22 Jul 2011

Penahanan Peguam Perancis Bukti Ada Skandal Dalam Pembelian Scorpene

Peguam 'Scorpene' ditahan di KLIA

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaska
n.

Ulasan GB

Jika tidak ada apa-apa di dalam pembelian Scorpene masakan Peguam Perancis William Bourdon ditahan.

Sekalipun kes Altantuya telah menjadi sejarah namun "hantu"nya tetap mengejar pesalah yang telah mengebom Altantuya sampai mati.



1 ulasan:

Martoiriat berkata...

Salam GB...
Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN)tidak terlibat dengan skandal 'SCORPENE' kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam itu. Kenapa takut sangat dengan pendedahan itu, berani kerana benar.

Jelas di sini jika saya buat andaiannya secara tidak langsung mengambarkan kerajaan Malaysia begitu takut dengan skandal ini akan diketahui rakyat. Justeru itu mereka akan lakukan apa cara sekali pun untuk menghalang skandal ini dari terus dibongkar. Mungkin disebalik kapal selam yang tidak boleh menyelam, sudah tentu ada pemimpin2 peringkat tertinggi yang terlibat menjadi dalang terhadap skandal ini dan ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Biarpun begitu sudah jelas siapa yang terlibat dan siapa yang menerima komisyen itu sudah dapat diagak .. mungkin GB sendiri sudah buat andaianya. Bagaimana pandangan dan pendapat GB tentang skandal ini ? Dengan kata lain tolak Umno-BN dalam PRU akan datang