14 Ogo 2011

TGNA Sokong Larangan Bacaan Al-Quran Guna Pembesar Suara, Selari Dgn Syarak

Larang guna pembesar suara selaras syarak

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.

Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

"Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia," katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.

Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

"Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati," ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain. -HD


Larang Pembesar Suara : Perlis Sokong Pulau Pinang

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” kata beliau dipetik dari portal Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang.

“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih,” katanya.

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya dipetik Berita Harian.




12 ulasan:

kayu_cemeti berkata...

Jangan pulak selepas ini ada pula yang mendakwa mursidul am pun wahabi sedangkan memang pun dalam hukum syariah tidak dituntut bacaan alqur'an dilaungkan dengan pembesar suara cuma selama ini tidak diperbesarkan olih masyarakat bahkan orang melayu sendiri satu ketika dahulu diShah Alam pertikaikan bukan sahaja bacaan alQur'an bahkan azan menggunakan pembesar suara dibantah hingga menjadi isu bagi umat islam sendiri bila kejahilan melayu bertambah serius pada agamanya semua ini akan selesai bila Islam sebenar dapat memerintah bukan Islam Klon seperti sekarang ini mari kita ubah kerajaan dipru 13 nanti..Bolih?

Hamdan Rukun berkata...

SELEPAS INI MEREKA AKAN MINTA SUPAYA AZAN JUGA TIDAK DILAUNGKAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA. ALASANNYA IALAH KERANA ORANG ISLAM TAU WAKTU MASUK WAKTU SOLAT.

KETIKA ITU NIK AZIZ AKAN MUNCUL DENGAN HUJAH BAHAWA ZAMAN NABI DULUPUN TAK ADA PEMBESAR SUARA.

ITULAH NIK AZIZ.

HE!HE!HE!

Tanpa Nama berkata...

sifatsi luncai memang buruk dari kepala sampai ke usus.

sbb mulutnya dah terkancing utk gunakan isu pembesar suara di pulau pinang nak burukkan pakatan rakyat.

mamposlah siluncai dgn muka labuhnya

Tanpa Nama berkata...

Ketawa le kamu si luncai.

Mungkin bila mu dah pengalaman solat singgah kat masjid, dengar org mengaji dgn kuat, baru kau nampak/rasa benarnya apa yg Nabi saw beritau.

Atau mu sendiri sedang solat tahajjud di rumah, tiba2 diganggu suara org mengaji kuat dari surau/masjid. Tak tau le mu x pernah rasa, sbb rumahmu jauh dari surau/masjid.

Pulun lah banyak2 attend majlis ilmu, baca sirah nabi saw dll.. & niatkan semata2 kerana Allah. Semuga Allah tambah ilmu & petunjuk. Jgn tunggu lama2, nanti menyesal tak sudah.

Tanpa Nama berkata...

Namanya pun luncai, biarkan ,biarkan ia terjun dengan labu2nya. Kalau tak mahir ilmu agama tu ,tanyalah pada ahli nya . Bukan ikut budaya yang selama ini tidak diambil peduli oleh orang2 tertentu. Itu lah betapa pentingnya jika Islam dapat dilaksanakan di Malaysia ini. Harapkan islam keturunan aje....... cari lah ilmu Islam dpd ahli-ahlinya yang hidup hanya untuk mencari keredhaan Allah bukan hidup mengharapkan ihsan hamba2NYA( kerajaan APCO ).

Tanpa Nama berkata...

m elayu islam, islam itulah melayu, itulah apa yg ada dalam minda umno, yg pelek ada sesetengah sekolah mewajibkan murid2 memakai pakaian melayu setiap hari jumaat cuti pula pada hari ahad ini tentu fatwa dari tok syekh luncai atau lu cincai la sama gua.

pecah tembelang berkata...

bukan kah negara kita negara ISLAM??
kenapa perlu larangan seperti itu?
cer hujah ckit..
kome kan hebat agama...

betul kata luncai..
memula larang bacaan al-quran guna pembesar suara...
lepas ni larang jugak nak azan..

buta ko kome ni????

;-)

Tanpa Nama berkata...

malaysia negara Islam?
kahkahkah
kepala hotak hang


kalah negara Islam apasal x jalankan hudud, qazaf dan lain-lain?

takot ramai pemimpin umno kena kerat tangan ker kerana merompak harta rakyat?

Tanpa Nama berkata...

tok guru cakap berpandu sunnah nabi,bukannya pakai sedap mulut saja.si luncai ni tak paham.baca betul2.kalau dah nabi kata ganggu orang jangan buat la..

Tanpa Nama berkata...

awat laa.... puak umno ni tak paham2 utz asri utz juanda dan tok guru nik aziz orang faham hukum tentu depa cakap ikut hukum nak hujah apa lagi? napi tanya tok guru najib silakanlah kalau tak paham.

Tanpa Nama berkata...

Bengong betul luncai ni... TGNA bercakap berdasarkan sunnah.. Bukan dia sorg je cakap, Bekas mufti perlis pun cakap yang sama, Mufti perlis pun cakap yang sama...

Jadi mana komen2 dari mufti-mufti negeri lain.. takkan komen makan gaji buta jer.. Senyap sunyi.. Atau jenis yes bos macam luncai ni...

misah berkata...

Wahai sesiapa saja yg tak memahami.....kita ni bercerita pasal baca al-Quran dgn pembesar suara bukan pasal azan. Sedangkan nabi pernah menegur org yg baca Al-Quran dgn kuat di dalam masjid kerana ia akan mengganggu org2 yg sedang solat. Bukan kah Islam itu adil dan indah....Al-Quran bukan utk didengari dgn kuat2 tapi utk difahami isi2nya...so jgn serabutkan kepala otak kita dgn menceritakan tentang azan pulak...azan mmg perlu di kuatkan utk menyuruh umat Islam menunaikan solat...bukankah solat itu wajib. Cuba lah tahu nak bezakan yg mana perkara wajib dan yg mana amalan yg digalakkan....