Polis akui salah guna dana awam?
"Mereka yang ditahan memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 seorang?"
PETALING JAYA: Benarkah polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?
“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, dipetik dari blognya hari ini.
Beliau, yang dikenali sebagai CheguBard, merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis yang cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.
“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soal beliau.
“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.
Katanya, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.
Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.
CheguBard berkata, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku…… makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?
“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.
Beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan. -FMT

8 ulasan:
apalah ko ni pembangkang..dah di beri makan pun komplain..RM 25 tu anggaran makan untuk sehari...benda ni pun nak dipolitikkan..rasanya kalau dah dapat kuasa politik baru nak diam kot..kalau anda demokrasi..siarkan komen ini...
hahahahahaha.....cis....guna duit rakyat yer...nape tk pungut derma kat ahli pas dn pkr ...aku tk halalkan kalau kat situ ada juga duit aku...kalau bacul jgn siarkan
anon 5:51
kenapa mahu pungut juga cukai dari ahli pas dan pkr?
oleh itu ahli pas /pkr BERHAK juga utk halang wang cukai itu disalahgunakan
Anomous kah apakah::ko kalau nak komen pun..letak lah nama::tue namanya Pengecut seperti lempar batu pastue G Sorokkan..be the Pro lah broo..tak salah pun dorang nak pertikaikan..nei baru soal makanan ..belum lagi soal perbelanjaan yang lain2..
Ni hanya pendapat saya sahaja...kenapa isu bersih hangat digembar-gemburkan sedemikian?... Perlu ke menarik kuasa besar eropah campur tangan?..nak ke negara kita porak peranda mcm kejatuhan afghanistan dll? Tu la orang yang tak tau mensyukuri nikmat, saya bukan orang politik, tapi dari jiwa anak muda saya, saya lebih suka di bawak ke meja perbincangan..kita kembali ke sirah, wujudnya majlis syura'..xde pulak masa zaman Nabi S.A.W dulu perang saudara sebab ketidak adilan mcm ni, ketika zaman Khalifah Uthman r.a barulah berlaku pemberontakan kuasa kan...kita same2 rakyat Malaysia dah diberi dh hak untuk bersuara..cuma lantang atau tak tu je beza nyer..boleh je buat memorandum..tp tak perlu sehingga mengatakan kerajaan ini teruk sgt...kerana nila setitik rosak susu sebelanga..ketidakadilan mcm mana pun boleh jer tunjukkn tapi takde la smpai sanggup bermatian nak buat jugak demontrasi jalanan..pemimpin2 perlu la bkak mata...kalau nak rampas kuasa buat la tp jgn smpai nyusahkan rakyat..pemimpin kerajaan skrg pn sedarlah diri..jgn asyik nak senang sendiri..anda contoh kepada rakyat..jika anda buat 1 kesalahan, rakyat anda akan buat berganda2 kesalahn lebih teruk...so fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal..
maaflah hafizan, nampaknya anda masih lagi tidak cukup garam yang dimakan.. zaman ini bukan zaman Rasulullah dan zaman2 selepasnya. zaman ni zaman pemimpin sanggup lakukan apa sahaja demi harta, kuasa dan kemasyhuran.. zaman sekarang takde majlis syura.. mmg rakyat diberi hak bersuara (ditepi jalanan) tapi rakyat tak diberikan hak supaya suara2 yang dilaungkan itu dipertimbangkan dan dilaksanakan seadilnya.. kami tak peduli pun pemimpin kami perabih duit asalkan duit sendiri.. tapi duit2 yang digunakan adalah duit dari rakyat hasil dari kutipan segala jenis cukai yang sesetengahnya tak munasabah.. cthnye cukai prepaid? perlu juga diingatkan, bersih dianjurkan kepada SPR bukan kerajaan mahupun BN.. tapi BN sibuk2 nak campur tangan atas alasan menjaga keselamatan? maaflah kami tak seludup senjata api dan kereta kebal.. anggap ajelah bersih ni mcm satu karnival yang julung2 kali diadakan.. buat perarakan bwk memorandum pastu serahkan kat YDPA.. kan hari kebangsaan, hari pdrm, hari atm pun ade perarakan.. ape salahnye.. ape yang polis takutkan sangat? maaflah kami tak simpan m16 dan grenade dalam poket...
Ya...saya setuju dengan saudara..komen sy yg lepas hanya pendapat saya.. Jadi, pendapat daripada seorang yang masih tak cukup garam ni nak bertanya lah...kenapa tak tegakkan hak untuk rakyat bersuara?...memang tak dinafikan rata-rata pemimpin perabih duit rakyat..pergi luar negara kononnya...tp menginap kat hotel yang mencecah ratusan ribu..tu boleh beli banyak rumah kos rendah untuk rakyat miskin kan..saya xsokong mana2 pihak lagi...sedang meninjau keadaan..terima kasih kerana membuka mata saya dan mungkin ramai orang lagi...tp harapan saya..mana2 yang nak menjadi wakil rakyat janganlah sekadar melepas batuk di tangga..dh dpt undi majoriti tapi asyik mengelak daripada tanggungjwb yang digembar-gembur dlm manifesto masing2..saya akan menyokong pihak2 yang saya senang dengannya dengan kebenaran..insyaAllah...semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada kita semua....
Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...
xpe la hafizan.. teruskan memerhati.. Saya juga dalam kategori non partisan.. Tetapi menyokong bersih kerana saya tahu matlamat bersih.. Kerana nak tegakkan hak rakyat ,bersih ni wujud.. Sebab kerajaan duk kempen undi anda penentu masa depan negara... Tapi itu slogan retorik sebab diorg ni undi palsu pemangkin tampuk kuasa... baik xpayah ada SPR tu...
Catat Ulasan