Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Darurat setelah mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Aruchelcan ketika dihubungi Tv Selangor mengesahkan hal itu sebentar tadi.
"Ya beliau ditahan di bawah Akta Darurat bersama lima yang lain.
"Mereka tadi dibebaskan dan mereka akan dibawa ke Bukit Aman pukul empat petang ini,"kata beliau.
Menurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.
Dr Jeyakumar pada 25 Jun lalu ditahan polis bersama 31 yang lain ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.
Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang tadi.
Namun mereka ditangkap semula oleh anggota polis Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan.
Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.
Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).
Akta Darurat merupakan suatu akta yang menggunakan pendakatan penahanan tanpa bicara seperti yang diamalkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). -tvsnews
Ulasan GB
Penahanan Dr D Jeyakumar di bawah Akta Darurat adalah satu kesilapan besar polis dan Kerajaan BN.
Umum mengetahui Dr D Jeyakumar adalah tokoh yang telah berjaya menumbangkan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu di Sungai Siput.
Belum pernah ada sebelumnya sesiapa pun yang berjaya mengalahkan Samy Vellu di dalam pilihanraya-pilihanraya umum tetalh Dr D Jeyakumar berjaya melakukan dengan majoriti hampir 2 ribu undi.
Dengan penahanan Jeyakumar, ia membangkitkan lagi kemarahan rakyat berketurunan India terhadap BN.
Dan ia akan menyumbang kepada faktor keruntuhan BN di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

1 ulasan:
MP Sg Siput bijak dan cerdik.
Untuk memenangi pilhanraya umum akan datang, beliau tidak perlu tunggu PRU kemudian baru nak berkempen.
Dengan cara membiarkan dirinya ditangkap sekarang, 50% kemenangan telah memihak pada dirinya.
Catat Ulasan