5 Ogo 2011

Persepsi Terhadap Polis Merosot Selepas BERS✔H, Apa Mereka Ada Kisah?

Persepsi terhadap polis merosot selepas 9 Julai

Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) menjangka perhimpunan 9 Julai lalu akan memberi kesan negatif orang awam terhadap pasukan polis.

Pengarah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi pengurangan
jenayah, Eugene Teh Yee berkata, ia akan menterbalikkan peningkatan dalam persepsi tersebut sejak tahun 2009.

"Ya, (tahap persepsi orang ramai terhadap polis) akan terjejas, tetapi mudah-mudahan kita boleh memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Program Transformasi Kerajaan di Petaling Jaya hari ini.

Antara sebab-sebab yang mungkin menjadi punca kemerosotan rating terhadap polis, katanya, ialah kecepatan perkongsian maklumat awam mengenai tindakan keras pihak polis pada hari berkenaan.

NONEBeliau berkata, gambar dan video diedarkan dengan serta-merta, tetapi
polis mengambil masa beberapa hari untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Cerita para saksi pula disiarkan di internet mengenai dakwaan keganasan pihak polis ketika kira-kira 15,000 orang memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur, bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Kajiselidik yang dijalankan oleh PEMANDU pada bulan Mei menunjukkan 55 peratus daripada 2,000 responden puas hati dengan perkhidmatan polis - meningkat daripada 35,8 peratus pada bulan Disember 2009. -MK

Ulasan GB

GB rasa polis tak kisah apa persepsi rakyat terhadap mereka. Yang penting bagi mereka, asalkan pangkat naik, gaji naik, sekalipun terpaksa menjadi kuda tunggangan UMNO BN.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB, ang jangan la ulas macam tu.... bukan semua polis tu pengampu kerajaan...... kalau pmbngkang jadi kerajaan, tak kanla kita nak buang polis semua.... yg atas2 tu yg pengampu kuat sngat....

Salam ramadan.... =)

otaklunyai berkata...

aiman tak kesah...... otak dah beku, fikiran dah bercelaru.. apa dia orang kesah... asalkan patuh kepada perintah pemimpin berjiwa syaitan dan iblis dan dapat laba dan keuntungan.

Tanpa Nama berkata...

kisah dan iktibar.. bila dah pencen baru nak pi masjid dan bercampur dengan orang kampung masa bertugas dulu sombong dan angkuh dengan orang kampung. nak dijadikan cerita polis pencen ni datang nak duduk semeja dengan kariah mesjid tiba2 semuanya bangun meninggalkan dia terpingga2 keseorangan...

Acu Cun berkata...

Kebanyakan polis yg dah pencen jd kera sumbang. jd ingat la polis2 sekalian kat dunia lagi kamu dah disisih oleh masyarakat. kat akhirat hanya ALLAH yg tahu.