24 Ogo 2011

Pakar Forensik Menyatakan Integriti Spesimen DNA Meragukan

Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Hal ini jelasnya kerana, sampel DNA yang sudah diletakkan di dalam balang kedap udara hendaklah diserahkan kepada jabatan kimia serta merta ataupun disimpan di dalam peti sejuk.

Tiada mana-mana pihak baik polis dibenarkan untuk membuka dan menandakan spesimen DNA tersebut tanpa pemantauan daripada ahli kimia, ujar beliau lagi.

Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera dalam kenyataannya kepada mahkamah sebelum ini mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.


"Saya rasa polis itu sepatutnya cari kerja lain. Integriti spesimen amat penting. Beliau (Jude) sepatutnya memaklumkan kepada makmal," kata David ketika disoal peguam Sankara Nair.

David menyifatkan sekiranya bekas menyimpan spesimen telah terdedah kepada udara maka kualiti DNA tersebut tidak mampu bertahan.

Sankara kemudian bertanya pendapat pakar forensik itu tentang laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dijadikan rujukan mahkamah.

"Saya perlu akui sejarah, proforma, laporan, saya tidak yakin mereka (doktor) tahu apa yang mereka buat.

"Anda boleh bayangkan orang ini kurang pengalaman dan mungkin baru," kata beliau sebelum mengakhiri sesi memberi keterangan.

Dalam pada Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, pasukan peguambela hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

"Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini," kata beliau. -tvsnews


Laporan HKL tidak lengkap - Dr David Wells

Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells dalam keterangannya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia memperincikan apa yang terjadi dan akan diteliti oleh ramai orang.

“Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit,” katanya.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut ‘tiada penemuan konklusif’ sedangkan berdasarkan pengalaman beliau, ia sepatutnya ditulis ‘tiada sebarang penemuan”.

Katanya perkataan “konklusif” bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Beliau berkata ketika borang proforma Saiful menunjukkan ada pendarahan pada dubur pengadu, sedangkan laporan perubatan pula menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, borang berkenaan sepatutnya diisi dengan betul. “Ia mesti diisi untuk menunjukkan kesemua pemeriksaan dibuat sewajarnya. Saya keliru oleh bahagian-bahagian penting yang hilang,” kata beliau.

Pakar itu berkata, beliau tidak membenarkan kehadiran polis ketika menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual. Lazimnya beliau menjalankan pemeriksaan tersebut secara berseorang dan ditemani jururawat.

Ia berbeza dengan kes Saiful Bukhari apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira turut berada dalam bilik ketika doktor melakukan pemeriksaan.

Menurut Wells lagi, pencemaran bahan DNA juga adalah isu penting dan mengakui ia tidak boleh dihentikan dan bukti itu perlu disokong oleh ujian klinikal lain.

Sebelum itu, Dr Wells menerangkan tentang kelayakan beliau, yang merupakan ketua pasukan forensik di Victoria Institute Of Medicine dan profesor di Monash Universiti, Australia. Well menyatakan beliau mempunyai kepakaran mengenai keganasan seksual dan menulis beberapa buku dan artikel mengenai keganasan seksual.

Beliau juga pernah menjadi saksi di Australia dan United Kingdom. Wells berkata beliau juga melatih pegawai polis, jururawat dan doktor yang melakukan perubatan forensik. Beliau juga pernah mengadkaan kursus di Malaysia dan membantu melatih doktor di sini.

Wells menyatakan beliau menjadi saksi di pelbagai mahkamah, dari majistret hingga Mahkamah Tinggi dan percaya testimoni beliau diterima oleh mahkamah.

Beliau juga memberitahu mahkamah beliau telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun dan bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman. - KD




2 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Aku dah kata dari dahulu, lantik pegawai yang tak erti dan tiada ilmu dalam bidang sainstifik. Cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kenyataan yang bukan ilmiah. TAPI MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPERCAYAI AKAN CERITA INI. KAN MALAYSIA BOLEH.

Tanpa Nama berkata...

hahah, rakyat malaysia tidak bodoh lagi..

Panas:! Website Khusus Untuk Perompak dan Pencuri


Mamee ni halal ke haram? Boleh buat kuih raya ker?