9 Ogo 2011

Remaja Perempuan 17 Tahun Hilang

Ipoh – Seorang ibu tunggal merayu agar anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas didapati hilang sejak 4 Ogos lalu.

Seri Wangi Mokhtar, 42, berharap anaknya, Seri Najwa Ferda Hasan, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar akan kembali ke rumah dalam keadaan selamat sebelum Aidilfitri ini.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, anak keduanya seorang yang sangat baik serta rapat dengan adik beradiknya yang lain.

Beliau yang tinggal di Rancangan Perumahan Tambahan (RPT) Tualang Sekah memberitahu anaknya tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi Khamis lalu.

“Selepas kami bersahur dia (Seri Najwa Ferda) bersiap-siap untuk ke sekolah dan pada hari itu dia memakai baju T berwarna biru dan seluar sukan.

“Selain itu, komputer riba, jalur lebar mudah alih (broadband) dan telefon bimbitnya turut dibawa bersama.

“Namun sehingga jam 5 petang (hari yang sama) saya mula rasa tidak sedap hati kerana anak saya masih tidak pulang ke rumah.

“Lagipun beberapa hari sebelum kehilangannya dia memang tidak ke sekolah kerana mempunyai masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kerana terlalu bimbang, Seri Wangi cuba menghubungi telefon bimbit anaknya berkali-kali namun tidak berjawab.

“Kemudian saya menelefon rakan-rakan sekolahnya dan mendapati dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

“Bagaimanapun, saya masih menaruh harapan dan menunggunya pulang tetapi selepas berbuka puasa saya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Seri Wangi berkata, ada saksi yang pernah melihat anaknya menaiki sebuah skuter berwarna merah pada pagi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superin-tendan Abdul Aziz Salleh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes remaja perempuan hilang pada Khamis lalu.

Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan dari semasa ke semasa bagi menjejaki remaja perempuan berkenaan.

“Sehubungan itu, bagi sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222,” katanya ketika dihubungi semalam.



3 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Naluri aku merasakan budak ini sibuk ber FB beberapa hari sebelumnya semasa tidak sihat untuk ke sekolah...

Kemudian setelah terpengaruh dengan rakan FB, dia mengikut rakan itu (naik skuter merah) pada pagi hari dikatakan hendak ke sekolah....

Apapun wallahu a'lam...

ketuananmelayu cukong berkata...

bukan kes culik tapi dipercayai lari mengikut kawan lelaki sebab;

1. tefefon bimbit dibawa,mana mungkin telefon bimbit dibenarkan dibawa ke sekolah.

2. begitu juga dgn berukband dan lap top - tidak dibenarkan juga.

3. masalah kesihatan bukan bermaksud tidakk sihat tubuh badan tapi emosi juga.apakah kuarga merahsiakan konflik sebenar.

jadi dibuat kesimpulan bahwa memang ianya dirancang lebih awal,mana mungkin diculik dlm keadaan tada masalah,,kebanyak kes larikan diri ibubapa banyak menrahsiakn masalah dari mendedahkan untuk mengelakan aib..

walluahualam.

Tanpa Nama berkata...

diculik la namanya tu jika melibatkan anak bersekolah.

sama juga dgn kes seks dgn budak bawah umur, terus dikategorikan sebagai kes rogol walaupun hakikatnya ianya dengan rela hati.