25 Jul 2011

Siapa Yang Tidak Hormat Suruhanjaya Diraja Kalau Bukan Kerajaan UMNO BN Sendiri?

Pihak Tidak Terima Keputusan Beng Hock Bunuh Diri Ibarat Cuba Perlekeh Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR: Pihak yang tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bahawa pembantu khas seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor itu membunuh diri, dilihat seolah-olah cuba memperlekehkan konsep penubuhan suruhanjaya tersebut.

Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syed Akhbar Ali berkata tindakan itu juga boleh dianggap seperti tidak menghormati segala undang-undang yang terdapat di negara ini.

"Saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh terima keputusan tersebut pada hal suruhanjaya itu ditubuhkan atas kehendak orang ramai dan mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan negara.

"Sekiranya mereka terima keputusan bila suka dan tolak keputusan apabila ia tidak berpihak kepada mereka, maka mereka tidak memberi penghormatan kepada penubuhan suruhanjaya," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa majlis itu tidak bersetuju dengan keputusan suruhanjaya yang mengatakan bahawa Teoh didapati membunuh diri kerana ia tidak disokong dengan bukti-bukti.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Lim yang mahukan penguatkuasa SPRM yang terlibat dengan kematian Teoh itu dikenakan tindakan, Syed Akhbar yang juga Presiden Blog House berkata adalah tidak wajar untuk menuding jari mencari kesalahan orang lain.

"Kalau nak tuding jari pada orang lain susahlah ini kerana keputusan mendapati Teoh bunuh diri dan bukannya dibunuh. Malaysia sebuah negara yang bebas dan demokrasi jadi kita kena terima keputusan tersebut," katanya.

Beliau berkata terpulang sama ada Majlis Peguam ingin merayu atau mencabar keputusan itu di mahkamah kerana ia merupakan hak mereka, bagaimanapun sekiranya keputusan itu tetap tidak berubah, maka mereka perlu menerima dengan hati yang terbuka.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Profesor Madya Abd Halim Sidek berkata siasatan perlu dijalankan mengenai dakwaan Majlis Peguam bahawa Teoh mati akibat kecuaian pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan berkenaan.

"Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya betul Teoh bunuh diri akibat salah laku pegawai SPRM dan seterusnya mereka perlu disabitkan kesalahan di mahkamah.

"Saya fikir kenyataan presiden Majlis Peguam itu adalah terlalu awal dan dia tidak perlu terus memberikan keputusan, mereka perlu bersabar dan tunggu (siasatan dijalankan)," katanya.

Abd Halim yang juga Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa, Institut Pemikiran dan Kepimpinan UiTM berkata pihak berkenaan juga tidak seharusnya meyangkal keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja memandangkan ia ditubuhkan atas permintaan mereka.

"Suruhanjaya ini ditubuhkan atas permintaan keluarga, badan bukan kerajaan, peguam dan Majlis Peguam sendiri dan kerajaan telah beri pertimbangan yang amat prihatin mengenai isu berkenaan.

"Anggotanya yang dilantik Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) terdiri daripada mereka berpengalaman luas serta pakar dalam bidang tertentu. Jadi mereka tidak boleh menyangkal dan perlu terima hakikat," katanya.- BERNAMA

Ulasan GB

Siapa yang selama ini tidak menghormati Suruhanjaya DIraja jika bukan Kerajaaan UMNO BN sendiri?

Di dalam kes Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan didapati TIDAK MELAKSANAKAN 7 cadangan yang dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya. Bukankah itu bererti memperlekehkan konsep penubuhan suruhanjaya tersebut?

Begitu juga di dalam kes Suruhanjaya Diraja Siasatan kes VK Lingham. Kerajaan juga dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak terikat untuk bertindak terhadap hasil siasatan dan cadangan Suruhanjaya berkenaan.

Kini di dalam kes Siasatan Kematian Teoh, mengapa anda hendak mengikat pihak lain sedangkan kerajaan UMNO BN sendiri telah melanggar Suruhanjaya berkali-kali?

Jangan hanya pandai menuding ke arah orang lain sednagkan empat jari menuding kepada pihak sendiri.

Ini buktinya:





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita yakin tbh menerima tekanan mental dari pehak sprm yang buat siasatan keatasnya yang sangat dahsyat.

Tanpa Nama berkata...

cakap pusing2 kalau untung bn dia sokong kalau bn salah mereka sanggah apa punya turrrr lah korang.kalau kami katak bolehlah lompat sana lompat sini tapi kami rakyat yang sangat prihatin...