24 Ogo 2011

Pendakwa Serang Pakar Forensik Tetapi Kebodohan Sendiri Yang Terbuka [updated]

Jarang boleh temui sperma ‘aktif’ selepas 65 jam seks, kata pakar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

“Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

“Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan,” kata beliau menjawab Yusof.

Seorang peguam Anwar, Sankara Nair kemudian memberitahu pemberita bahawa kes yang Yusof merujuk merupakan uji kaji terkawal yang dikendalikan di United Kingdom pada 1982.

“Hanya satu kes itu. Satu eksperimen solitari, di bawah persekitaran terkawal,” katanya.

Peguam itu berkata pasukan pembela akan berhujah menyentuh perkara itu kemudian.

Perbicaraan akan disambung pagi esok.

Seorang pakar DNA pasukan pembela dari Australia Dr Brian McDonald akan memberi keterangan.-TMI




Ulasan GB

Pihak pendakwa nampaknya semakin cemas dan semakin gagal untuk pertahankan pertuduhan mereka apabila didapai mereka hanya menyandar kepada satu kes di atas dunia tentang kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.


Oleh itu kebarangkalian untuk sperma hidup selepas dua hari adalah satu kejadian yang menghampiri status NIL.

Dan Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

Ertinya kes kewujudan seperma di dubur Saiful hanyalah satu mitos. Jika benar juga wujud, maka samada dubur Saiful itu luarbiasa (maka perlukan pembedahan & siasatan yang lebih terperinci terhadap duburnya itu, berkemungkinan wujud sistem dingin beku didalamnya) atau wujud penipuan dimana sebenarnya sperma itu diletakkan kemudian oleh orang-orang tertentu sebaik sebelum specimen itu diambil untuk diuji. Rasanya yang kedua itulah lebih menghampiri kebenaran!

13 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Jika undang undang dijalankan dengan adil, maka, DSAI tidak bersalah, tetapi, jika undang undang, di kuasai oleh Mamakanda DS Najib , maka hancurlah kerier Politik DSAI, semuga Allah menyebelahi kepada yang benar.

Tanpa Nama berkata...

bukti terkini..dikatakan kepala keretapi telah di sumbatkan kedlm lubang ekzos sayFOOL olih dsai

Farouk berkata...

mungkin dubur saiful antara medium yang mempunyai persekitaran terkawal.... manalah tahu kan...

Tanpa Nama berkata...

yup2... entah2 dubur dia ada sistem kawaln sejuk supaya dpt memelihara sperma2 tu.... zaman sekarang dah ada yg org mutan.... wow, mcm cita xmen plak kan...

Tanpa Nama berkata...

Aku tabik si sepol sorang ni. Canggihnyer lubang ekzos dia. Kat ner aarrr dia modified dier punyer...aku nak kasi letak kat ekzos mesin rumput aku kasi dier senyap skit.
Universiti kat Msia ni kena keluarkan geran kaji mende2 ni...pertama kat dunia punya kes nii.....

Tanpa Nama berkata...

Jika benar juga wujud, maka samada dubur Saiful itu luarbiasa (maka perlukan pembedahan & siasatan yang lebih terperinci terhadap duburnya itu, berkemungkinan wujud sistem dingin beku didalamnya)> huhu..ulasan simple yet mantap oleh GB yg boleh diguna utk melawan hujah bodoh/ menegak benang basah pendakwarayaJika benar juga wujud, maka samada dubur Saiful itu luarbiasa (maka perlukan pembedahan & siasatan yang lebih terperinci terhadap duburnya itu, berkemungkinan wujud sistem dingin beku didalamnya)> huhu..ulasan simple yet mantap oleh GB yg boleh diguna utk melawan hujah bodoh/ menegak benang basah pendakwaraya

Tanpa Nama berkata...

Bolehla PM mengistiharkan jubo sepol sebagai "Jubor 1Malaysia"....dan membina monumen berbentuk jubo sebagai tanda perjuangan murni rakyat malaysia yg cintakan umngok.

mohamad berkata...

jangan lupa.... kalau pakatan menang pilihanraya ke13 nanti, kita akan gentel kepala bapa saiful, pak sedara saifool dan saifool sekali. mana mau lari hah.... oh ezam, bangang juga kamu ek... buat cara profesional lah.

Tanpa Nama berkata...

boleh masuk mastika..

lubang dubur ajaib .. HAHAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

mmg tak logik lgsg ape yg diorg try nk tegakkan.. sperma kt luar drpd skrotum, hanya boleh hidup dlm masa bbrp jam shj..n that's d fact sbb aku wat test ni bg check fertility psgn yg nk dpt anak. 2jam je, 50% sperm dh mati..cmne mau survive bpuluh2 jam??!! pulak tu, dlm dubur pn byk normal flora, bakteria2, suhu pn tggi..byk faktor maa..ceh.. len kali, klu nk fitnah, crkla bukti saintifik dlu ye..

Tanpa Nama berkata...

Ada Intercooler turbo dalam Dubur dia..

Tanpa Nama berkata...

Secara saintifik, satu2 kes yg disebut oleh pendakwaraya tidak relevan kerana sperma mat salleh.

Anwar-bukan keturunnan mat salleh. Jadi jika nak dijadikan sandaran, mahkamah hanya blh ambil kes kat asia atau malaysia lebih adil dan tepat.

Satu lagi...usia. Berapa umur sperma org UK itu ? Tengok literatur...kenapa jarang org berumur lebih 60 tahun dpt anak ? Sebab spermanya lemah dan lembap. Mati cepat.

Berdasarkan kpd dua-dua keadaan, ini sayugilah keadilan harus ditegakkan.

Tanpa Nama berkata...

boleh masuk guinness world record ni.. the oldest living sperm in uncontrol environment.. panjang plak nama rekod ni.. hahaha..