5 Ogo 2011

Iklan Ketiak & Sahur: Ulama Gesa Media Prima Minta Maaf Secara Terbuka

Jangan Pandang Rendah Impak Iklan - Ghani Shamsudin

SHAH ALAM 5 OGOS : Meskipun durasi setiap iklan dipeti televisyan hanyalah sekitar seminit hingga dua minit sahaja, namun ianya mampu menyampaikan mesej dengan jelas dan seterusnya meninggalkan impak yang mendalam terhadap pemikiran penonton.

Justeru, kandungan setiap iklan atau pesanan khidmat masyarakat (PSA) perlu dipantau dan diperhalusi agar tiada unsur- unsur sensitif yang menyentuh sensitiviti dan menaikkan kemarahan umat Islam.

Pengerusi Sekretariat Ulamak Asia, Ustaz Ghani Shamsudin berkata demikian mengulas tindakan dua stesen TV dibawah Media Prima yang bertindak menyiarkan iklan berbaur perkauman dan salah tanggapan terhadap ibadah Sahur.

Beliau menegaskan sebelum apa jua paparan tidak kira iklan, PSA atau program TV mestilah diteliti terlebih dahulu sebelum diluluskan untuk tayangan umum.

Ini kerana apa juga gambaran- gambaran buruk atau ikan- iklan yang mendedahkan aurat, membayangkan golongan muda- mudi yang bergaul dengan bebas atau bentuk kelakuan- kelakuan seks yang menjolok mata dan sebagainya ini sudah pasti akan memberi kesan kepada anak- anak kepada penonton dan juga orang ramai,”tegasnya.

Pemuda PAS Selangor sebelum ini mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 secara terang- terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

Pemuda PAS menambah, mesej yang akan diterima oleh penonton adalah bagaimana jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan gembira dengan ketidaksempatan jirannya menunaikan ibadah Sahur.

Sementara itu, iklan di stesen TV8 juga mengundang pelbagai kritikan apabila cuba menyampaikan mesej agar penonton tidak berpakaian ketat dan mendedahkan terutama pada bulan yang sangat dimuliakan umat Islam.

Iklan itu memaparkan seorang wanita Cina yang memakai baju tanpa lengan yang ketat dikaburkan dibahagian ketiaknya, apabila dia mengunjungi bazaar Ramadhan sambil mendakwa dirinyan menjadi tumpuan.

Mengulas lanjut isu tersebut, Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulamak Malaysia menegaskan adalah menjadi keperluan pembikin program TV merujuk kepada ilmuan agama terlebih dahulu sebelum ditayangkan, lebih- lebih lagi jika ia melibatkan elemen- elemen agama.

“Sudah jelas bahawa dalam Islam apa jua perkara yang hendak disebarkan kita mesti merujuk kepada tuntutan Al- Quran dan hadis. Allah S.W.T melarang umat Islam menyebar luaskan keburukan, kejahatan dengan sewenang- wenangnya, ada syarat- syaratnya dan sebagainya,“ katanya.

Justeru, Ghani mendesak pihak stesen TV8 dan TV9 agar memberhentikan segera siaran iklan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.

Ini bukan kali pertama Media Prima terlepas pandang dan bertindak menyiarkan iklan yang mengundang kontroversi.

Sebelum ini, Media Prima menyiarkan iklan Hari Raya yang terselit unsur agama Kristian dan Budha.

Dihujani pelbagai kritikan dan tomahan, iklan itu akhirnya ditarik balik meskipun ia baru sahaja ditayangkan dalam tempoh 24 jam. -tvsnews\



4 ulasan:

suahati berkata...

nak senang suruh aje JAKIM beri cop halal kat semua iklan dan film2 yg nak ditayangkan samada di pawagam atau TV dan lain2 media......

Peluang bisnis nie......lepas tuuu senang kita boleh pakat2 marah kat JAKIM aje kalau ada lagi kes2 sebegini......marah org media dan TV mana depa tau apa hal hukum hakam......janji masyukkkk saja yg depa dok kira....

Tanpa Nama berkata...

suahati: Aku rasa kau pun xtau pasai agama. Kau sebenarnya berpihak pada sapa??? Memang betul tindakan Pemuda PAS Selangor - mendesak pihak stesen TV8 dan TV9 agar memberhentikan segera siaran iklan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.yang nak merapu xtentu pasal kenapa????GILA UMNO sgt kau ni ha????

Tanpa Nama berkata...

TV3 (KETUA) = DAJJAL LAKNATULLAH
MEDIA PRIMA (ANAK BUAH) = KAFIR

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat media prima sudah tiada idea. iklan Mi Sedap dari indon jauh lebih baik dan ada nilai murni di dalamnya. media prima tahun lepas sudah buat perangai buruknya dengan iklan raya rojaknya, tahun ini jadi sampah dengan iklan bazar ramadhan,bersahur dan berbuka. tiada nilai langsung, TOTALLY RUBBISH.