16 Jul 2011

Larangan Baju BERS✔H, Helah Polis Untuk Jawab Kegagalan Beri Permit & Keganasan Polis

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa larangan pemakaian baju-T Bersih adalah percubaan Menteri Dalam Negeri untuk mengelak dari kegagalan menjawab dua isu utama, iaitu pemberian permit di Stadium Merdeka dan keganasan polis ketika cuba menyuraikan peserta Himpunan Bersih 2.0, pada 9 Julai lalu secara profesional.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, pihaknya mendakwa larangan oleh Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob itu didorong oleh laporan pihak berkepentingan berikutan kejayaan gerak kerja Biro Penerangan AMK Malaysia pada 9 Julai lalu.

“Walau apapun yang cuba dipolitikkan oleh polis dan Perdana Menteri, Najib Razak nyata larangan ini seakan untuk lari daripada kegagalan menjawab isu utama.

“Keengganan dan dolak dalik pemberian permit di Stadium Merdeka dan keganasan polis semasa mengawal perhimpunan hingga menyebabkan kematian, mendatangkan beratus kecederaan selain kemudaratan pada bangunan akses awam seperti Hospital Tung Shin yang terletak berhampiran Stesen Puduraya, KL,” Razon berkata demkian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkanya lewat petang semalam.

Rabu lalu, media alternatif melaporkan aktiviti jualan tali leher kuning Bersih 2.0 mendapat sambutan mengalakkan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor ketika persidangan Dewan Undangan Negeri itu berlangsung.

Sehubungan itu Ketua Polis Shah Alam, ACP Ahmad Zahedi Ayob mengeluarkan arahan larangan penjualan barangan tersebut termasuk baju-T yang mempunyai logo dan tulisan Bersih 2.0.

“Tindakan menahan, melarang dan cubaan menakutkan rakyat daripada memakai barangan yang menyatakan sokongan kepada Bersih 2.0 mahu pun pakaian berwarna kuning seperti baju kemeja-T, tali leher atau pengedaran risalah tidak harus menjadi isu.

“Penahanan untuk disoal siasat tidak sepatutnya menjadi isu kerana perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai telah selesai. Pihak polis perlulah bersikap profesional dengan tidak mengekang atau menghalang kebebasan rakyat.

Katanya, penjualan barangan seperti baju T dan tali leher yang mempunyai logo Bersih 2.0 tidak mendatangkan sebarang mudarat mahupun isu konflik kepatuhan perundangan.


Justeru, AMK bersedia untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri sekiranya memerlukan penjelasan bagi memastikan rakyat tidak ditekan dengan isu hak dan akses maklumat asas.

Dalam pada itu, AMK memaklumkan suatu program bagi memperingati kematian peserta himpunan aman Bersih 2.0, Allahyarham Baharudin Ahmad akan diadakan di Avenue K, Jalan Ampang (hadapan KLCC) pada 16 Julai, jam 5 petang ini. -tvsnews


8 ulasan:

darah360 berkata...

ini semua keje bodoh la!!! lagi2 polis yang disalah kan. kerajaan yg disalah kan!!! owg2 mcm ni xda otak!!! ini semua kenpingtingan sendiri!!! dalam islam xda pun suruh berhimpun ramai2 tepi jalan!!!! sembang pembangkang la!!!

Tanpa Nama berkata...

cuba tgk vid ni... kesian kt pakcik yg dtg dr sarawak ni.. cemanalah org nk percayakan polis lg..

http://www.youtube.com/watch?v=7owi0Nt3JMk

gathort berkata...

depa trauma la tue..

Keputusan Akhir Malaysia VS Liverpool 16 Julai!!

Sinner berkata...

Mmg Islam TAK SURUH wat demonstrasi, tp utk nak kata haram haram haram buat demonstrasi tu la yg tak betul nye..

Cuba la dengar hujjah Dr Asri, Ust Zaharuddin tentang bolehnya diadakan demonstrasi ni. Diorg bukan sokong Bersih. Tp utk mengharamkan demonstrasi atas alasan yg xkena pada tempatnya tu la yg merupakan suatu kesilapan..

Apa yg utk kepentingan sendiri nye? Cuba bitau, dalam 8 Tuntutan Bersih tu.. mana satu utk kepentingan diri sesiapa?

Contohnya:

Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

.........

Ni pon benda negatif ka kalo SPR buat? cuba bitau.. negatif kat mana benda ni kalo SPR buat?

Kot ada pihak yg main kotor la kot yg dia asyik nak mengelak aje dari buat 8 tuntutan tu :P

8 tuntutan tu, adalah utk kebaikan semua pihak, tak kira BN atau PR atau Bebas. Org yg xmo perati 8 tuntutan ni aje yg dok pk berat sebelah. Sedangkan nak buktikan 8 tuntutan tu berat sebelah pon TAK MAMPU.. pehtu bising memacam.

Kuarkan psl sentimen agama la, sentimen perkauman la..

Yg dok keje ngan Maxis/Astro tu semua, dorg tu kuli batak Ananda Krishnan ke? boleh ke kata cemtu? pk sendiri la..

Bab racist tu mmg malas sebut dah. 1Malaysia konon, sedangkan sifat racist tu menebal dlm diri..

Yg PM tipu terang2 tu tak peduli pulak. Nak bg stadium, bila org stuju pehtu tarik balik. No actual physical contact la konon, yg sepak terajang semua tu apa.. water canon, tear gas tembak masuk spital pehtu salahkan angin.. tu apa semua tu? penipu cemtu di support pulak eh?

Cuba la buka minda celik hati.. 8 tuntutan Bersih tu adalah utk SEMUA..

Tanpa Nama berkata...

betul laa... kepentingan diri sepertimana penyokong umno maksudkan itu!!
kalau pilihanraya bersih sah umno telah jatuh lama dah, itulah yang mereka arahkan polis supaya melakukan pencegahan awal jangan biarkan perhimpunan bersih itu berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Hishammuddin terus arahkan polis tangkap yang pakai baju kuning sebab:
(1) Malu - walau pun buat sekatan kepong KL namun peserta Bersih bolos
jua.
(2) Malu sebab sepupunya dimalukan diLondon.
(3)Khuatir akan banyak saman yang akan dihadapi dalam sedikit masa lagi.
(4) Nak yakinkan diri konon tindakan yang dia ambil tu betul.
(5) Menunjukkan UMNO/BN akan kecundang.

darah360 berkata...

BLH BOLOS.... ITU LA DIKATA KAN...POLIS BKN ORG UMNO... KLU ORG UMNO... MCM MANA HANG PA BLH BOLOS.... APA DA...... KITER JGN TGK POINT YG BERSIH INGIN KAN.... KTER TGK SAJA APER YG PKR JANJI KAN PADA RAKYAT SELANGOR... APA YG DI KOTA KAN NYA???? SY NI ANK MUDA.... TP BLER SY TGK.... PKR BLUM BERSEDIA UNTUK JGA RAKYAT MALAYSIA.... ANUAR DH JANJI MCM2.... TP APA YG DYER KOTAKAN... SY ANAK MUDA...XNK DUDUK DIBAWAH CINA INDIA... SY ANAK ORG MELAYU.... SY XNK UITM DI PENUHI OWG CINA INDIA... SB NYER... ANAK2 ORG MELAYU NI...BELUM CKUP BIJAK PANDAI LAGI... PIKIRKAN LA... SY ANK MUDA BLH TGK NI SEMUA...SB SY XDA KEPENTINGAN DLM HAL NI...TP SY XMAU... ORG MELAYU DI TINDAS OLEH BANGSA LAIN.

darah360 berkata...

Bersih Cabar Polis



walaupun peristiwa yang pada 9 Julai 2011 yang telah cuba menggugat keamanan negara dan cuba menakut2kan rakyat dengan gelombang kuning dengan mencabar kesabaran pihak berkuasa Polis. walaupun amaran larangan untuk berhimpun telah dikeluarkan serta waran tangkap terhadap pemimpin2 pembangkang tapi mereka ingkar dan memperlekehkan titah Yang Di Pertuan Agong semata-mata mahu membuat perhimpunan haram ini bagi mencapai agenda politik kotor mereka.





Mat Sabu telah memainkan sentimen kebencian terhadap polis kepada pengikut-pengikut taksub PAS walaupun tugas polis adalah menjaga keamanan negara. Rata-rata yang mengikuti perhimpunan haram adalah orang melayu yang diketuai oleh Ambiga Si Anti-Islam. Sudah terang lagi bersuluh bahwa Si Ambiga ini membawa ideologi untuk menhancurkan islam bukanlah mahu sangat membawa agenda Bersih yang mahukan Pilihanraya yang Adil serta telus. Kenapa mereka tidak pertikaikan kemenangan mereka di negeri yang mereka kuasai. tidak teluskah SPR??
Khalid Ibrahim telah memberi amaran kepada polis agar tidak mencampuri urusan kerajaan negeri. Kerajaan selangor telah memberi dana kepada penganjur Bersih untuk perhimpunan haram tapi kenapa tidak saja dilakukan di selangor?? Jadikan saja selangor itu negeri demostrasi itukan lebih mudah.


negara ada undang-undang dan polis sebagai benteng pertahanan untuk melawan segala anasir-anasir yang cuba menjatuhkan kerajaan serta negara. jangan jadi pertualang dan pengkhianat bangsa hanya untuk pemimpin yang mahu mencapai impiannya sendiri