28 Ogo 2011

Dr Rosli Hentam YB PKR, Harakah & Lajnah Penerangan PAS Depan Kaca TV3. OK?

Isu Lynas yg panas? : Dr.Rosli yg ku kenal

...Isu YB Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat nampak meng'gegar'kan politik tanah air khususnya di Gebeng dan amnya di Malaysia.

Ada suara-suara sumbang kononnya Dr. Che Rosli telah dibeli oleh BN.

Saya berani mengatakan di sini, Dr.Rosli bukan orangnya yang boleh dibeli dengan tidak bermaruah begitu.

Saya telah mengenalinya selama 21 tahun kerana kami berkongsi surau yang sama. Beliaulah yang menarik saya ke dalam kumpulan usrahnya.

Ketika itu beliau masih menjadi pensyarah di UKM dengan pangkat Profesor Madya, tapi kerana aktifnya beliau dalam PAS beliau di'nafi'kan mendapat Profesor penuh.

Beliau melepaskan jawatannya untuk bertanding di DUN Perlis pada tahun 1999 dan 2004 dan kalah tipis kepada BN.

Pada PRU12 2008, beliau bertanding di Parlimen Hulu Langat dan menang.

Beliau adalah sorang pemimpin yang tegas dan kami amat 'takut' untuk bergurau ber'lebih-lebih'.

Beliau selalu marah-marahkan kami kalau lambat memulakan usrah kerana menunggunya......beliau selalu berkata, "Jangan tunggu naqib.....jangan buang masa."

Petang tadi beliau sempat meluangkan masa memberi penerangan kepada sahabat sebaik saja solat zohor berjemaah.

Terlalu teknikal untuk dicerita di sini......tapi beliau menegaskan beliau terpanggil pergi ke TV3 setelah dipujuk oleh Karam Singh Walia kerana beliau terpaksa menceritakan perkara sebenar tentang isu Lynas hanya dari aspek sains dan teknikal semata-mata dengan tidak berniat untuk menjatuhkan nama baik sesiapa samada dari kalangan Pakatan Rakyat atau PAS sendiri.

Kami semua amat berpuashati dan merasa lega dengan penjelasan beliau petang tadi.

Jika anda ada mendengar suara-suara sumbang serta tuduhan melulu......buangkan jauh-jauh......jauhilah fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. -albrangi


Lynas: PAS Pusat akan panggil Dr Che Rosli

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya.

Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu.

Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan.

"Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya.

Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas.

"Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri.

"Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya.

"PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau. -harakahdaily


Ulasan GB

Al-brangi menulis: tapi beliau menegaskan beliau terpanggil pergi ke TV3 setelah dipujuk oleh Karam Singh Walia kerana beliau terpaksa menceritakan perkara sebenar tentang isu Lynas hanya dari aspek sains dan teknikal semata-mata dengan tidak berniat untuk menjatuhkan nama baik sesiapa samada dari kalangan Pakatan Rakyat atau PAS sendiri.

Cerita mengarut apa yang disebutkan oleh YB Dr. Rosli menyatakan beliau dipujuk oleh Karam Singh Walia?

Ertinya beliau boleh dipujuk oleh pihak musuh kemudian disiarkan melalui TV itu, yang kita tahu bahawa setiap sesuatu yang disiarkan oleh media arus perdana akan sentiasa diputarbelitkan dan dimanipulasikan? Bebal tahap berapa seorang YB PAS dan seorang pemegang ijazah kedoktoran di dalam sains nuklear tentang hal itu.

Kita sentiasa mengingatkan supaya berhati-hati terhadap mikrofon wartawan dari media arus perdana, tetapi yang kali bukan sekadar mikrofon, siap dengan paparan kaca TV lagi!

Dan yang aneh beliau berdalih menyatakan hendak dicakapkan adalah hal-hal teknikal sedang yang berlaku ialah serangan sesama ahli parlimen di kalangan Pakatan. Bukankah itu pendustaan namanya di bulan puasa?

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik. -TMI


dan tanpa segan silu beliau menghentam akhbar Harakah melalui kaca TV3:

Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya. -Harakahdaily


Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Kekesalan Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang ada sebabnya. Sila baca:

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.


Walaupun begitu GB tidak menyatakan YB Dr. Rosli itu telah dibeli BN tetapi ayat GB menyatakan begini:

Isi kandungan wawancaranya menampakkan beliau seorang yang terlebih sudu dari kuah. Tiada ada disiplin dan adab jemaah apabila menggunakan platform TV3 merendah-rendahkan wibawa pimpinan Pakatan Rakyat yang PAS adalah anggota komponennya.

Jika bersuara melalui blog atau twitter, walau betapa keras sekalipun disuarakan, mungkin boleh diterima ia sebagai perbezaan pandangan dan pendapat, dan parti pun bukan jenis mengongkong ahli mengeluarkan pandangan dan pendapat. Tetapi apabila disiarkan melalui TV3, itu sudah lain maknanya.

GB rasa berduyun pemimpin UMNO BN bertepuk tangan dan esok lusa akan datang (atau telah datang?) tawaran lumayan kepada Ahli Parlimen PAS itu untuk tinggalkan parti. Dan siapa tahu sebelum pilihanraya umum ini akan muncul anak katak sulung dalam PAS?


Baca ayat yang GB tebalkan. GB kata "berduyun pemimpin UMNO BN bertepuk tangan dan esok lusa akan datang" ertinya selepas dah tersiar TV3 beliau akan ditawarkan dengan lumayan untuk menyertai BN. GB tak kata sudah dibeli BN! Dan kemudian letakkan dalam kurungan "(atau telah datang?)" ertinya GB menyoal kepada DR. Rosli apakah terdapat kemungkinan mereka telah pernah menawarkan beliau sedemikian?

Dan ayat terakhir perenggan itu sebagai satu amaran: Dan siapa tahu sebelum pilihanraya umum ini akan muncul anak katak sulung dalam PAS?

Kerana tiada siapa tahu kecuali Allah, apa yang berlaku esok. Nakhaei, bukan sekadar YB tetapi seorang Naib Presiden PAS Pusat boleh ke seberang, apa besarnya pangkat seorang YB untuk tidak boleh diperingatkan?

Membaca semula tulisan AL-Brangi, maka terdedah satu kebenaran:

Beliau selalu marah-marahkan kami kalau lambat memulakan usrah kerana menunggunya......beliau selalu berkata, "Jangan tunggu naqib.....jangan buang masa."


Nak cepat tapi tak beradab sehingga Naqib pun boleh ditinggalkan. Syariatnya bagus: kerana bertindak pantas dalam bekerja, namun hakikatnya tak dapat diterima kerana tarbiyah mengajar kita supaya "naqib" tidak dilanggar begitu saja. Kalau tak jangan panggil naqib, panggil mas'ul sahaja. Bagi yang belajar secara berguru, ada bezanya hak Naqib dengan hak mas'ul. Dan begitulah akibat jika belajar agama tak berguru.

GB pun selalu berbeza pendapat dengan "Naqib" malah dengan Presiden PAS sendiri. GB pernah menentang gagasan Kerajaan Perpaduan TG Haji Abdul Hadi. Tetapi ruang lingkup tentangan adalah berbeza. Kerana berbeza pendapat itu, GB pernah dipanggil untuk diwawancara oleh media arus perdana (media eletronik dan media cetak), GB jawab: Terima kasih, cari blogger lain sahaja. Tuhan dah bagi saya cukup glamour sebenarnya. Tak perlu kepada pendedahan tuan-tuan semua!

InsyaAllah GB juga amat yakin dengan apa yang GB tulis selama ini adalah kebenaran. Kerana GB tidak menulis sebelum membaca doa ini:

Allahumma arinal haqqan, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


dan alhamdulillah, sungguh banyak kebenaran telah TERBUKTI hasil dari tulisan-tulisan GB sebelum ini. Gali di arkib jika tak percaya.

Tulisan GB sebelum ini



20 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Lain hulu lain parang. Mana nak sama Cheque Rosli dulu dengan sekarang.

Kalau Karam Singh pujuk pun termakan.

Inikan pula pujukan dari 'Pejuang Islam Konon'...kah kah kah..kah kah

Unknown berkata...

Saya PAKAR .... org lain apa tau ... sombong, bongkak, takbur antara sifat yang dibenci Allah ada pada orang ini

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa saja yang mengkhianati rakyat akan dikuburi dalam GE-13.

Tanpa Nama berkata...

Manusia ni ada kelemahan. Tapi kdg2 kita mngkin tak terfikir niat baik kita mendatangkan kesan buruk pada diri & pihak lain (jemaah misalnya). Mesti lepas tu kita akan menyesal amik tindakan tu. Tak de untung pun ...tapi apa nak buat.

So klu niat ikhlas kerana Allah, Allah lah tempat mengadu utk mengubat kekesalan tu. (Mmg baik kenyataaan tu dari skop yg kecil banding masaalah besar yg akan timbul).

Ada hikmahnya..

Tanpa Nama berkata...

Wa caya lu GB

mimie berkata...

Nampaknya pemimpin2 PAS masih ADA YANG BUTA mata haTi, TAK MAHU AMBIL PENGAJARAN DARI YANG LEPAS2... tak tahu nak bezakan PERANGKAP musuh.

Tanpa Nama berkata...

Terkezut...apa sebab Dr Che Rusli buat tindakan tanpa syura terlebih dahulu ?

Jika perlukan pakar...TV3 ada berlambak pakar di IPT utk jawab soalan mereka.

Sebagai ahli PAS dan YB...beliau perlu lebih bijak utk memberi kenyataan.

Beliau harus tahu bhw kenyataan beliau akan diputar belit oleh TV3.

Jika benar sekalipun...bersabarlah. Minta Karam Singh Walia pergi jumpa profesor fizik di UKM. Ramai tu.

Inilah pengajaran..... selalulah bersyura sebelum membuat suatu tindakan.

Dlm kes ini...mungkin pilihan dibuat bukan kerana kepakaran. Tetapi kerana agenda utk mewujudkan hubungan tegang antara komponen PR.

Tanpa Nama berkata...

Greenboc....Betapa rapatnya kenalan tuan dengan Dr Che Rosli bukan lah satu jaminan bahawa Dr Che Rosli tidal silap dan malapetaka tidak mungkin berlaku.

Dr Che Rosli tidak dinafikan pakar dalam hal hal radioaktif ini. Namun adakah beliau mendapat semua fakta berkaitan dengan pembinaan di Lynas itu?. Saya ragu kerana fakta berada dalam tangan seterunya.

Kta bukan risau sangat tentang wujudnya kilang Lynas itu namun yang di bimbangi ialah penyelengaraan dan operasinya. Prosedur boleh di buat tapi bolehkan di patuhi.

Sejarah telah membuktikan di negara maju iaitu 3 Miles Island, Chernobyl dan Fukishima. Mereka ini mempunyai teknologi yang lebih maju dan canggih. Namun menerima juga akibat nya. Ini kan pula Malayia. Trajedi Bukit Merah telah membuktikan nya.

Tahun 1984 Dr Che Rosli berada dalam LPTA dan memberi jaminan yang sama pada penduduk Bukit Merah. Namun jaminan nya hampas belaka.

Mengapa kita mesti adakan juga kilang tersebut di Malaysia. Tidak lain tidak bukan kerana keuntungan, laba dan wang. Kerana tiada nya kilang itu tidak menjejas apa apa pun rakyat Malaysia ini

Ada kah Dr Che Rosli juga kehadapan untuk memberi jaminan ini kerana keuntunagn laba dan wang. Jika beliau tidak memberi jaminan pun tidak apa apa yang rugi pada rakyat Malaysia ini.

Unknown berkata...

anon 2:08

yg rapat bukan GB tetapi al-brangi. Tulisan pertama yang disiarkan di atas ialah petikan dari tulisannya yang tersiar di blognya pagi ini. kredit telah dinyatakan di hujung tulisan tersebut.

hujjah tuan menyamai pendirian saya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku masih sayang pada perjuangan Islam ku, aku menyesal ... apa nak buat. Nasi dah jadi bubur. Ni bukan soal kecik ..satu negara dah tau.. melebor ketawa puak2 tu

tapi nak sedapkan hati, pemimpin2 PAS, amik le hikmah sebalik kejadian tu .. Ada, pasti ada..yg penting ke arah LEBIH BAIK

al-brangi Online berkata...

salam,

saya mohon banyak maaf kerana saya tak mahu diheret dlm isu ini.

posting yg saya buat itu pun kerana merasakan NAQIB saya yakni (Dr.Che Rosli Che Mat ialah Naqib kumpuluan usrah saya)telah keluar dlm blog mana ntah (mungkin pakatan rakyat kot) yg kata beliau mungkin telah di sogok dgn 2 juta.

datuk tuan pun tak perlu perasan kerana isu ini tercetus sebelum beliau menjadi ketua penerangan PAS, maka ini bermakna bukan beliau yg melarang Dr. Che Rosli.

sekali lagi sy mintak maaf kerana tak ada faedah sesama PAS bercelaru dlm isu ini dan saya tidak akan respond lagi selepas ini kecuali peribadi saya diheret sama.

minta maaf ya akhi.

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan besar tujuan TV3 panggil YB Che Rosli adalah untuk memerangkap beliau dan juga pihak PAS.

Tanpa Nama berkata...

memang dasyat yb ni, berlagak lebih dari Tuhan, PAKAR dalam teknologi nuklear! Sedang Allah Maha Berkuasa telah mengingatkan manusia...

"Telah berlaku kerusakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan manusia" [Surah Ar-Rum, ayat 41]

YB inilah perusak jemaah yang sebenarnya!

akula... berkata...

Selalunya orang yang jadi naqib usrah memanglah seorang yang hebat. Tapi kena waspada juga sebab takut terasa megah, sehingga melihat orang lain sebagai rendah. Tambah tambah bila jadi ADUN pula, lagilah naik tocang.

Kami sendiri pun dah kena, ambik naqib usrah peringkat pusat jadi pemimpin sehingga kami pun kena kencing. Sekarang PAS kawasan sudah jadi tak ketahuan sampai susah nak diperbaiki. Nasib baik dia kalah dalam pemilihan baru baru ni.

Kalau orang yang ikhlas dalam perjuangan, tak boleh jadi naqib usrah pun takpa asal parti boleh aman dan sejahtera..

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Kadang-kadang pemimpin PAS tak boleh dapat mikrofon.. terus membuat kenyataan tanpa mengunakan akal politik. Akibat kenyataan kita itu akan terus dipolitik dan diputar belitkan. Selepas itu kita pula akan bercekaran sesama sendiri. Siapa yang untung?

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang yakin Dr Rosli bukan mudah dipujuk oleh Karam Singh. Begitu juga dia tidak mudah dibeli olh BN. Dia bercakap demikian kerana perinsip ilmu dan kebenaran yang di pegangnya sendiri.

Anehnya bila pemimpin PAS bercakap benar, parti menjadi kelam-kabut. Macam jenis tindakan kedengaran untuk diambil terhadapnya. Semua ini adalah kerana dalam PAS tidak boleh bercakap sesuatu yang benar atau hakiki.

Pemimpin yang ingin kekal dan mendapat restu parti harus membuang sifat kebenaran dalam diri mereka dan harus belajar untuk menjadi pembohong yang baik. Baru boleh hidup...

Khairi berkata...

Musuh sentiasa mencari jalan utk memusnahkan kita, Dr Che Rosli memang bersalah menggunakan TV3 utk menjelaskan "kepakarannya". Dia berada dlm jamaah PAS, dia kena faham adab berjamaah.

Tanpa Nama berkata...

Rancangan UMNO untuk membeli Pemimpin PAS sehingga ratusan RM juta memang tidak boleh di nafikan,perlu faham bahawa ada MP PAS mahu/minta dipecat sebagai alasan.
Apabila peminat UMNO GROUP dalam PAS tidak kesampaian maka inilah hasilnya..
tikam menikam antara PR telah bermula, selepas itu lompat katak akan berlumba mengajar dengan harga berjuta juta RINGGIT MALAYSIA semakin tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Tanyakan pada semua ahli jemaah,adakah tindakan Dr Rosli tu betul? Tak ada yang kata betul.... Dr kena muhasabah diri... Kita berjemaah ... bukan bersendirian.

Tanpa Nama berkata...

Dimanakah Che Rosli Sewaktu Trajedi Bukit Merah?

TV3 suku menyiarkan kenyataan seorang MP PAS bernama Che Rosli yg mendakwa kilang yang bakal di bina di Kuantan itu selamat untuk semua orang.

Merujuk kepada biodata Che Rosli di Facebook, tertera:



AHLI JAWATANKUASA PERLINDUNGAN SINARAN.
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, MALAYSIA, 1984-1999


Ini bererti Dr. Che Rosli adalah antara yang memberi khidmat kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(LPTA) sewaktu berlakunya trajedi keracunan radioaktif di Bukit Merah sekitar 1984 hingga sekarang.

Keracunan radioaktif (antara lain)akibat stor simpanan bahan buangan kilang nadir bumi milik Mitsubishi Chemicals, Tabung Haji serta beberapa syarikat bumiputra yang lain.

Mengapa LPTA disebut? Ini adalah kerana sewaktu berlaku keracunan radioaktif ini, LPTA telah mengeluarkan lesen bagi kilang tersebut untuk beroperasi. Di dalam ombak protes dari penduduk2 tempatan, LPTA terus memberi lesen.

LPTA terus memberi lesen kerana mereka berkata kilang tersebut selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat.

Dan dari biodata Dr. Che Rosli, beliau berkhidmat dengan LPTA sepanjang skandal/trajedi Bukit Merah yang meragut nyawa itu.

Maka, Tulang Besi tidak boleh menerima jaminan Dr Che Rosli bahawa kilang Lynas itu bakal selamat.

Ini kerana LPTA juga telah memberi jaminan kepada penduduk Bukit Merah bahawa kilang nadir bumi Mitsubishi itu selamat. Malangnya, jaminan LPTA satu masa dahulu adalah pembohongan semata-mata dan 9 penduduk tempatan telah menghadapi penyakit leukemia, anak2 lahir cacat dsbnya.

Dan oleh kerana Dr Che Rosli berkhidmat dengan LPTA sewaktu trajedi Bukit Merah berlaku, maka Tulang Besi beranggapan apa-apa jaminan yang datang dari alumni LPTA tidak boleh dipercayai angkara trajedi Bukit Merah.

Tulang Besi juga rasa, kalau benarlah dakwaan Che Rosli ni, Tulang Besi cadang kilang RARE EARTH ini dibina di sebelah rumah Che Rosli. Tulang Besi nak tengok berani atau tidak?

Tidak hairanlah walaupun diberi jaminan berulang-ulang kali oleh LTAP dan beberapa pakar, penduduk Kuantan dan Gebeng tetap menolak kilang Lynas. Mereka belajar dari pengalaman rakyat Bukit Merah.

SABOTAJ TERAKHIR GENG PERPADUANG?

Kalau kita ingat kembali, sejurus selepas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, Dr Che Rosli adalah satu-satunya kepimpinan Selangor yang menyatakan sokongan Hasan Ali dikekalkan sebagai Pesuruhjaya Selangor.

Hasan Ali telah pun memulakan langkah mensabotaj PAS dalam isu serbuan JAIS. Maka, Tulang Besi pula merasakan kini giliran Dr. Che Rosli pula.

Tulang Besi melihat kesemua tindakan-tindakan ini adalah satu bentuk sabotaj kepada PAS oleh geng perpaduang yang sudah pun melangkah sebelah kaki keluar dari pintu.

Mungkin juga Tulang Besi salah tapi nampak gayanya begitu. Semuanya seperti mengikut jejak langkah Zul Nordin Al Kazzab.

Tulang Besi

http://www.malaysiawaves.com/2011/08/dimanakah-che-rosli-sewaktu-trajedi.html

P/S untuk pengetahuan Dr. Che Rosli merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (yang dilantik oleh bekas Pesuruhjaya Dr. Hassan Ali) yang terkenal dgn versi pro UMNO.