Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir.
Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.
"Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat.
"Ya, memang dunia mempunyai tanggapan yang buruk terhadap kerajaan Malaysia kerana gagal menangani dengan baik keseluruhan isu ini. Mereka mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak mereka."
Marina, seorang aktivis sosial merupakan salah seorang daripada ribuan orang yang berada di kota raya Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, berhadapan dengan polis pencegah rusuhan, mempertahankan penyokong-penyokong Bersih dengan mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman dan tidak mencederakan sesiapa atau melakukan sebarang keganasan.
"Apa jua yang difikirkan mengenai isu yang diperjuangkan oleh Bersih, kita semua seharusnya berbangga dengan rakyat Malaysia yang tidak bersikap seperti orang liar, merosakkan harta benda dan mencederakan satu sama lain seperti yang diramalkan.
"Memang terdapat mereka yang cedera dan seorang mati tetapi ia bukanlah disebabkan oleh peserta yang menyertai perhimpunan tersebut. Restoren-restoren dan kedai-kedai di sekitar kawasan terbabit mendapat sambutan hangat kerana orang ramai haus dan lapar," tambah beliau.
Marina berkata, perhimpunan Bersih yang berlangsung Sabtu lepas membuktikan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, usia dan agama boleh berhimpun bersama atas satu tujuan.
Lebih seribu orang ditangkap pada hari tersebut, dan kekecohan berlaku pada waktu tengah hari apabila polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan.- warta-utara

11 ulasan:
Shame on u Najib.. Shame on u PM Malaysia..
Najib BOHONG..
Najib BOHONG..
Najib BOHONG..
Perdana Menteri BOHONG..
Perdana Menteri BOHONG..
Perdana Menteri BOHONG..
Sahut seruan TP Pas Mohammad Sabu..
Aku pun malu ada PM yang zalim macam ni & polis malaysia pun persis macam komunis. Resign lah wei Najib & puak-puak kau tu.
Aku malu punya PM yang zalim macam ni.Polis malaysia pulak persis komunis.Lebih baik kau berundur la wei.Klu aku sembelih ko 18,baru ko faham erti penyesalan!!!!
Klu aku sembelih ko 18 jib,baru ko faham erti penyesalan!!!!
PALING MEMALUKAN.....
SELURUH DUNIA MENGUTUK MALAYSIA...
ADA POLIS TAPI OTAK MACAM KAT LUTUT..
Salah siapa????? Rakyat perlu muhasabah! Bilamana kita (orang yang mengundi umno/bn) memberi sokongan (mengundi) kepada orang yang tiada maruah diri, zalim, rasuah, mabuk, kaki judi, penyeleweng dan tidak patuh pada ajaran agama tunggulah kebinasaan dan bala yang akan menimpa, nah sekarang kita terimalah sebahagian dari bala yang menimpa (penghinaan dari rakyat).
Wahai orang-orang umno! seksa/balasan diakhirat lebih azab
pemimpin kamu yang berlaku zalim, kamu sebagai penyokong akan mendapat dosanya, kerana kamu memberikan sokongan.
Teori RAHMAN dah berakhir...
syabas Marina kerana berani berkata yang benar walaupun pahit dan akan dipandang serong oleh pehak yg menyokong tindakan kerajaan.
Dalam zaman manusia mengejar kemajuan ini, cara kuno dengan menyokong sesuatu pehak kerana kepentingan peribadi tidak wajar berlaku. Kita patut berani menyuarakan apa yang terkandung dalam isi hati kita dan menyuarakan ketidakpuasan hati setiap gulungan rakyat untuk dipertimbangkan.
Kerajaan pula hendaklah menganggap apa yang disuarkan itu sebagai penambahbaikkan dan menerima pandangan orang lain untuk pertimbangan bukan lah bererti kita itu lemah.
Kalau ramai lagi pemimpin pro kerajaan yg berani berbuat demikian tentu akan memperkasakan lagi jentera pentadbiran kerajaan serta bertambahlah sayang rakyat kepadanya.
wah berani dia lawan bapak dia sendiri ek. "ini bukan budaya kita" huhu ...boleh dikategori sebagai anak derhaka tak?
Nampaknya anak Maha Firaun dah boleh berfikir dengan hati yg BERSIH....bila lagi ayahnya nak komen plak pasal BERSIH???? Jangan ulangi Anwar dalangnya sudah la....ISU ANWAR...cakap la apa pun...jika betul Anwar buat pun rakyat dah tak percaya...sebab terlampau banyak kelentong yg dibuat oleh org UMNO. Cukuplah ahli UMNO bawahan aje yg Bodoh krn sering diperbodohkan oleh pemimpinnya yg sedia ada Bodoh.
sau anonymous...ko kata kat PM Malaysia mcm2..ko ckp nak sembelih Pm laa....dah klu ko benci sgt kat PM 2..ko pergi lah sembelih dia...aku nak tgk dlm akhbar...ko ckp umno bodoh la...KO INGAT KO 2 CERDIK SANGAT KER..ko gi kat laman facebook Nu Jelehang..biar aku sedarkan ko sikit..ko add aku yerkk
Catat Ulasan