15 Ogo 2011

Mat Sabu: Di London Rakyat Mengamuk. Di Malaysia Polis Yang Mengamuk

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyelar tindakan beberapa pihak yang cuba menyamakan antara Himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu dan rusuhan yang berlaku di United Kingdom.

Mohamad merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan Bersih 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di Kota London sekarang.

Menurut Mohamad, rusuhan di UK berbeza dengan gerakan menuntut perubahan secara aman di Malaysia dan diakui sendiri oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron bahawa rusuhan London tidak berkaitan politik.

"Saya tak tahu Timbalan KPN ini. Di London rakyat mengamuk. Di Malaysia polis mengamuk.

"PM Britain sendiri kata rusuhan tidak kena mengena dengan politik," kata Mohamad ketika ditanya Tv Selangor pada sidang media di Ibu Pejabat PAS semalam.

4 Ogos lalu, ribuan rakyat memprotes kematian seorang lelaki akibat tembakan polis di Tottenham, utara London.

Keesokan harinya, beberapa pemuda bertopeng memulakan rusuhan, merosak dan membakar kedai.

Kejadian itu merebak ke bahagian lain di London seperti Croydon dan Bayswater sebelum merebak ke arah Utara England dengan kejadian sama dilapor di Birmingham, Liverpool dan beberapa tempat lain.

Dalam posting di laman web Facebooknya beberapa hari lalu, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.

Menurut Mohamad situasi ini amat berbeza dengan demonstrasi di negara ini.

Beliau mengakui polis boleh menggunakan kekerasan mereka dalam rusuhan tetapi bukannya dalam himpunan aman.

"Saya sendiri berulang kali sebut jangan terbalikkan walau satu pasu bunga pun.

"Di sini tidak ada langsung berlaku kebakaran, terbalikkan kereta, pecah kereta atau (rosak) harta awam. Patutnya polis hadapi himpunan aman secara aman," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam mendakwa ada peserta himpunan Bersih 2.0 yang diupah RM50 untuk memakai baju berwarna kuning.

Merujuk kepada tragedi di London, beliau berkata, polis di negara luar tidak teragak-agak melakukan kekerasan demi menegakkan undang-undang sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," beliau dipetik sebagai berkata.

Terdahulu DAP turut membidas kegagalan pemimpin Umno-BN dalam menyamakan rusuhan dan sebuah perhimpunan aman.

Menurut setiausaha organisasi DAP, Teresa Kok, Bersih 2.0 adalah sebuah perhimpunan aman yang jelas matlamatnya dan bukanlah seperti yang didakwa pemerintah selama ini.

“Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah pihak polis.

“Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

“Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi,” katanya dalam satu kenyataan media.





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk maluman Dato Seri Khalid rusuhan seperti berlaku diLondon munkin akan berlaku dinegara ini BUKAN dari Bersih tapi angkara kezaliman Polis dan juga akibat keadaan ekonomi.Jika ramai rakyat tak ada pekerjaan,harga barang keperluan dan bahan bakar mahal,rakyat akan merusuh.Ditambah dengan 2.5 juta PATI yang akan jadi warga negara,rakyat akan tersepit.Senario ini yang menyebabkan rusuhan diLondon.Jangan buat kenyataan bangang,buat kajian dulu sebelum buka mulut.

Tanpa Nama berkata...

ITU MENTERI BANYAK BANGANG,, DIA INGAT RAKYAT BODOH,,,PAKAI BAJU KUNING,X ADA BAYARAN, BAJU MERAH ADA BAYARAN,,BANGLA PUN UMNO UPAH,,,MALAYSIA X MELAYU UMNO,,,YG ADA BANGLA DAN MAMAK TONGKANG SAJA AHLI UMNO,,,,,

ANAK JAWA berkata...

RAIS ANAK YATEM lagi mampos dia bolih kata polis mesia menyuraikan bersih dgn tertib sakit nya hati wak dengar

Tanpa Nama berkata...

apa dah jadi ngan malaysia nih.pendatang haram pun bagi i.c.