Kes Datuk T: Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu “amat luar biasa.”
Ini kerana jelas beliau, sepatutnya sekiranya tertuduh mengaku bersalah mana-mana bahan bukti tidak perlu didedahkan.
“Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan kenapa rakaman video seks itu disiarkan dalam mahkamah.
“Ini satu prosedur yang amat luar biasa, saya terkejut kenapa ia berlaku... kalau sudah mengaku bersalah sepatutnya tidak perlu (dedahkan bahan bukti),” kata beliau lagi.
Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.
Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.
Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Sementara, Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.
Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.
“Dan, ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.
“Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan.
“Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,” katanya.
Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.
“Dalam kes ini, saya merasakan hukuman yang dikenakan kepada mereka bertiga relevan, tiada masalah dengan itu.
“Cuma tindakan yang menayangkan video seks itu yang jadi persoalan,” katanya.
Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.
Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar.
Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.
“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.
Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.
Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl. -TMI

6 ulasan:
Prinsip RUKUNEGARA KE-4:
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.
AKU mula menghafal prinsip ini waktu di sekolah rendah malahan diadakan pertandingan di peringkat sekolah. Waktu tu walaupun AKU tidak faham akan maksud sebenarnya tapi disebabkan sifat patriotik yang disemai oleh guru AKU, maka kami pun menghafalnya dengan sepenuh hati.
Hari ini AKU terasa kesemua prinsip ini telah di"perkosa" oleh orang kita yang saban hari menyatakan hanya mereka saja yang patriotik sedang sebaliknya. Orang yang dipertanggungjawabkan dalam membela kedaulatannya telah mem"perkosa"nya sehabis-habisnya semenjak zaman Tok Det. Dan kini dilanyak-lanyak. Tidak hairanlah kalau hari ini, ramai kaum muda tidak menghormati peraturan dan undang-undang. Kan Bapa Borek Anak Rintik. Ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedang depa berjalan senget. Pada akhirnya, anak ketam berjalan lebih senget daripada bapanya.
MALAYSIA BOLEH! SEMUA BOLEH! JANJI SKONG BN/UMNO/APCO. HIDUP MALAYSIA DAN 1 MALAYSIA.
KAN MAHKAMAH PUN DIBAWAH PANDI KUTTY ! KENA IKUT PERINTAH LA UNTUK MENERUSKAN AGENDA PARTI SEKUTU APCO DALAM MENJAHANAMKAN ANWAR ,DENAGN APA CARA SEKALIPUN ! MATLAMAT MENGHALAL CARA ! ALLAHU AKHBAR !
majistret tu peminat filem blue tu...
dulu aku selalu tgk watak polis jahat dalam filem hindi...polis rasuah...hero dianiaya, fitnah dan dll...di Malaysia pun sekarang nampaknya x banyak bezanya...Apa nak jadi la malaysia skrg...kacau bilau semuanya....
Asaikan pakar DR USA jer...semuernyer betoi.Ini ler sikap kiter,walau pon pelajaran tinggi melangit. Org USA tu semuernyer betoi ker? Semuernyer bersih ker? Semuernyer buat keghojer keraner Allah Ker? Tak tau ker yg USA tu pemecah belah.
Memang sikap penakut.....beghani dgn org yg tangan terikat jer.
baru tau siapa siporno tu, kan?
Catat Ulasan