23 Nov 2016

Beranikah PAS Pecat Wakil Rakyatnya Yang Sertai BERSIH5?

Ahli PAS turun BERSIH5 mungkin berdepan tindakan

PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang menyertai perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, pihak berkenaan akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin jika terdapat aduan dan terbukti melakukannya.

"Jika ada aduan... parti tidak boleh bertindak sekiranya tiada aduan.


"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokong PAS yang akur keputusan parti dengan tidak hadir ke perhimpunan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Hadi berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau juga dilapor mengulangi pendirian PAS untuk menolak percubaan mana-mana pihak untuk mencetuskan sesuatu di luar sistem demokrasi.

"Kita tidak mahu (dalam) demonstrasi ini berlaku pertembungan yang merugikan rakyat. Ini sangat penting dan perlu diawasi," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Terdahulu, anggota Majlis Syura PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun tidak menyokong secara rasmi BERSIH5, parti itu tidak menghalang anggotanya menyertai himpunan berkenaan.

"Kita tak turun BERSIH secara rasmi tapi tak halang (anggota) untuk pergi," katanya pada pemberita di perkarangan Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, anggota parlimen Kuala Nerus itu berkata, beliau menyerahkan kepada pimpinan untuk memutuskan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang akan diambil.

"Itu kita akan lihatlah oleh pimpinan macam mana keadaan," katanya lagi tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dikatakan antara yang hadir dalam acara itu, selain bekas ketua pengarang organ rasmi PAS Harakah Ahmad Lutfi Othman dan artis Abby Abadi.

Selain itu, ditanya mengenai kurang penyertaan kaum Melayu pada himpunan 19 November lalu, beliau berkata apa yang penting mesej untuk menolak pentadbiran yang sedia ada dapat disampaikan.

"Tetapi yang jelas rakyat tolak BN. Tak timbul berapa yang turun.

“Tak penting berapa jumlah tapi yang penting suara rakyat sampai kepada pemerintah bahawa banyak polisi kerajaan yang kita tak setuju.

"Cuma PAS ambil sikap tersendiri untuk tak bersama dengan BERSIH," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

GB terserampak dengan beberapa orang wakil rakyat PAS yang turut serta di dalam perhimpunan BERSIH5.

Dan sudah viral di media sosial gambar-gambar mereka.

Malah Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar Setiausaha Agung PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka.


Sementara beberapa fb milik ahli dan penyokong tegas PAS pula, memaki hamun wakil-wakil rakyat PAS yang menyertai BERSIH5. Cukup "indah" akhlak yang dipaparkan oleh mereka yang mendakwa ahli parti "Islam" itu.


Soalnya kini, bersediakah PAS kehilangan wakil rakyat mereka di parlimen dan DUN yang kini semakin susut bilangannya setelah ramai meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH?

Lagi dipecat lagi ramai yang menyertai AMANAH menjadikan AMANAH semakin kukuh dan kuat. Dan lebih ramai ahli-ahli PAS yang lain akan menyeberangi ke AMANAH sepertimana yang berlaku ke atas pemecatan Husam Musa di Kelantan.

Kita mengalu-alukan PAS memecat wakil-wakil rakyat itu. Ada berani?


VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS mesti bertegas. Sekurang-kurang gantung MP PAS selama 3 bulan. Mereka bukan bersama BERSIH 5 untuk rakyat tetapi mereka sengaja mencabar kuasa veto Lebai Hadi.

PAS berpegang kuat pada prinsip perjuangan Islam (baca Hadi) dan tidak mahu ada parasit seperti MP tersebut yang merosakkan parti.

Pendirian siapa kah yang kuat? Adakah Lebai Hadi akan berkeras seperti biasa atau adakah MP PAS yang memihak pada rakyat akan merayu atau meninggalkan Lebai Hadi ?

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah Presideng nye Sewel tak mustahil yang dibawahnye pun Sewel lagi Meroyan.Konfirm Depa ni dah macam Pengikut Al Arqam.Nasib kau lah Labuuuu

Tanpa Nama berkata...

Kalau Tuang Presideng pun pakar maki hamun apa lagi walaun bawahan...
Islamik konon... Islam Perasan! Dapat Presideng pun kaki putar alam, pemonteng terbaik!

mohd shahran berkata...

gelarakan diri ustaz tapi guna bahasa.. maybe bahasa syurga

Tanpa Nama berkata...

Akhlak pengikut Pascai mcm ni lah yg jadi yang menjadi fitnah kepada Islam..

Penjelajah Nusantara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zhuge Liang berkata...

Ambo are PAS (Pelacur Agama Semalaysia).. hahahaa. Jgn marah haa ambo budak lagi.. belajar bahasa 'ulamadedak' dari ustad pas jugakkkk....

Tanpa Nama berkata...

Org mcm ni yg wala' sgt dgn tuang presideng. Fanatik habis

Tanpa Nama berkata...

Oiii adi.
Klu ko ada telo, pecat laa..
Tak payah tunggu aduan laa...
Nak tunggu aduan memang tak pecat punya laaa..

Pecat la klu mu ada telo.
Mu tak ada telo.
Mu mana ada telo.

Mu kencing aje lebih.
Telo tarakkk

Tanpa Nama berkata...

Bro...
Bukan bahasa syurga tu.
Tu bahasa iblis

Tanpa Nama berkata...

Aku tertarik dgn komen WAN NIA. Dia kata adun tu BABI. Tg guru Hadi patutnya kena samak tangan dia sbb pernah salam dgn adun yg difitnah BABI tu. Klu tak samak, solat hadi dan semua org2 besor pas tak sah.

Sbb salam babi tu najis. Kena samak weiii...

Tanpa Nama berkata...

Apa punya penyokong parti islam? Org pergi bersih untuk kepentingan rakyat, untuk tukar mo1 rasuah bilion2 pun dia bagi gelaran babi.

Agaknya keluarga dia guna perkataan babi utk panggil ahli klrga dia kot??

Tanpa Nama berkata...

Wan nia tu anak haram ke?

Tanpa Nama berkata...

Seburuk2, seboroi2 mat sabu tu, tak pernah aku dengar dia panggil orang dgn panggilan babi.

Tapi penyokong tok guru ni lain pulak ceritanya. Mungkinkah sbb dia dah ada tiket masuk syurga??

Tanpa Nama berkata...

PECATLAH KALAU BERANI.
AKU TAK PERCAYA 500% HADI BERANI PECAT.

OIII PENGECUT!!
KALAU BERANI PECATLAH.

JANGAN AMBIK MASA 10 TAHUN PULAK!!

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah lemah sangat. Terlalu lemah. Pas tak akan berani memecat orang2 ini kerana orang2 ini mempunyai pengikut yg ramai. Jika mereka dipecat, ahli2 pas akan tinggal beberapa kerat sahaja.

Tak percaya?
Pas memang tak akan berani pecat mereka.
Pas sudah dalam ketakutan.
Pas sudah jadi pengecut.

Kalau berani pecatlah.
Ker ko memang dah tak ada telo lagi?

Tanpa Nama berkata...

Elehhhhh....
Jgn harap la pas berani pecat.
Hadi tu kencing aje kuat.
Sebenarnya dia pengecut. Dia penakut.
Org pengecut, penakut mana berani nak pecat. Dia takut semua org pas lari tinggalkan dia.

Org pengecut, dayus, mana berani nak pecat derang...

Tanpa Nama berkata...

MP PAS Selangor tak ada ke yang hadir ?

Tanpa Nama berkata...

Jangan cabar. Bagi lah 4 saksi dulu.

Memang ramai yang nampak, sama juga ramai yang tahu pasal 1MDB tapi saksi yang tak ada.

Tanpa Nama berkata...

Penyokong Hadi mebangsatkan dan mebabikan orang. Iman dia senipis kulit bawang.

Yang nak suruh melompat tu buat apa?
Yang mebabikan orang tak pasal-pasal dah tak ada cara lain ke?
Kan ada peraturan parti, desak lah parti pecat dia orang.

Patut lah selepas PAS tidak menyertai perhimpunan rakyat BERSIH, semua nya berjalan dengan aman.

Tanpa Nama berkata...

kesian tgk DPP. aku tgk pemuda2 pas ni mcm org mabuk ketum je. maybe ni hasil didikan bekas pemuda lama tontowi pay-perview. yg menyedihkan anak almarhum TGNA benar2 jauh panggang dr api antara ayah dan anak. sedikit pun tidak mencontohi kehebatan ayahnya. tak kira la DPP dari selangor ke, trg ke, kelantan ke, kepala diaorg sama je. geng walaunta yg sama. yg akan menghancur punahkan pas. jika inilah generasi pemuda yg akan menggalas tggjawab menjadi pemimpin masa depan pas. memang lebih baik pas itu hancur dgn cepat dari asyik menjadi fitnah kepada ISLAM. lagak mereka alim kucing. kemudian habis semua org dia nak maki hamun. pandangan mereka bagaikan sehebat ulamak besar saja. hanya mereka saja yg betul. mereka ni umpama puak2 pelampau. kerana segala lagak dan tindakan mereka selalunya melampau. mereka inilah parasit yg merosakkan pas. bila pas tak laku nanti. lihatlah mereka2 ni akan lari melompat ke dahan baru. pemimpin PH kena hati2 utk menerima mereka2 ini.

pada pas selangor. malulah anda kerana masih menempel dgn kerajaan pakatan rakyat yg kamu sendiri kata sudah mati. mana susuk2 tubuh pemimpin pas selangor yg sepatutnya hadir pada bersih 5 demi menyatakan sokongan dan pendirian kamu. kamu sepatutnya lebih berani utk hadir seperti YB mahfuz dari kedah. jika takut hadir sebagai wakil pas. hadirlah sbg individu saja. tapi apa nak buat. kamu lebih sayangkan jawatan dan kedudukan yg ada sekarang. kamu lebih takut pada makhluk bergelar manusia. jadi ada lebih baik PRU akan datang nanti kamu2 semua bersara. semestinya warga selangor tidak akan lagi mengundi kamu sbg YB kerana kamu bukanlah pejuang rakyat. seorang pejuang kenalah berani. berani memperjuangkan keadilan dan kebenaran. berani menegur yg mungkar. berani menegur pemimpin yg sudah terkhilaf. jika tiada semua kriteria ini. sedar dirilah yg kamu tiada kelayakan utk menjadi pemimpin rakyat juga pemimpin parti.

Tanpa Nama berkata...

Abu Sa’id Al-Khudri berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

habis kalau dah sedondon dgn perompak no. wahid negara mcm mana? tak ada iman kot?

Tanpa Nama berkata...

Jgn tggu pas lg..biarkan dia meroyan sorang2..kita perkemaskan PH..

Tanpa Nama berkata...

Pas ketengi boh

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi nak tunggu laporan? tak professional lah macam tu.... kan dah tersebar luas gambar2 dan video2 Ahli Parliamen dan ADUN2 Pas turut serta dalam perhimpunan Bersih 5. Kasi bersih lah sama dia orang....ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Yang memaki hamun dan mencaci ahli ahli PAS yg ikuti Himpunan BERSIH5 tu ada logo halal kat lidah dia...kalau tak percaya cuba check tengok..ha ha,ha ha

Tanpa Nama berkata...

Bersih 1: PAS kata jihad, perjuangan Islam
Bersih 2: PAS kata solat juga seperti demonstrasi
Bersih 3: PAS kata wajib turun ramai2
Bersih 4: PAS bisu
Bersih 5: PAS kata haraaaaammmm
Bersih 6: PAS yang haram jadah, ahli jadi boil dengan Tuang Presideng

Tanpa Nama berkata...

Betullah..walaun ni perasan je lebih. Sengaja gelarkan diri ustad. Budi bahasa memang out. Patutnya bagi gelar pok dogol je.

Tanpa Nama berkata...

Trauma pas pecat dato husam pun x ilang lg. Ni kan nk pecat yb baihaqi, yb nik mazian dan yb mahfuz plk. Mmg pas cari penyakit la.