POSSIBILTY UTK DIA LAKUKAN SINCE ELECTION DAH DEKAT TERAMATLAH SANGAT TINGGI DISOKONG OLEH PRESIDEN USA FOR SURE NAK NAJIB KEKAL SUPAYA AGENDA CONQUER EKONOMI MALAYSIA DPT BERJLN DENGAN LANCAR. THIS IS THE WAY WE SHOULD THINK IF NAK JADI RAKYAT 1ST CLASS. IS UP TO YOUR ALL TO JUDGE. JANGAN SAMPAI NEGARA KITA DAH JADI MCM FILIPINA BARU NAK SEDAR SBB BUBUR TAK BLH LAGI DIUBAH DIJADIKAN NASI SEMULA. LU FIKIRLAH SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

Sokong sgt dgn cadangan tu, tapi dah agak terlambat. Kenapa dulu semasa berkuasa turut sama membantai idea2 dan teguran pembangkang, bila dah kena atas batang hidung baru tahu. Soal 1MDB ni diperingkat awal dulu lagi telah pun ditimbulkan oleh pembangkang tapi kenapa kutuk atau tak mau sokong teguran pembangkang pada masa tu. begitu juga hal-hal yg berkaitan dgn Pengasingan kuasa yg byk bertumpu kepada seorang ni - pembangkang banyak kali dah dok timbulkan tapi pakat dok kutuk pembangkang. Skrg kan dah dirasai sendiri baru tahu.
Banyak masalah rakyat ditimbulkan pembangkang cth GST adakah kamu turut sokong pembangkang?

Tanpa Nama berkata...

bangsa Johor dah jadi laksa Johor dah jadi makanan Najib.

Tanpa Nama berkata...

Oiii...jangan memperkecilkan BANGSA JOHOR, ye.
Yang sokong membuta tuli tu mak bapak kami, tapi 30% dah mula
sedar. Cuma yang 70% tu saja yang takut Melayu jadi macam Melayu
Singapura. Genarasi Y tak takut sebab mereka tahu, Rezeki itu
bukan datang dari UMNO tapi ALLAH. Kalau kita kuat berusaha,
kita takkan jadi papa kedana. Tengok, berapa ramai anak Johor
generasi Y yang masuk Singapura, kerja jadi kuli......???
Di Malaysia, Kerajaan pandang mulia kepada Bangla.
Menghina Generasi Y sebagai pemalas dan pemilih kerja.
Cuba bagi gaji yang tinggi, tak perlu bawak masuk 1.5 juta
Bangla. Tapi mungkin 1.5 juta Bangla tu bukan untuk buat kerja 3D
tapi untuk dib eri IC dan MENGUNDI UMNO/BN.
Ini senjata Zahid, si Penyamun Banjar - lebih jahat daripada Najib, si pencuri dan penyamun Bugis.

Tanpa Nama berkata...

Kalau di Mesir ada "Arab Spring"
Di Malaysia ada apa????

pemuda parit kings berkata...

Lebih Dari baiknya tsmy kluar Dari BN Dan bongkar semua kekotoran serta kezaliman...bangkit Dan bangun Bantu rakyat dgn Cara pendedahan Demi pendedahan harus dilakukan tsmy...ajak rakyat seluruh Malaysia utk bangkit menyedarkan rakyat yg leka dibuai mimpi indah media pro umno...usah gentar..buktikan kamu sbgai pembela rakyat...bukan seorg yg menyusahkan rakyat...

pemuda parit kings berkata...

Jika benar lagi dikata...buktikan pada rakyat...yg kamu benar2 mahu berubah Dan sedia utk diubah Dan dihukum rakyat...klu setakat cakap sahaja...tiada gunanya terus menyokong pemimpin yg kuropsi....jika tiada kesungguhan...sia2...

Tanpa Nama berkata...

Apa pendapat tuang amanat sushi jepong? Benci umngok tapi sayang sangat aji derma,

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum...tidak salah pihak pembangkang menghulurkan tangan kepada bekas pemimpin-pemimpin UMNO untuk turut sama-sama memperjuangan nasib rakyat malaysia ini. Namun, secara peribadi saya masih ragu-ragu dengan penyertaan beberapa bekas pemimpin UMNO (hasil acuan UMNO) dalam memperjuangkan nasib rakyat...seboleh-bolehnya saya tidak mahu pakatan dan rakyat tertipu kali ke-2. Saya berharap pemimpin-pemimpin pakatan berfikir semasak-masaknya...

Muhammad Ariff berkata...

Dakwa... sapa pun boleh dakwa... tunjuk bukti yg konon ada dlm tangan... biar rakyat nilai... bukan main acah2 je...

http://suaramelayubaru.blogspot.com

benartetapbenar berkata...

Apakah TSMY bakal memahat namanya dalam sejarah politik tanahair utk ditatap oleh bangsa Johor khususnya & rakyat Malaysia amnya di masa akan datang ATAU namanya hanya spt Tun Musa dll yg akan hilang ditiup angin dlm catatan sejarah akan negara. Menang - Kalah bukan ukuran ttp PERJUANGAN membebaskan rakyat & negara drp belenggu penjajahan regim yg menindas rakyat sendiri akan dikenang dlm sejarah sepanjang zaman. Mereka2 yg 'kalah' ditangan musuh ttp MENANG dihati rakyat dikenang sehingga kini.... Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dhobi, Rentap, Mat Saleh..... mereka tewas sebagai PEJUANG BANGSA... apakah TSMY bakal menyambung rantaian jiwa2 besar ini atau akan tewas sebagai sekadar politikus ... sama2 kita tunggu pengakhiran 'perjuangan' ini....

pemuda parit kings berkata...

Tunggu Dan lihat...beranikah tsmy seperti Anwar Ibrahim???sudah bersediakah tsmy menghadapi hukuman???klu ikut Cara tok guru najib...mautlah tsmy dgn karier politik beliau...baru nk baik...dah dicantas...hahaha....ada bran????

Tanpa Nama berkata...

sori incek..zaid bukan banjartapi hantu itu jowo ponorogo lebeh kapada gondorowo gitu adanya khi khi..