Polis tayang 'detik terpilih', bukan menyeluruh
KUALA LUMPUR, 22 Julai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan 'detik-detik terpilih'.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut.
"Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya.
"Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu. Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sesi tayangan dan taklimat selama satu jam 30 minit yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini petang semalam yang dikatakan bagi menjawab segala dakwaan terhadap salah laku polis.
Video klip itu bagaimanapun hanya menunjukkan 'layanan baik' polis terhadap peserta himpunan termasuk menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar pajero polis.
"Saya nampak ianya tidak menujukkan apa-apa konklusi. Video itu tidak menunjukkan saat Mat Sabu jatuh, tak tunjuk sama ada dia jatuh, pajero undur dan langgar dia dan dia jatuh ataupun ada dua buah kereta waja yang langgar dia dan dia jatuh.
"Saya ingat dari segi apa yang ditunjukkan dalam video itu menujukkan bahawa tak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Mat Sabu menipu malahan nampak macam polis nak menipu," katanya yang turut cedera di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata dan menerima enam jahitan.
Tambahnya, tindakan polis memilih video sebelum ditayangkan sehingga mengambil masa selama dua minggu amat menimbulkan keraguan.
"Kenapa saat-saat tertentu sahaja yang polis tunujuk? Masa polis tembak gas masa perhimpunan kenapa tak tunjuk?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Dalam taklimat semalam, polis tutut mendakwa peserta perhimpunan yang banyak melakukan provokasi supaya polis menangkap mereka.
Polis bagaimanapun mengakui kemungkinan melepaskan meriam air ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu. -HD

Bersih 2.0: Mat Sabu arah peguam fail saman PDRM
July 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Julai — Mohamad Sabu telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada Polis Diraja Malaysia kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal dinaikinya ketika perhimpunan 9 Julai.
Mengikut laporan HarakahDaily, Hanipa berkata, Timbalan Presiden PAS telah menghubunginya pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan semalam.
Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.
“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar ‘fender’ Pajero,” katanya.
Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.
“Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu,” kata Hanipa kepada Harakahdaily.
Hanipa yang juga timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS memberitahu, Mohamad menegaskan bahawa jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnahnya.
Sebelum ini Mohamad mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.
Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2½ skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.
Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.
Dua hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.
Sementara itu, Keadilandaily melaporkan, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.
Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.
Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.
“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu.
“Kereta Waja yang ‘cross’ itu (yang melanggar),” kata beliau.
Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mohamad berkata terdapat pelbagai pandangan pada masa itu.
“Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya. -TMI
3 ulasan:
mat sabu tak patut saman polis...membazir duit upah peguam je...nih semua perangkap, kalau mat sabu kalah dalam saman tu, mayb mat sabu akan didakwa buat laporan palsu+hilang kepercayaan dari penyokong pas, tak saman bukan sbab tkut, tp sbab bukti yg ade tak cukup untuk mng....the best thing to do is silent, n kalau nk saman polis pn, saman atas dakwaan salah laku polis terhadap peserta Bersih 2.0,rmai saksi,bnyk bukti,insyaallah boleh mng,kalau kalah rakyat boleh menilai sndiri,the truth will be uncover, kalau kes salah laku polis nih ditangguhkan mahkamah, benda nih pasti sentiasa akn menjadi segar dlm ingatan,then keputusan pilihanraya bkal berpihak kepada PR..this is just my opinion...
Tiga buah kereta kejar satu biji motor, kenapa tak gunakan motor saja untuk kejar motor? Kenapa ambil masa yang lama untuk pintas motor? Kerana ini ada kaitan niat untuk membunuh!
video arwah baharuddin pon ade penipuan polis.. polis ckp arwah memegang dadanyer seprti sdg diserang saket jntung walaupon x di suaren dengan jelas.. ape yg polis tipu.. sbnrnyer arwah sdg berlari.. org berlari tgn mestila berayun sekali.. then polis mmg sengaje stop kn video tu pde ketika tgan arwah btol2 berada di posisi dadanya.. video berkenaan hanya setakat smpai situ.. smbungan nyer polis x tunjuk lngsung.. kalau di mainkn penuh video tu dri start arwah masok smpai abes.. xde kelihatan arwah memegang dadanyer...
Catat Ulasan