16 Jul 2011

Kisah Benar BERS✔H 2.0: Melayu Jerit, "Bagi Cina Keluar Dulu", Mengharukan Saya

Adegan yang terharu buat 1Malaysia: "Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"

Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

1. Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)". Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga."
(Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

2. Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun. Tinggi, kurus dan kelihatan lemah. Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang). Apa takut? Bukan suruh kita pergi mati pun? Jangan takut, kita bukan orang besar. Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!"
(Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan. Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)

3. Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina, "Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan."
(EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

4. Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga. Hati saya berfikir, "Berkelah ke?" Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya. Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi."
(Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

5. Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar. Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?"
(Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)

6. Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya. Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit. Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air. Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ.
(Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)

(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya. Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo? Apa kena-mengena dengan kita? Memang tak ada otak langsung. Bawa bayi pulak? Mengapa tidak kamu marahnya?" Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")


7. Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai. Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media."
(Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah. Saya bukannya pro (profesional) sangat...)

8. Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya. Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari. Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini. Tunggu kami di Stadium Merdeka. Kami akan berjumpa kamu di sana. Hubungi kawan yang lain. Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang. Saya percaya polis akan lebihkan serangannya. Kamu tak boleh singgah di sini."

Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?" Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya." Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka. Polis mengejar dan menangkap. Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir:

Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu. Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,

"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'. Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat kagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "

Tiba-tiba saya sebak. Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya. Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini. Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.

Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini? Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia. Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil. Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh. Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini! Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali! -MR

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Melayu yang belah ni je yang boleh diharap... Melayu sebelah sana darah sejuk, hati kering, mulut busuk ... tau nak mandi darah sahaja... barang kali dah habis duit nak bagi badak mandi air di Putrajaya, jadi nak guna darah pulak.

Tanpa Nama berkata...

Peristiwa-peristiwa ini membuktikan niat jahat Perkosa dan Pemuda UMNO konon nak pertahankan Melayu dan menghasut nak buat huru-hara tidak akan berlaku.Sekiranya (diharap tidak)berlaku huru-hara atas hasutan Perkosa dan Pemuda UMNO,kita lihat nanti,siapa yang akan kena lanyak.

fidel castro berkata...

respek sama you...freedom fighter for justice.

Tanpa Nama berkata...

wa respect sama lu.

rekoder berkata...

Muslim is brother...kita tak kira Melayu ke Cina ke, siapa saja..dan kita juga tidak memusuhi agama lain...Menyokong kebaikan satu kewajipan,..dan tahniah juga kepada u yang berjaya joins Bersih kerana sy tiada kesempatan berbuat demikian.

Tanpa Nama berkata...

Semasa menyorok di Hospital Tung Shin, aku telah mengajak sekumpulan Cina keluar kerana sudah selamat untuk keluar. Nak tau apa mereka jawab? Mereka kata, nanti dulu, kita mesti tunggu kawan-kawan Muslim habis bersembahyang dulu baru kita keluar. Aku terharu.

hana berkata...

saye x join perhimpunan ni tapi bace setiap kisah dekat blog2..
mmg sungguh mengecewakan tindakan FRU..
tak kira la melayu atau cina..
yg penting bekerjasama..
=D

Tanpa Nama berkata...

Maaf kerana saya masih gagal memahami apa yg anda cuba semaikan. Buka mata dan minda anda...betapa sempitnya anda menguraikan erti sebenar perpaduan dan aspirasi yg kita sama2 cuba tegakkan. Terbenak diminda saya yg masing2 yg menyertai BERSIH ini cukup hipokrit seolah2 27 juta rakyat malaysia tercinta ini terlalu bodoh utk memahami erti keamanan. Saya harap anda juga menghormati hak kami yg tidak menyertai BERSIH ini dgn memelihara erti sebenar keamanan dan perpaduan. UNDI SHJ PILIHAN ANDA DLM PILIHAN RAYA...MUSTAHIL 27 JUTA RAKYAT MSIA INI TERLALU BODOH UTK MEMANGKAH SECARA BEBAS. JGN PAKSA KEHENDAK ANDA DGN MENYEMAI RASA RAGU2 DGN PILIHAN RAYA...SATU2NYA CARA KITA MEMELIHARA DEMOKRASI!!!

Unknown berkata...

Anon 4:14

SATU CARA MEMELIHARA DEMOKRASI IALAH PENUHKAN 8 TUNTUTAN BERSIH.

Keamanan yang sebenar hanya dikecapi apabila sistem pilihanraya dilakukan secara telus dan adil, sama seperti di dalam permainan bolasepak, keadilan hanya berlaku apabila padangnya seimbang dan pengadilnya tidak berpihak.

Selagi tidak ada ketelusan dan keadilan selagi itu TIADA KEAMANAN walau diletakkan 1000000 FRU untuk kononnya pertahankan keamanan.

SBO berkata...

catatan yang sangat mengharukan. terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi kisah ini dengan sangat jujur...

Tanpa Nama berkata...

saya pernah menulis dilaman pyanhabib "saya pun cina..."oleh kerana santunan seorang warga melayu tua yang memberikan sekuntum bunga mawar dari halaman surau membuat saya berasa syahdu dan apa lagi beliau berkata saya dilahirkan sewangi mawar tanpa mengira bangsa atau agama.dari saat itu hati saya terbuka kedunia damai dan kebajikkan islam,sekarang bersama saudara islam bernamakan cina berbaju kuning melaungkan satu suara demi kebebasan,keadilan dan kebajikkan dari islam untok semua.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan terimakasih kerana anda menyokong untuk satu keadilan di malaysia

Pak_Ngah berkata...

Pada saya kerajaan kita yang hipokrit. Kita diajak supaya bekerjasama dan bersatu padu dengan semua kaum lain cuma dalam perkara - perkara yang menyebelahi Parti Pemerintah sahaja. Bila tidak menyebelahi Parti Pemerintah, mulalah isu perkauman dan isu agama seperti isu ambiga dimainkan oleh mereka. Dan bila Najib tanpa segan silu dalam press conference mengatakan "there is no physical contact at all between the police and protester" itu bukan hipokrit???

Masa untuk kamu buka mata dan buka minda.

Tanpa Nama berkata...

Byk org tak sokong Bersih, dah la tu, lagi naya, TAK PAHAM apa itu BERSIH plak tu. Pehtu dok komen Bersih itu ini la semua.

Come on la.. Bersih adalah utk penambahbaikan pada SPR. Tengok dulu 8 Tuntutan tu. Ianya bukannya nak merosakkan SPR.

Bersih bukan utk menyokong mana2 parti politik.

Pelik jugak (tp phm sebenarnya diorg xtau apa itu Bersih. Tp dok perasan seolah2 mcm tau) bila dok kata:

''UNDI SHJ PILIHAN ANDA DLM PILIHAN RAYA''

Kita nak pilihanraya tu bersih. Susah sangat ke? apa yg leceh dan teruknya kalo kita nak minta SPR buat dengan lebih baik? Salah ke?

Tanpa Nama berkata...

Begitu mudah menunding jari mengatakan org itu bersih dan orang ini kotor. Sila berlaku adil sikit la kawan. Semua orang mahukan keadilan, macam main bola kita mahu pengadil yg adil. Dalam permainan akan ada yg kalah dan akan ada yg menang. Gentlement la sikit kalau kalah. Jgan anggap 27 rakyat malaysia terlalu bodoh seolah2 tidak memahami tuntutan BERSIH ni. Mustahil la brader...kalau setakat segelintir yg mahukan keadilan dan majoriti menganggap sistem yg ada masih boleh dipercayai, tak usah menunding seolah2 awak sahaja yg tahu dan celik. NAK MINTA BIAR BERPADA2 dan KENA CARANYA. TAK SUSAHKAN? YG LECEH DAN TERUK KALAU KESTABILAN YG KITA KECAPI DIANCAM OLEH SEGELINTIR YG SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI KEPADA TATASUSILA DAN PERLEMBAGAAN. SILA LIHAT APA YG BOLEH DAN APA YG TIDAK MUNGKIN BOLEH DILAKUKAN OLEH SPR TANPA PINDAAN UNDANG2. Andai la pihak kerajaan pun mahu berlawan api dgn api dan tiada sesiapa lagi yg percaya akan prinsip TATASUSILA DAN PERLEMBAGAAN, tak payah susah2 nak demonstrasi...kita anggap sahaja negara ini semacam hutan yg tiada sempadan dan kemanusiaan. MAJORITI TETAP MENANG kawan...SPR AKAN BERKUBUR SELAMANYA.

biskutkumpang berkata...

SEMASA MEMANJAT PAGAR DI HOSPTL, RAKAN2 CINA MENGHULURKAN TANGAN MENYAMBUT UNTUK TURUN. INI SEMUA KERANA SENSE OF BROTHERHOOD,KITA BUKAN PERKAUMAN-SANGAT JELAS!

Tanpa Nama berkata...

anon 7:28

awak ingat penyokong BERSIH cuma 5 ribu atau 50,000 dari 27 juta rakyat Malaysia?

Jika perhimpunan BERSIH itu tidak dihalang tempohari jumlah yang menyokong BERSIH berkemungkinan 500,000 atau 5 juta atau 15 juta atau 25 juta.

Majoriti senyap bersama perjuangan BERSIH, wahai pencacai UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.28 tu bukan sahaja pencacai UMNO,juga penyokong tegar Brahim Katak.Dia tak baca,Perhimpunan Bersih diadakan serentak di24 buah negara didunia.

Tanpa Nama berkata...

Salutt..!! Salut untuk semua pejuang BERSIH..!! Anda pencorak bangsa..Anda pencorak sejarah......saya sebak membaca tulisan anda ini. Akhirnya, lahir satu golongan manusia di Malaysia....mempunyai "1st Class Mentality ".....satu golongan Melayu+cina+india....satu hati..!! Saya yakin, masih ramai diluar sana yang sehati dengan pejuang BERSIH...ayuh...!! Kita tawan Putrajaya....for a better Malaysia...