18 Mei 2011

Nama Dr Dzulkefly Akhirnya Dimasukkan, Tetapi Tiada Kenyataan Maaf Daripada J/K Pemilihan [updated]

Setelah GB membongkar isu ketiadaan nama YB Dzulkefli Ahmad di dalam senarai 82 orang calon AJK PAS Pusat, akhirnya, pada jam 10.40 malam, nama beliau disenaraikan di dalam lamanweb harakahdaily.

Jumlah AJK yang tercatat akhirnya berubah menjadi 83 orang daripada cetakan asal senarainya 82 orang.

Kesemua media eletronik & internet sebelum ini juga melaporkan 82 orang. Justeru harakahdaily tidak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa mereka tidak mengubah senarai tersebut.

Malah stesyen-stesyen TV pada malam ini juga menyebutkan 82 orang.

Dan amat dikesalkan tiada sebarang kenyataan permohonan maaf samada dari Jawatankuasa Pemilihan atau Harakahdaily sebagai media rasmi yang melaporkan mengenai "kesilapan" berkenaan.

Sikap yang tidak beretika itu melambangkan sikap bodoh sombong dan tidak profesyenal yang tidak sepatutnya ada di kalangan pimpinan PAS dan wartawan/penulis media PAS.

Akhirnya Allah juga yang mendedahkan sepertimana doa kita sebelum ini

Kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

Berikut dilampirkan video dari TVS dan TVPAS yang juga melaporkan senarai awal AJK yang bertanding iaitu cuma 82 orang bukan 83 mengikut senarai yang terbaru.









48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan UG dan harakahdaily ni jugak Pandi Kutty dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah GB!

Tanpa Nama berkata...

gua respect pada lu kelab greenboc...kebodohan dan ketololan dalam pemilihan pas mula ketara...mari kita bongkar penipuan stopa ali....

Tanpa Nama berkata...

itu menunjukkan blog GB ni besar pengaruhnya dan hebat penangannya sampaikan hanya beberapa minit sahaja perubahan berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Sikap yang tidak beretika itu melambangkan sikap bodoh sombong dan tidak profesyenal yang tidak sepatutnya ada di kalangan pimpinan PAS dan wartawan/penulis media PAS.

PERKARA TERSEBUT BOLEH BERLAKU APABILA SISTEM PEMILIHAN ITU SENDIRI MENGGUNAKAN SISTEM KAFIR (DEMOKRASI)YANG TERDEDAH KEPADA PENIPUAN DAN MANIPULASI

buntat berkata...

sabo bro, jgn ada yg telalu ikut perasaan, ada cara bro yg lebih manis nak tegur, kita tunggu muktamar ni, ramai yg da x sabar nak menyembelih n kena sembelih, kepimpinan pas yg ada skrg kena cpt2 betulkn mana yg pincang,atau tunggu......

mohamad berkata...

apalah bangang sangat mustafa ali dan halim rahman ni. dia ingat ahli pas sekarang bodoh ke? dua-dua ni dah masuk senarai lupus. kalau nak jadi macam pemilihan PKR silalah buat. wahai pemimpin PAS bangkitlah!!!!! nak malu alah ke, nak wala' ke, nak kenang budi ke, nak jaga perpaduan ke....jangan lah sampai jadi bodoh dan bangap. tak kan tak nampak. mustaffa ali ni sedangan membentuk barisan. tolonglah ganti mustaffa ali ni. dia ni menyorot dibelakang presiden.

kingkong berkata...

terdedah tembelang pandi kutty dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

PAstikan ketelusan dan amanah terus menjiwai kepimpinan PAS . Jangan ada dalang atau agen yang menjadi gunting dalam lipatan di dalam kepimpinan PAS. Jauhi sifat bermuka-muka . Jangan sampai ada orang akan mengatakan J/kuasa pemilihan PAS sama macam umno-bn . Takbir .......

Tanpa Nama berkata...

sekiranya gulungan elit pas yang mempunyai niat tidak baik dalam pemilihan tersebut, diharap hentikan segera kerana penyokong pas yang bukan ahli sentiasa memerhati perkembangan tersebut. Jangan jadi perangaiUMNO dan PKR..

puakPas berkata...

tiada sesiapa pun kehilangan hak sebagai ahli PAS, kecuali mereka yang dikenakan tindakan oleh badan disiplin parti.
Sesipa yang cuba melaga-laga ahli parti, atau mengada-ngadakan cerita berita karut, atau mengambil apa-apa tindakan diluar peraturan parti,atau bersikap sangka buruk terhadap pimpinan parti, semua perbuatan ini bertujuan memecahkan belah kesatuan ahli-ahli PAS, merupakan kelompok MUNAFIK TULIN dalam perjuangan Islam(sila baca bacaan Munafik dalam perjuangan Islam dizaman Rasulullah SAW).
INGAT! INGATLAH SAUDARA KU! KELOMPOK MUNAFIK LEBIH TERUK DARI UMNO.

mohamad berkata...

tak payah tunggu dah sibuntat ooiiii. patutnya PAS parti nak sama tua dengan UMNO dah boleh pemimpin kpd Pakatan Rakyat. tapi lihat apa jadi. susah kalau presiden malu pada setiausaha. stopa ali ni dah tak perlu ada dalam saf kepimpinan. dia bukan ulama dan idea sudah kering. kalau ilmu agama tinggi boleh juga jadi tempat rujukan. beritahu pemimpin-pemimpin pas,kami ahli-ahli dah letih atas mainan mustaffa ali. jadi-jadilah , cukuplah menjadikan politik tempat cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Agak pelik lagi ajaib , senarai pencalonan telahpun ditutup - 82 orang , tapi alih-alih jadi 83 orang pulak. Macam ada yang tak kena dengan j/kuasa pemilihan ni. Awas!!! anda diperhatikan oleh golongan terbanyak.

matantiug berkata...

Kalau GB tak bising,sudah tentu Nama Dr.Zulkifli Ahmad digugurkan oleh Stopa Ali.Memang kotor punya kerja.Nak sangat tidur sebantal dengan UMNO,sudah kena virus UMNO.Hj.Halim tu sebenarnya tak ada kuasa,cuma jadi proxy Stopa Aliaje.Sermua ini tak difahami dan diambil iktibar oleh ahli-ahli PAS khususnya para perwakilan.Wala,wala.wala - itu aje yang depa faham.Sekarang Presiden,Hadi Awang tidak ditentang,menang tanpa dicabar.Akan bertambah ligat dan naik tocanglah Stopa Ali dengan puak perpaduangnya.Allah sahajalah yang akan menyelamatkan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Seingat ana, GB juga merupakan blogger penting menentang Kerajaan Perpaduan dulu.

Jikalah tidak kerana tulisan2 GB yang membongkar idea UG dengan hujah2nya yang mantap, kita tak tahu apa sudah jadi dengan PAS.

Syabas GB.

Tanpa Nama berkata...

memang pandi kutty betol. dah buat salah mintaklah maaf, ini tidak, senyap2 betulkan senarai nama dlm harakahdaily. ingat ahli bodoh mcm pandi kutty tu.. chit....

DARI KAKI GUNUNG JERAI berkata...

Saya pernah bekerja kat Harakah '93,'94,masa tu ust. Azizan MD, Cikgu Pa Chairman sampai sekarang memang seorang ahli politik yang hebat,Dia pandai membuat grand design kepimpinan dan boleh menghidu dan memadamkan setiap kesilapan yang dibuat supaya tidak tersebar dan dikesan oleh pimpinan tertinggi
Beliau seorang Dominan dalam semua mesyuarat.

Apa pun setiap tuduhan mesti besertakan bukti,
my personal opinion-DARI KAKI GUNUNG JERAI

suhaimi berkata...

Delima pas adalah asyik - asyik nak minta tegur cara baik. cara lembut cara saluranyang betul.. ceh.. kalau namanya politik demokrasi inilah jadinya... piiiirah!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau UG tu pandi kutty, Mustaffa Ali ? bapak kutty?

buntat berkata...

mohamad, gua setuju ngan lu, sbb tu gua ckp tunggu muktamar nnti, kalau dari skrg x dibetulkn, ada yg panas punggung nnti

diod berkata...

Syabas GB.

kembara putih berkata...

Nampaknya budaya mencantas pemimpin muda yg berkualiti masih tak surut, paling ketara 2 tahun lepas. Jadi menjadi KEWAJIPAN SEMUA WARGA PAS untuk menghalau Mustafa Ali dari tampuk kuasa, sebelum lebih banyak kerosakan bakal berlaku.

Tanpa Nama berkata...

sungguh dasyat permainan pandi kutty dari trengganu ini!

desak mustaffa ali undur segera.

Tanpa Nama berkata...

ahli pas kalau ramai sangat dok berkawan dengan umno ahirnya perangai macam umno beberapa tahun dulu DR ADB AZIZ HANAFI hanya dilantik sebagai pemereksa kira2 sedangkan beliau seorang ulama yang boleh diangkat naik untok memimpin pas, inilah prangai umno yang ada dalam pas.

Tanpa Nama berkata...

Saya secara peribadinya amat-amat berharap supaya perwakilan Pas buat pilihan terbaik dalam memilih saf kepimpinan.

Pilihlah mereka yang telah teruji, berkebolehan dan komited.

Sesungguhnya saya lihat terdapat begitu ramai sekali dikalangan pemimpin yang ada yang berkelayakan yangmana orang luarpun boleh mengenali kewibawaan mereka.

Buatlah pilihan yang bijak dan waras.

Khairi berkata...

Salam semua,

Kalau tersilap, silalah minta maaf secara terbuka kepada semua ahli PAS. Betul demokrasi adalah alat ciptaan bukan Islam tetapi dalam pemilihan PAS, yang menjalankan amanah adalah orang Islam. Macam kereta ciptaan bukan Islam, kalau drivernya membawa ke masjid, jadilah ia amalan mulia. Kalau pandu kereta ke tempat maksiat, jadilah ia satu amalan mungkar. Yang kita mahu lihat dalam pemilihan PAS dan yang lebih besarnya dalam pilihanraya yang di kendalikan SPR, satu pertandingan yang sihat, adil dengan tidak ada tipu menipu dengan peraturan yang tidak berat sebelah. TGNA selalu sebut, kita terima keputusan pilihanraya kalau rakyat tak undi kita tapi kita tak rela kalau kita kalah sebab SPR tipu kita. Begitulah adanya dalam pemilihan PAS.Bertaqwalah kita semua.

hussin berkata...

salam,

saya dah sebut lama dah pasal mustafa ali ni. pas akan terus bernanah akibat virus ug yang di bawanya bersama nasharudin mat isa.

apa kena mengena beliau hadir dalam pc jk pemilihan, tak cukupkah dengan halim rahman? pun dah kata dulu, ini halim ni dibawa ke pusat oleh mustafa ali. dia kumpulkan semua mereka2 yang boleh dikudakan ke jalan raja laut. "ikut stopa ali" dah mendarah daging dlam pas!

mustafa ali adalah salah seorang yang akan meraih keuntungan dengan ug. "mereka tak minta banyak jawatan, hanya dua-tiga je." satu untuk presiden, satu untuk timbalan presiden dan satu untuk setiausaha agong! yang lain2 akan dapat imbuhan apabila ug materialise! sebab tu banyak suara2 mendokong ug sehingga sanggup memperkecil2kan kerajaan pr selangor sedangkan dia berada di dalam kerajaan tersebut. muktamar dijadikan medan memperlekeh kerajaan sendiri! siap dengan pertemuan2 sulit menjaja "kebimbangan kuasa melayu akan hilang" oleh pemimpin yang menjaja wal' sedang beliau sendiri menjauhkan diri dari wala' kepada bos beliau sendiri!

mustafa ali dan nasharudin mat isa, tolong nafikan bab jawatan yang diangan2kan tu!

jangan fikir tiada yang tahu!

ambillah kehadiran mustafa ali di pc jk pemilihan ini sebagai pendedahan dari Allah swt akan watak mustafa ali yang jelas mengkhianati pas! petunjuk yang bagaimana lagi yang kalian mahu?

syabas gb!

Tanpa Nama berkata...

boikot harakahlaa pulook

Tanpa Nama berkata...

pastikan semua perwakilan tahu kes ini.

pastikan mereka dari geng "pandi kutty" ditolak nanti dalam muktamar.

mereka termasuklan nasyaruddin mat isa, tuan ibrahim tuan man, hassan ali, azman shapawi, abu bakar chik, nik abduh...

Zulkifli Sulong berkata...

Tuan Moderator,

Terima kasih atas perhatian pihak tuan kepada Harakahdaily. Saya yakin, apa yang tuan tulis adalah kerana keprihatian tuan terhadap media parti ini.

Untuk pengetahuan tuan, saya secera pribadi hanya menyedari nama Dr Dzulkefly Ahmad tidak ada dalam senarai kira-kira jam 5.00 apabila saya melihat Harakahdaily kerana kebetulan saya tidak bertugas semalam. Ekoran itu, saya tanyakan kepada Dr Dzulkefly Ahmad dan dia berkata "Tidak tahu". Saya juga maklumkan perkara ini kepada Setiausaha Agung PAS. Beliau meminta saya merujuk kepada JK Pemilihan. Saya hantar SMS kepada Pengerusinya, Datuk Halim dan juga pegawai JK Pemilihan di Pejabat Agung PAS.

Selepas itu, saya mendapat penjelasan dari Mohd Khairul pegawai Pej Agung yang menjadi Pegawai JK Pemilihan bahawa ia memang tersilap. Ia belaku kerana nama kedua-dua mereka sama iaitu Dzulkefly Ahmad (Dr Dzul) dan Zulkefli Ahmad (Johor) yang kedua-duanya dieja sama iaitu Zulkifly Ahmad. Pencalonan dari kawasan pula hanya menulis Dr Zulkefli Ahmad bukannya Dr Dzulkefly Ahmad sebagaimana ejaan sebenar. Kerana salah faham satu nama telah dipotong dan terpotong nama Dr Dzul.

Ekoran itu, dia juga hubungi wartawan yang bertugas hari tu, Hazayani Zakaria meminta nama Dr Dzul dimasukkan dan ia telah dimasukkan dalam senarai Harakahdaily jam 5.30 petang. (bukannya 10.45 malam sebagaimana kenyataan dalam blog ini)

Selepas menyedarinya juga, beliau membuat mesej kepada semua media termasuk Harakadaily yang berbunyi."Salam, pembetulan. Kepada semua media. Jumlah pencalonan yang layak bertanding untuk AJK PAS Pusat ialah 83 orang. Sila masukkan nama DZULKEFLY AHMAD, YB DR dalam senarai calon yang layak. Harap kerjasama media untuk mengelakkan kekeliruan.@5.35pm."

Saya menyemak dengan wartawan bertugas Saudari Hazayani apa yang berlaku dan kenapa nama Mohd Sabu dihujung sekali.

Hazayani berkata, dia menyusun nama untuk timbalan presiden berdasarkan pertama penyandang iaitu Nasharudin, kedua MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, kemudian naib-naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim dan Salahudin dan kemudian AJK Pusat iaitu Datuk Husam dan Mohd Sabu. Ia dibuat dalam ayat berita bukan mengikut senarai yang diberikan JK Pemilih.

Susunan nama Naib Presiden pula, Hazayani hanya menyenaraikan sahaja apa yang diberikan JK Pemilihan ikut abjad bukannya dalam bentuk ayat berita.

Saya terima penjelasan Hazayani ini dan saya yakin tidak ada niat politik di belakangnya.

Suka juga saya terangkan, saya tidak mengambil alih tempat Ahmad Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah kerana dia kekal di situ, saya hanya diamanahkan sebagai Ketua Pengarang Harakahdaily.

Ini penjelasan saya bagi pihak Harakahdaily untuk pembaca blog ini agar kita dapat jauhkan fitnah.

Zulkifli Sulong
Harakahdaily.

Tanpa Nama berkata...

hadi, mustapha, nasha sila undur cara terhormat. PAS perlukan muka baru yang lebih baik

-fread-

Tanpa Nama berkata...

Zulkifli Sulong menulis:

"Selepas itu, saya mendapat penjelasan dari Mohd Khairul pegawai Pej Agung yang menjadi Pegawai JK Pemilihan bahawa ia memang tersilap. Ia belaku kerana nama kedua-dua mereka sama iaitu Dzulkefly Ahmad (Dr Dzul) dan Zulkefli Ahmad (Johor) yang kedua-duanya dieja sama iaitu Zulkifly Ahmad. Pencalonan dari kawasan pula hanya menulis Dr Zulkefli Ahmad bukannya Dr Dzulkefly Ahmad sebagaimana ejaan sebenar. Kerana salah faham satu nama telah dipotong dan terpotong nama Dr Dzul."

Mudah sangat untuk potong memotong nama walaupun namanya sama sedangkan ejaannya berbeza. Seorang Dr Dzulkefli Ahmad da seorang lagi Zulkifli Ahmad (Johor).

Itu ertinya TIDAK PROFESYENAL.

Begitu juga mengenai penyusunan nama-nama mengikut format yg berbeza. Untuk Timbalan presiden ikut ranking, untuk Naib presiden dan AJK ikut abjad. Sekadar mencipta alasan.

Persoalan kini masih tidak terjawab: Mengapa tiada penyataan tuntut maaf kepada pembaca terhadap kesilapan yang dilakukan?

Tanpa Nama berkata...

Versi video jelas menunjukkan Ustadz Halim menyatakan bahawa pencalonan AJK adalah 82 orang. Harakahdaily mengubahnya jam 5.30 ptg dari 82 kepada 83 orang. GILA. Boleh ubah sesuka hati tanpa sebarang pernyataan. Bukankah itu MENIPU pembaca?

Tanpa Nama berkata...

"Selepas itu, saya mendapat penjelasan dari Mohd Khairul pegawai Pej Agung yang menjadi Pegawai JK Pemilihan bahawa ia memang tersilap."

Akhirnya TERNYATA J/K Pemilihan mengaku kesilapan. Sedangkan maklumat telah tersebar luas melalui media internet. Harakahdaily turut melaporkan kenyataan yang silap juga dari kenyataan media Pengerusi J/K Pemilihan.

Zulkifli Sulong meminta dijauhkan fitnah sedangkan apa yang dibentang GB adalah kebenaran yang akhirnya diakui kesilapan itu oleh J/K Pemilihan sendiri.

Sekadar membuat kenyataan bodoh sombongnya tetapi enggan untuk meminta maaf di atas kesilapan laporan yang telah dibuat.

Tanpa Nama berkata...

bila ler mustaffa ali hendak bertaubat?

dah lama sangat perlembukan harakah/harakahdaily. editornya pon suka jadi lembu-lembu yg dicucuk hidung.

LiFookGao berkata...

Setiap kali muktamar menjelang, semua nak sangka buruk pada orang lain.

Padahal, jika difikirkan balik, check RSS Harakahdaily:

1. Adakah selepas GB bongkar, baru pembetulan dibuat?

Tidak, pembetulan dah dibuat jauh lebih awal pd jam 530 petang.

2. Jika org Harakahdaily tak suka golongan seperti didakwa GB -- buat apa nak layan sekiranya benar 'musuh' mereka, nama Dr Dzul tak ada dalam senarai.

3. Ana dah contact Dr Dzul, versi Zul Sulong di atas adalah benar. Harakahdaily buat pembetulan, tapi seperti kata GB, JK Pemilihan tak mohon maaf atas kesilapan, itu benar.

GB cuba contact Dr Dzul... guna Twitter.

Tu saja. Bersangka baiklah - sememangnya kesilapan itu tidak disengajakan. Harap JK akan mohon maaf.

Tapi janganlah sampai kita tuduh bermacam-macam - checklah dengan Dr Dzul, org yg teraniaya.

pemerhati berkata...

Ini penjelasan saya bagi pihak Harakahdaily untuk pembaca blog ini agar kita dapat jauhkan fitnah.

Zulkifli Sulong
Harakahdaily.

Tiada siapa memfitnah lah Zul, tapi tindakan harakahdaily mengubah senarai tu tanpa menyatakan "ralat" menimbulkan fitnah.

Apa susah sgt ker nak akui kesilapan dan memohon maaf?

Dah dasar geng UG (pandi kutty) begitu agaknya!

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya Dr Dzulkefli terselamat dari permainan licik geng UG keparat... huh

Tanpa Nama berkata...

LiFookGao menulis

"1. Adakah selepas GB bongkar, baru pembetulan dibuat?

Tidak, pembetulan dah dibuat jauh lebih awal pd jam 530 petang."

Itu bukan pembetulan, tetapi perubahan. Tiada siapa menyedari bahawa senarai itu telah diubah oleh waratawan harakahdaily tersebut, sedangkan maklumat awal dah berjam-jam lamanya tersebar bahawa senarai yg bertanding cuma 82 orang.

Jika pembetulan - ia sepatutnya dinayatakan bersama bahawa "ada berlakunya pembetulan."

Di dalam ilmu pengurusan, bab pertanggungjawaban dan akauntabiliti, pegawai pemilihan yang bernama Khairul yang tersalah potong nama Dr Dzulkefli memang bersalah tetapi beliau tidak bertanggungjawab, yang bertanggung dan akauntable kepada org ramai ialah Pengerusi Pemilihan. Beliau yg perlu tampil memohon maaf.

Begitu juga maklumat di harakahdaily. Wartawan berkenaan Haziyani mengubah tanpa menyatakan "ralat". Tetapi yg perlu bertanggungjwab ialah ketua pengarangnya. Beliau yg perlu tampil memohon maaf.

Bagaimana jadi boss sesebuah organiasi jika bab paling kritikal di dalam pengurusan pun tak tahu?

Tanpa Nama berkata...

geng UG mana pernah minta maaf kepada ahli walaupun gagasan UG itu merupakan penyebab pas berpecah-belah sebelum ini. itulaha sebab mengapa harakahdaily pun tak akan minta maaf.

masing2 merasakan diri mereka ulamak yang serba sempurna sedangkan merekalah pengkhianat parti yg sebenar

matantiug berkata...

Kesilapan yang berlaku(jika benar-benar kesilapan yang tak sengaja)adalah tanggung-jawab Pengerusi JK Pemilihan - bukan Harakah mahu pun Harakahdaily.Ustaz Halim sendiri wajar buat kenyataan dan jika perlu mohon maaf dari Dr.Dzul.Zulkifli Sulung tak ada kena-mengena dengan isu ini kerana Harakahdaily hanyalah sebuah media,tak ada kaitan dengan JK Pemilihan.Penjelasan wajar dibuat oleh Ustaz Halim bukan Zulkifli Sulung.Sejak bila Zulkifli Sulung jadi jurtucakap kepada JK Pemilihan?

Sebal berkata...

ala..kenapa semua asik nak salahkan cikgu pa aje..gue berlapang dada and percaya dgn penjelasan Zul Sulung ni..itulah nama nye manusia..ada aje silap..and mungkin silap ni dari pihak kaw juga,,,yg tulis silap...tapi geng anti UG ni..memang cari peluang..sebab gue ingat geng semangkok dgn geng umnoapco pandy kutty..tapi ok jugalah..so, lu bolih mainkan issue ni utk tinggikan rating blog you..sebab lu cari mkn dgn rating blog..

hussein berkata...

Isu nama Dr.Dzul terkeluar dari senarai pemilihan AJK Pusat ni,adalah satu iktibar dari Allah SWT betapa manusia-manusia yang buruk laku merancang namun Allah juga merancang.Akibat dari isu ini,secara takdir terbongkar sekelumit manusia yang bernafsu besar nakkan pangkat dan kedudukan dalam UG.Dikatakan sekelumit sebab jumlah mereka bukanlah ramai,malah sudah disebut-sebut dalam komen-komen diatas.Kejadian ini berlaku beberapa minggu menjelang Muktamar PAS dan menjadi petanda kepada para perwakilan untuk membuat perhitungan keatas puak UG ni,sekiranya inginkan PAS terus maju dan jadi parti dominen dalam Pakatan Rakyat.Diharap kejadian ini akan membuka minda dan fikiran para perwakilan.

Tanpa Nama berkata...

sebal wrote:

".gue berlapang dada and percaya dgn penjelasan Zul Sulung ni..itulah nama nye manusia..ada aje silap."

Ada silap tapi sengaja nak berbelit mencari alasan dan x mahu minta maaf.

itulah "trade mark" pandi kutty!

Tanpa Nama berkata...

matantiug menulis:
"Penjelasan wajar dibuat oleh Ustaz Halim bukan Zulkifli Sulung.Sejak bila Zulkifli Sulung jadi jurtucakap kepada JK Pemilihan?"

sebab Zulkifli Sulong terasa diri dia juga J/K Pemilihan. Mahu kasi naik orang ini mahu kasi sekat orang itu.

Tak tahu ke lembu-lembu Mustaffa berperanan selama ni?

Tanpa Nama berkata...

Bisasalah kan.. siapa lantik Zulkifli Sulong sbg Ketua Pengarang Harakahdaily?

Jawapannya: Mustaffa Ali... kerana beliau terhutang budi kepada Zulkifli tukang promosikan idea UG dahulu. Jadi kenalah patuh pd kehendak dan arahan ketua yg melantiknya. Kalau tak miss lah soru....

kalau berani jawablah "fitnah" saya ni.

hmmmmm... kes ini akan meletup di dalam muktamar nmpknya.

axxxak@yahoo.com berkata...

kita semua dah tahu bukan sahaja nama dr dzul tu tercicir senarai media, tapi ada 4 lagi juga tercicir dari senarai media, tetapi dalam senarai asal ada. Maknanya senarai media tu kurang penting dari senarai asal sebab dari senarai asallah JK tu akan berpegang dan hantar surat pencalonan. Bila dato' Halim kata dia minta maaf, sebagai seorang ustaz yang merendah diri dan tidak sombong, ada pula pengkritik yang buat spekulasi macam2 sehingga menghina sikap minta maaf tu.

Nah siapa yang sombong? Siapa yang mengambil kesempatan di atas "kesilapan"? Siapa yang nak mencari populariti? Siapa yang jadi bagai bertih digoreng?

Kalau Gb tak "bongkar" pun tak apa, saya percaya JK Pemilih ada senarai asal dan akan hantar surat pencalonan kepada mereka yang layak. Yang tak layak ialah orang yang kuat kritik tapi pegang jawatan di peringkat cawangan PAS pun layak, apatah lagi di peringkat PAS Pusat.

Kebanyakan yang tak layak ni lah yang mencari publisiti murahan dengan berlakon menjadi hero maklumat.

(Hai, saya pun tahu lah kalau komen ni berani dipaparkan secvara gentleman. Terima kasih GB)

Tanpa Nama berkata...

axxxak@yahoo.com,

mana awak tahu senarai asal ada nama dr.zul dan lain-lain yg dicicirkan?

sedangkan kenyataan media awal yg dibuat oleh Ustaz Halim yang membacakan senarai asal jelas tidak disebut nama-nama itu.

Hanya setelah dibongkar yang nama Dr Zul tidak disenarai baru j/k pemilihan menggelabah menyebut namanya tercicir sebab keliru dgn nama seorang lagi zulkifli. kemudian selang 2 hari baru disebutkan lagi ada nama-nama lain yg tercicir setelah beberapa kawasan persoalkan calon-calon yg mereka namakan tiada dlm senarai.

tak payah lah nak kelentong ahli-ahli wahai penyokong2 UG. Allah tidak penah lalai dan tidur dari tipu muslihat puak-puak UG ini.