10 Jun 2011

Peniaga Bangkrap Kerana Himpunan Bersih? Karut!

Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu

SHAH ALAM 9 JUN : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

“Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut,” kata beliau.

“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.

Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.

Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.

Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.

"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya. -tvsnews



PAS: Tiada yang bankrap selepas demo

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya. -mk



9 ulasan:

serenity9260 berkata...

Dia xpenah nak berniaga tepi jalan,berani kate bankrap.cube tunjuk skill jual cendol sket kat tepi orang berdemo tuh,kaye x?

Ni best bro!!!
Android Smartphone 3D Terbaik Setakat 09/06/2011 7:13 AM

Tanpa Nama berkata...

Tu le.. cam mana nak beniaga tepi jalan, FRU pancut gas ... sapa yg sekat rezeki peniaga sbnarnya???

Tanpa Nama berkata...

lu pergi duduk indonlah, tengok matawang diorang, bila berlaku demontrasi, tak kiralah bersih ke, aman ke, kotor ke, pasti matawang akan susut, lu org cakap ikut logik, bukan pengetahuan dan pengalaman, aku duduk luar beb, tahulah rasa sengsara atau tidak bila ada berlaku demontrasi ni, kami susah nak keluar tau tak, contoh terdekat, mcm kat mesir tu, mmg takde cara lain ke???

Tanpa Nama berkata...

Malaysia dah bangkrap kerana BN dan UMNO perintah kenapa diam saja, kalau nak tahu kebenaran biar Pakatan Rakyat perintah malaysia, kalau UMNO berani

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kena pi buat ripot polis supaya pehak polis dapat buat kawalan dengan sempurna hipunan bersih supaya tidak berlaku provokasi minta peniaga supaya membuka warung sebanyak yang boleh kerana akan berlaku kesesakan digerai2 makan nanti.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kena pi buat ripot polis supaya pehak polis dapat buat kawalan dengan sempurna hipunan bersih supaya tidak berlaku provokasi minta peniaga supaya membuka warung sebanyak yang boleh kerana akan berlaku kesesakan digerai2 makan nanti.

Tanpa Nama berkata...

itulah sebahagian kerja pemuda umno. merekalah yang sering mencetuskan kekacauan. ingat lagikah kes pembunuhan di lubuk merbau masa prk sedikit masa dulu? siapakah ketua pemuda umno masa tu kalau bukan najib. mamat tu sekarang dah jadi pm. hebat sungguh malaysia! kepala gengster dah jadi pemimpin tertinggi, tapi dayus; takut kepada bini puakanya!!

Tanpa Nama berkata...

1 orang belanja RM10 x 100,000 = 1 juta. Macam mana peniaga boleh bengkrup.

Tanpa Nama berkata...

Anon 2.10 tu cerita pasal duit, duit, duit .... ni ujian, & usaha utk cari redha Allah pada org2 Islam esp yg niatnya kerana Allah (sbb apa aku kata ISLAM, kerana Msia ni ramai pemimpin & rakyatnya Islam).

Klu niat kita buat semata2 kerana Allah .. sokong aje le.. Ya Allah, semuga perhimpunan ini kau berkati & menghasilkan sesuatu yang baik untuk rakyat Malaysia ni. AMIN