25 Jul 2011

Ngeri: Guru Tercampak Keluar Dari Kenderaan Dalam Kemalangan

Guru maut SUV bertembung pikap

KOTA TINGGI: Dua saudara angkat tercampak keluar dari kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki selepas bertembung sebuah pikap Toyota Hilux, menyebabkan seorang daripada mereka maut di Kilometer 33.7, Jalan Johor Bahru-Mersing, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, Nor Zakiah Umar, 29, yang baru selesai menghadiri kursus di Sekolah Kebangsaan Alai, Merlimau, Melaka, dalam perjalanan ke Johor Bahru bersama adik angkatnya, Azuanurhuda Abd Rahman, 24, juga seorang guru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan ke Kota Tinggi untuk membeli belah, namun apabila tiba di tempat kejadian Toyota Rush dipandu Zakiah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung Toyota Hilux berkenaan. -BH


Guru maut, adik angkat parah

MAYAT Nur Zakiah (gambar kecil) terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM 33.7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang guru sekolah menengah maut manakala adik angkatnya cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar kenderaan dari arah bertentangan di KM 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Ladang Tai Tak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nur Zakiah Umar, 29, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan terbabit sebelum terperosok di bawah kenderaan yang dilanggarnya.

Manakala adik angkatnya yang juga seorang guru, Azuanurhuda Abdul Rahman, 24, mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Difahamkan, sebelum kejadian Nur Zakiah yang memandu Toyata Rush dari Melaka tiba ke Johor Bahru untuk menjemput adik angkatnya membeli-belah.

Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan Toyota Hilux.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan Nur Zakiah terperosok di bawah kenderaan manakala Azuanurhuda jatuh di bahu jalan.

Pemandu Toyota Hilux itu yang memandu sendirian hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. -kosmo



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

confm. budak 2 org nih x pakai tali pinggang keledar, kepada pemandu kenderaan sila pakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.

RinaHisham berkata...

Al-Fatihah untuk ustazah Nor Zakiah, guru Bahasa Arab anak2 saya..seorang guru yg mudah senyum dan sangat baik...untuk Azwa...mudah-mudahan akan cepat sembuh.

Tanpa Nama berkata...

Petang tadi menziarahi adik azuannurhuda di Pantai Hospital Melaka ,walaupun dah discharge hari ini..namun matanya masih mengalami kerosakan akibat hentakan yang kuat..moga cepat sembuh dik..