5 Ogo 2011

Oh, Hassan Ali Di Belakang Serbuan JAIS & Polis

Khalid Samad: Itu pandangan Hasan, hadir di gereja bukan makna murtad

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

“Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama,” katanya lagi.

“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?” kata Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais dan polis dilaporkan telah mengadakan serbuan ke atas gereja itu yang terletak di Petaling Jaya malam kelmarin ekoran satu aduan yang tidak spesifik.

Serbuan itu dibuat kira-kira tiga minggu selepas Najib mengunjungi Pope di Vatican untuk menjalin hubungan diplomatik.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga awal Jun lalu. Beliau digantikan dengan Adun Meru dan Khalid turut dilantik semula sebagai salah seorang timbalannya.

Khalid menegaskan, tidak kira apa juga undang-undang, Jais seharusnya hormat premis gereja dan mendapatkan waran sebelum mengambil tindakan.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu seringkali memperlihatkan perbezaan pendapat dengan Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

Dalam kenyataannya dikeluarkan lewat petang semalam, Hasan mempertahankan tindakan Jais yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan pada majlis itu.

Hasan menambah, seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk hadir di Jais bagi siasatan lanjut. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Malam satu kenyataan semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi. -TMI


Hasan Ali pertahan Jais, dakwa ada usaha murtadkan Muslim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

Hasan (gambar) menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar petang ini.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menambah anggota penguat kuasa Jais dan polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” kata Hasan lagi.

Jelas beliau, apabila majlis hampir tamat, Jais dan polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai pengua kuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Jais untuk siasatan lanjut.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu malam tadi.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jais menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menegaskan, kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekali gus menyatupadukan rakyat.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam tadi.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.

Pihak berkuasa berkenaan menyoal siasat hadirin tetapi tiada sesiapa pun yang ditahan. -TMI


Ulasan GB

Oh Hassan Ali rupanya disebalik serbuan JAIS itu.

Apa sebenarnya agenda Hassan Ali? GB teringat UG. Masih termimpikan beliau nak jadi MB? Kenapa kerap sangat bertindak membelakangkan kepimpinan tertinggi parti?

Bagi GB, orang sebegini jangan dibenarkan bertanding lagi kerana ternyata beliau adalah kuda tunganggan malah trojan kepada pihak musuh yang sentiasa dengki dan iri hati.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju pendirian Hassan Ali ....

Zuffi. berkata...

Pada pendapat saya, PAS Selangor tiada masalah besar atau perpecahan yg mendalam. Cuma yg bermasalah adalah Hasan Ali dan ini kita ketahui sejak dari dulu. Beliau selalu bertindak atas kehendak perasaan (personal) dan bukannya mengikut Undang-undang dan juga tidak merujuk kepada pihak atasan (MB) dll, sebelum membuat tindakan. Sedih melihat org yg berpelajaran seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

rasanya lebih molek jika orang2 Islam yang hadir itu dpanggil oleh JAIS selepas majlis tamat untuk mendapatkan maklumat sebenar. kalau org dah berniat akan murtad, bermakna dia telah murtad. tindakan pencegahan lebih baik dari menghalang. sebaiknya ditarbiah dan nasihat dahulu org yg dah merancang untuk murtad. peranan badan2 agama adalah mengadakan program2 yg mendidik umat Islam dari terpesong dr Islam dari peringkat sekolah rendah lagi, dan berterusan sepanjang hayat.

Kuda Perang berkata...

Bagi saya percanggahan yang didakwa wujud dalam PAS Selangor khasnya pihak Dr. Hasan Ali dengan pihak lain sebenarnya tidak wujud.

Realiti yang berlaku hanyalah salah faham akibat laporang media yang bercanggah.

Adalah tidak manis kepada kita mendakwa terhadap Dr. Hasan Ali begini2 tanpa mendapat maklumat sebenar daripada pihak dirinya sendiri.

Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun kena ikut prosdur la...itu dah jadi kelaziman dimana-mana tempat...x kisah la exco ker MB ker...semua kena ikut prosedur laa...sekarang semua orang akan rujuk undang2...so sendiri mau ingat laa.

Tanpa Nama berkata...

saya saya dia nak tarik perhatian....tp xkena pada masa dan tempat nya...kenapa masa najib pegi jais tak gie serbu??

amah noh omar berkata...

KEJADIAN INI BERLAKU TERLALU PANTAS...

BILA JAIS DAN RAMAI POLIS TURUN SEKALI MAKNANYA UMNO MEMANG DIBELAKANG MEREKA...CAM KES DR. ASRI DULU,LAS2 PEMIMPIN PR PLAK NK KENA JAWAB?

SELAGI ADA UMNO SELAGI ITU RAKYAT HIDUP TAK AMAN,CURIGA ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA DIRACUN UMNO SIANG DAN MALAM...

MEREKA TERPAKSA MENUTUP MALU KABINET NAJIB KETIKA MELAWAT POPE BENEDICT KERANA TIDAK MENDAPAT MANFAAT DAN PERHATIAN APA2 DRPD PENGANUT KRISTIAN MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

Drp beratus org tu... apa special sgt 12-15 org melayu tuh smpai dpt invitation utk majlis anjuran gereja? Apa motif sebenar majlis tuh? Org melayu 67%, cina 24%, india 7%...tp kenapa melayu suka sgt bergaduh pasal politik? Kalu kita bersatu...kita pasti kuat!!!

AHA berkata...

Saya setuju dgn tindakan Hasan Ali. Itulah tugas dia. Soal murtad xleh main2.
" Thalaathatun jidduhunnajinddun wahazahuhunnajiddun, annikkaahu, wattolaaqu warriddaatu" ( Ada 3 perkara bila betul pun jadi, bila bergurau pun jadi, nikah, cerai dan murtad ). Nb kata berpegang pada Islam seperti menggenggam bara api. Lihatlah bila Hasan Ali cuba menyekat dari berlakunya murtad, maka ramai yang mencaci, yang herannya ramai yang mencaci tu, ada ke merujuk kepada mana2 nas? Ini bukan soal parti tapi soal ISLAM. wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Oh Hassan Ali. setelah gagal melalui gerakan perpaduan. mau tikam belakang la pulak. Kalau jenis songkok tinggi tetap songkok tinggi le jugak

Tanpa Nama berkata...

bercita2 nak masuk umno pon blh jadi murtad la kawan sbb umno parti kebangsaan. Hadith menyebut brgsiapa brjuang atas nama kbgsaan, dia bukan dari umatku.

Tanpa Nama berkata...

najib dan menteri2 umno tu ada pergi masjid ke tiap2 mlm bulan pose ni?

Tanpa Nama berkata...

saudara semua,

ini bukan masalah politik, ini bukan masanya kita nak menuding jari kepada mana-mana parti politik,

kita sepatutnya beri sokongan kepada pegawai JAIS sebab tindakan mereka tu betul, sekarang ni gerakan untuk mengkristianisasikan umat Islam semakin menular.

kat masjid boleh buka puasa, ape kejadah nak pi buka puasa kat gereja, buka puasa ibadat, kalau dah buat kat gereja ibadah kejadahnya.

kita tak perlu takut, peruntukan undang-undang dah ada. kita kena sokong apa yang dibuat oleh Hasan Ali. harapkan MB hampeh, macam tak ada BATU, baik buang la BATU tu, kalau nak bela agama takut. bagi makan kat anjing. tak ada guna kalau ada kuasa tapi takut.

Hang nak takut kat manusia ke, nak takut kat tuhan yang mencipkan manusia. sikit-sikit minta maaf....sikit-sikit minta maaf. tu depa sedap sebab orang islam lemah, gertak sikit minta maaf...gertak sikit minta maaf.

hang nak jawab apa kat ALLAH nanti. baik tok soh dok jadi MB la.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidak kerana... harta, wang berjuta, pangkat, tidak akan seorang pandai cerdik akademik memainkan sentimen isu-isu Islam untuk menakutkan kaum bukan Islam lagi menyusahkan Tuanku.

Hakikatnya adalah seorang cerdik pandai bukan kurang cerdik yang pintar merasuk tubuh ramai yang kurang cerdik atas hukum hakam Islam.

Doanya supaya mana-mana pemimpin yang jujur atau yang bersetongkol dalam PR akan rebah beramai-ramai.

Niat murninya adalah harapan, tiba masanya berpeluang, akan memimpin segelintir gundek bercantum nyawa. Demi mengembalikan haknya yang terbilang gemilang cemerlang, segala rasuah wang harta haram beratus ribu juta adalah suci. Asalkan cita-cita jadi orang besar, setaraf disembah bagaikan Raja-Raja, tidak lain selain menjadi batu melagakan api. Gin dan syaitan tidak dia perangi, yang merugikan PAS dia menjelma.

Wahai kawan-kawan yang kurang cerdik setaraf Anon 11:10, kamu hanya menikmati secebis bulu ayam, akan tuan kamu menghabiskan segala dagingnya.

Monkey Code berkata...

Kadang2 orang Pas ni memang bodoh le...hassan ali yang banyak buat hal ni masih disimpan lagi.Nasib baik tak jadi MB selangor...kalau tak huruhara kita kat selangor ni.

Tanpa Nama berkata...

Dr Hassan bertindak atas jawatannya sebagai exco, kena hormati kedudukan beliau. YB Khalid Samad bercakap sebagai seorang rakyat (dan ahli Parlimen) dan atas kapasiti itu. Kalau beliau mengatakan Dr hassan itu bertindak atas sebab dari aduan yang tidak spesifik, tetapi itu adalah pendekatan Dr Hassan untuk menjaga nilai Islam di kalangan orang Islam. Tidak bererti diserbu itu mesti bersalah, tetapi untuk siasatan dan tindakan sekurang-kurangnya. MB tidak semestinya dimaklumkan hal tersebut baru diambil tindakan serbuan sedangkan majlis telah (sedang) berlangsung dan ia perlu rindakan segera. Yang penting Dr Hassan akan memaklumkan perkara tersebut, MB mewakili rakyat dan kerajaan Selangor memang sepatutnya perlu mengatahui dan memohon kemaafan jika tindakan itu mungkin menyinggung satu pihak. Smua pihak harus menghormati dan berada di posisi masing-masing dan menghormati tindakan mereka, samada Dr Hassan dengan tugasnya, YB Khalid sebagi wakil kepada rakyat, MB sebagai ketua kerajaan Selangor dan pihak Gereja sebagai satu bahagian rakyat Selangor. Kita tunggu apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan maklumat yang dikeluarkan nanti. Jangan melenting dengan berita yang dibawa musuh.... waLlahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

ahli politik cakap belapik2. apa takut kalah ke. Kalau kerana Islam telah diperkotak-katikkan kita takut dan terpaksa minta maaf, sorry, piliharaya nanti saya tak undi.

Tanpa Nama berkata...

Undi UMNO dan sokong UMNO boleh jadi MURTAD kerana UMNO tolak Islam. Umno parti Yahudi & Komunis. Umno sokong Islam Ada Hari sahaja. Selagi ada UMNO selagi itulah Islam akan dipecah belahkan. Umno musuh no 1 negara...kedua baru UMNO...ketiga pun UMNO...keempat baru Dadah.

Hancurlah UMNO utk negara & Hasan Ali.

Tanpa Nama berkata...

salam. yg dok nk heran melayu islam d jemput ke gereja ni apa hal? aku ni muslim balik2 kena jemput g gereja tgk majlis. bodoh sgt la yg nampak melayu msk gereja mesti nk murtad. kepala otak ko org la. org kristian sama mcm kita juga, kita buat majlis biasa jemput org pelbagai agama dan bangsa.. org sekarang dah hidup berharmoni, bukan cam dulu .. org melayu, melayu ja.. buat majlis tak reti jemput bangsa lain. skrg majlis pelbagai bangsa dan agama. kawin pun da kawin campur, cina, melyu, india. keluarga aku pn ada campur2.

masalahnya cuma hasan ali.. dia ni pengkianat pakatan rakyat. saja nk bantu UNMO nak tutup isu pti pg ic merah petang ic biru. itu pun ko org tak nampak ke?