Geran: Pengampu Umno bising sudah dijangka
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Seperti yang dijangka akan bangunlah puak Umno tegar yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan Selangor menyediakan geran memfailkan bantahan daftar pengundi baru kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Begitupun, beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang proaktif dan pro rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan betul dan adil, dengan menyediakan geran berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha tersebut.
“Ini adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan negara ini berjalan dengan betul,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya,negara akan rosak jika pemimpin yang menang bukan kerana kewibawaannya, sebaliknya kerana tipu muslihatnya melalui bantuan SPR.
Menurutnya, pengampu Umno takut hendak membuat kenyataan atas nama parti itu kerana orang yang tidak dapat melihat pun kenal tabiat buruk Umno.
Antaranya, kata beliau Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar.
“Hujah puak pengampu Umno ini mudah sahaja, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat Selangor,” ujarnya.
Tambahnya, mereka akan susah hati jikalau projek untuk kebaikan rakyat, tetapi menikus ketika pemimpin Umno membazir wang untuk kepentingan politik dan pemimpin Umno.
Katanya, rakyat tidak mendengar komen mereka ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang menyiasat perkara-perkara berkaitan kewangan oleh Balkis, bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor yang diketuai oleh isteri Dr Khir, untuk melihat sama ada terdapat salah laku.
Beliau berkata, pegawai-pegawai Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dan PKNS dan yang lain memberi keterangan di perbicaraan Selcat adalah memeranjatkan.
Sebanyak RM1.7 juta telah dibayar untuk perjalanan ‘teknikal’ DisneyWorld dan Disneyland termasuk sewa bilik Presidensel di Honolulu bernilai RM110,000, RM200,000 untuk perjalanan ke Jogjakarta dan upah penari sahaja RM10,000 dan mereka juga membayar tiket penerbangan untuk orang gaji Dr Khir untuk menyertai perjalanan itu.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata mesyuarat Exco telah bersetuju menubuhkan geran tersebut.
Beliau menambah, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.
Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, ujarnya bantahan itu hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.
Katanya, kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.
Menurutnya, aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merunsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.
“Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya. -HD

Putrajaya harus ikut langkah Selangor sedia dana bersihkan daftar pemilih
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Dewan Pemuda PAS Selangor mengesyorkan Putrajaya agar mengikut langkah kerajaan negeri itu yang bersedia menawarkan geran RM 1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.
Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu adalah satu tindakan bijak dalam usaha membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan SPR.
“Sepatutnya pihak kerajaan pusat mengambil inisiatif mencontohi tindakan kerajaan negeri Selangor dengan menggunakan kuasa eksekutif yang ada pada mereka bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pilihan raya yang lebih baik, telus daripada sebarang penyelewengan.
“Kami merasakan ini adalah satu tindakan bijak dan murni kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menyemarakkan rasa tanggungjawab rakyat negeri ini untuk bersama-sama membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan SPR untuk suku ketiga bagi tahun 2011 daripada sebarang perkara yang meragukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kelmarin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu diadakan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.
“Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.
“Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.
Menurut beliau, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.
Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.
Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Tambah Hasbullah, jentera sayap Pemuda PAS di negeri itu perlu membuat persediaan rapi selain mengambil tindakan proaktif jika terdapat keraguan dalam daftar pemilih yang akan dipamerkan Oktober ini.
“Sebarang kecuaian dan kelekaan di dalam mempastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing dibersihkan daripada unsur-unsur manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan ‘tumbangnya’ pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya. -TMI
1 ulasan:
Inilah hasilnya apabila rakyat melantik pemimpin yg berkualiti dan berpandangan jauh untuk menyelamatkan rakyat dan negeri dari dicerobohi musuh.
Saya maat bersetuju dengan usaha kerajaan negeri selangor membersihkan pengundi di negeri tersebut. Semoga usaha sama diikuti negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.
Catat Ulasan