28 Ogo 2011

Remaja Hilang Dibawa Lari Kawan

Seorang gadis berusia 16 tahun hilang tanpa berita selepas mengikuti seorang kawannya ke sebuah pasar raya di Alor Setar pada 22 Julai lalu.

Siti Noor Atikah Abu Bakar dipercayai mengikuti seorang kawan perempuan dikenali sebagai Shiela oleh kakaknya, Siti Noor Hasfinas Nurain, 17, yang ketika itu bersamanya.

Siti Noor Hasfinas berkata, dia dan adiknya pergi ke Alor Setar kira-kira jam 5 petang sebelum adiknya bertemu dengan Shiela.

Menurutnya, selepas itu, Siti Noor Atikah mengikuti Shiela dengan sebuah motosikal manakala dia menunggu adiknya di pasar raya berkenaan.

“Saya menunggu dia sehingga larut malam dan kelibatnya tidak muncul-muncul,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Panchur, dekat sini.

Bapanya, Abu Bakar Mat Desa, 44, berkata, sehingga hari ini khabar berita dan nasib mengenai anak ketiga daripada lapan beradik itu tidak diperoleh mereka.

Menurutnya, Siti Noor Atikah yang bersekolah di sebuah sekolah di daerah ini berperwatakan baik dan apabila ditegur sekiranya melakukan kesalahan, dia mendengar kata dan patuh dengan nasihat mereka.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit tetapi tidak dapat sehingga hari ini, saya minta sekiranya dia berkecil hati dengan kami, baliklah, kami minta maaf.

“Saya bimbang dengan keselamatannya, bagaimana dia hidup, tempat macam mana dia duduk dan bagaimana makan minumnya,” katanya.

Ibunya, Haironi Abul Rahman, 43, berkata, anaknya yang bercita-cita mahu menjadi seorang model selepas tamat persekolahan juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kehilangannya.

Menurutnya, sambutan hari raya pada tahun ini tidak memberikan sebarang makna kepada mereka kerana sepanjang masa sentiasa memikirkan tentang nasib dan keselamatan anaknya itu.

"Bagaimanalah nasib anak kami sekarang," katanya.

Susulan kehilangan tersebut satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pokok Sena dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi keluarga berkenaan di talian 012-4594148 atau balai polis berhampiran.

Ulasan GB

Kata ibunya:

anaknya yang bercita-cita mahu menjadi seorang model selepas tamat persekolahan

Mungkin itu boleh menjadi clue kepada kehilangannya.

4 ulasan:

star berkata...

ehehehe nk jadi model, pttla hilang

Awan Network berkata...

remaja zaman sekarang masih membimbangkan..

Entri Terhangat!! :
Oh Perempuan Dan Onani!!
Oh Payudara Dan Pramugari!!

Khairi berkata...

Anak lari dr rumah adalah sebahagian dr masalah remaja kini. Persoalannya kenapa kemungkaran ini semakin banyak dan dimanakah silapnya? Isteri saya kata ini semua salah suami kerana yang kerja asyik balik lambat,duit tak sebanyak mana yg dapatpun, ada yg habis masa di kedai kopi, di padang Golf, ataupun sibuk dgn berpolitik dlm internet, yang ustaz pula sibuk dok bagi ceramah ke sana ke sini, yg buat business dan yang kaya sibuk nak kahwin lagi, sedangkan anak-anak terbiar, tak ada “quality time” antara anak dgn bapa, maka lahirlah anak-anak yang bermasaalah ini,saya ada utarakan isu ini dlm posting yg lepas tapi mcm biasalah, org melayu tak ramai yg nak bagi pendapat, sekali lagi saya minta pandangan anda semua agar kita dapat menjadi bapa yg lebih baik, terimakasih

Tanpa Nama berkata...

En Khairi, sbb tu bole pakai juga secara umum. Ada sebab2 lain, antaranya perangai mak bapa dulu2 menurun kat anak2, rumah tak de alunan bacaan quran, terlampau susah/miskin ...dll

Kadang2 semua ok, lari juga ..

Kes2 tertentu ni kena tanya individu tertentu le.