Teluk Intan: Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.
Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.
Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.
“Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.
“Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.
“Pemilik kedai telefon bimbit itu bagaimanapun mula pelik apabila suspek yang keluar seketika tidak muncul semula,” katanya.
Mangsa menyedari dua telefon bimbit berjenama terkenal berharga RM3,000 hilang dari rak pameran di dalam premis.
Beliau berkata, mangsa yang menyedari diperdaya gadis itu membuat laporan di Balai Polis Langkap.
“Gadis itu sekali lagi menggunakan taktik sama dua hari lalu dengan memperdaya seorang pemilik premis menjual telefon bimbit.
“Suspek yang berpura-pura mencari pekerjaan melarikan satu telefon bimbit dan 100 keping kad tambah nilai dianggarkan RM4,000 keseluruhannya tetapi suspek tidak sedar wajahnya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) mangsa di kedai di Langkap,” katanya.
Ulasan GB
Hebat-hebat perempuan zaman sekarang. Pakai tudung lagi, boleh mencuri handfon berharga ribuan ringgit dengan kad-kad topup.
Tapi bebal dan bangang masih ada. Terlupakan cctv. Mana mau lari lagi cik akak?

3 ulasan:
kasi tarik tudung die tu lg bgs.... merosakkan maruah agama je....
pasal tudung tu... tak semestinya budak ni memang bertudung... dah nama nak menyamar jadik orang baik... harus la kena nampak cam orang baik sehabis boleh...
takkan nak nyamar ashkar amareka nak pakai jubah ngan serban... :P
manusia takkan terlepas CCTV Allah taala...
Catat Ulasan