Pemandu patah tulang bahu
KOTA TINGGI: Seramai 21 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres dari Terengganu ke Terminal Pengangkutan Awam Larkin di sini, terselamat daripada maut apabila kenderaan berkenaan terbalik di lereng bukit di Kilometer 47.5, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, pagi semalam.
Gambar: Sebahagian dari penumpang yang terselamat sedang menunggu ketibaan bas ganti selepas bas ekspress yang mereka naiki dari Kuala Terengganu terbalik dan tersadai di lereng bukit Km 47.5 Jalan Johor Bahru-Mersing di Kota Tinggi. Foto: Ahmad Othman (01/07/2011)
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, pemandu bas itu cedera parah dan tujuh penumpang cedera ringan selepas bas berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas kira-kira 40 meter dan terbalik di lereng bukit berhampiran kilang papan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata bas berkenaan bertolak pada jam 10.30 malam sebelumnya.
“Lapan penumpang termasuk pemandunya yang patah tulang bahu dihantar orang ramai ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk mendapatkan rawatan sejurus kejadian.
“Mangsa termasuk lapan pengakap dari Singapura yang baru menamatkan kerja amal di Setiu, Terengganu dan dalam perjalanan pulang ke republik berkenaan,” katanya di lokasi kejadian.
Menurut beliau, hanya pemandunya cedera parah, manakala tujuh penumpang lain cedera ringan.
Beliau berkata, pihaknya merekodkan keterangan penumpang dan hanya menunggu mengambil keterangan pemandu.
“Pengurusan syarikat bas ekspres berkenaan turut menghantar sebuah kren untuk menarik kenderaan itu.
“Mereka turut menyediakan bas gantian kepada penumpang, malah mendokumentasikan keterangan diri mangsa untuk proses selanjutnya,” katanya.
Kes disiasat mengikut Akta pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan. -HM

Merangkak naik bukit
KOTA TINGGI: “Saya sedang tidur apabila bas tiba-tiba terbalik dan dalam masa sama, semua penumpang menjerit. Ketika itu, pelbagai gambaran ngeri bermain di fikiran,” kata Siti Maisura Ismail, 20, di sini, semalam.
Maisura yang juga seorang daripada 21 penumpang bas ekspres dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Terminal Pengangkutan Awam Larkin di sini, terselamat apabila kenderaan berkenaan terbalik di lereng bukit di Kilometer 47.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi, kira-kira jam 6.15 pagi.
Menurut pelajar semester lima, Politeknik Kuala Terengganu dalam bidang Teknologi Maklumat itu, dia mengalami calar di muka dan cedera di tangan kiri akibat kejadian.
“Rakan sekolej, Shazwani Salimin yang berusia 20 tahun tercampak keluar tetapi tidak cedera serius dan dia hanya tersedar selepas terbaring di dalam semak.
“Mangsa lain termasuk saya merangkak keluar dari bas sebelum dibantu orang ramai yang melalui jalan berkenaan,” katanya.
Anuar Ibrahim, 24, dari Kuala Terengganu, berkata dia sedar bas itu hilang kawalan sebelum terbalik.
“Bagaimanapun, saya tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya bertawakal kepada Allah.
“Saya keluar melalui tingkap belakang bas dipecahkan. Ketika itu, saya lihat ramai merangkak menaiki bukit dengan bantuan pengguna jalan raya lain,” katanya yang dalam perjalanan ke Pasir Gudang bagi mencari pekerjaan. -HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan