Johor Bharu - Seorang pendandan rambut terkejut apabila menyedari biskut gandum jenama terkemuka kegemarannya mengandungi bangkai cicak.
Insiden menjijikkan itu berlaku ke atas, Ooi Ai Ling, 28, yang sedang enak menikmati minum petang di rumahnya di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya di sini pada Isnin lalu.
Katanya, biskut terbabit dibelinya di sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya pada 6 Jun lalu, yang dengan jelas mempamerkan tarikh luput pada 25 Oktober 2011.
“Saya membeli dua kotak biskut terbabit dan hanya membuka salah satu daripadanya Isnin lalu. Ketika sedang enak memakan beberapa keping biskut tersebut, saya terkejut apabila terlihat bangkai cicak terlekat padanya.
“Saya rasa loya melihat cicak tersebut dan terus muntah, sejak itu saya mengalami muntah-muntah selama empat hari berturut-turut,” katanya pada sidang akhbar di rumah Kelab Akhbar Cina Selatan di sini, semalam.
Ai Ling berkata, dia sering membeli biskut jenama berkenaan sejak lebih empat tahun lalu.
Menurutnya, akibat sering muntah selepas insiden tersebut, dia telah membuat pemeriksaan di sebuah klinik di Johor Jaya semalam dan disahkan mengalami keracunan makanan.
“Saya pelik bagaimana cicak berkenaan boleh ada dalam biskut berkenaan dan kini, saya serik untuk membeli biskut jenama itu.
“Saya serik untuk membeli biskut jenama tersebut dan akan lebih berhati-hati selepas ini apabila membeli apa-apa produk makanan kerana takut insiden yang sama berulang,” katanya.
Dia juga telah mengadukan perkara tersebut kepada MCA bahagian Gelang Patah dan turut membuat satu laporan polis di balai polis Taman Johor Jaya Rabu lalu.
Sementara itu, Pembantu Khas Menteri Besar Johor, Low Teh Hian berkata, beliau akan membawa mangsa untuk bertemu dengan pengurus pasar raya terbabit bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Kami perlu tahu bagaimana boleh ada cicak dalam biskut tersebut dan kami juga tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan ganti rugi buat mangsa yang disahkan mengalami keracunan makanan,” katanya. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan