10 Jun 2011

Bagaimana Khir Miliki Wang Sebegitu Banyak Boleh Bayar Tunai RM6.5 Juta Ubahsuai Rumah?

Saksi: Ubah-suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai

Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.

"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport ke Bali untuk membeli barang.

"Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000... setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri,"
katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Nasir memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Nasir yang diperkenalkan kepada Dr Mohamad Khir oleh ADUN Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berkata Shamsuddin dilantik oleh bekas Menteri Besar itu sebagai pengurus dalam urusan kerja-kerja pengubahsuaian banglo tersebut.

Ditanya mengenai siapa pemilik sebenar banglo itu, saksi itu menjawab: "Saya keliru sebab yang beri arahan Dr Mohamad Khir tetapi bila dapat pelan ada nama Ditamas Sdn Bhd. Pelan itu telah diluluskan."

"Semasa awak terima wang, awak tiada akaun bank, jadi bagaimana awak uruskan wang?" soal Masri dan Nasir menjawab: "Saya bayar pada supplier (pembekal) dan sebahagian wang itu saya simpan untuk beri kepada pekerja yang diupah.

"Ada atau tidak pada bila-bila masa awak kemuka sebarang sebut harga pada Dr Mohamad Khir?" soal Masri dan saksi itu menjawab: "Ya. Pada Dr Mohamad Khir sendiri dan bila dirujuk (sebut harga) Dr Mohamad Khir minta kurang sikit."

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir berhubung status muflisnya, Nasir berkata beliau muflis sejak 1998 dan kemudiannya bebas daripada status muflis pada 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki. -mk

Ulasan GB

Bukankah sepatutnya satu siasatan baru perlu dilakukan: Bagaimana Khir Toyo dapat mengumpulkan wang sebegitu banyak sewaktu beliau menjadi MB Selangor?

RM6.5 juta itu yang didedahkan untuk renovasi rumah. Sepastinyalah wang yang dimilikinya lebih besar dari jumlah itu.

p/s Ini macam kes seorang pegawai bank dahulu bernama Aman Shah tiba-tiba menjadi jutawan mampu membeli kereta-kereta mahal seperti Porsche dan sebagainya. Rupa-rupanya kebas duit pelanggan bank secara diam-diam. Benda yang salah akhirnya akan terdedah juga.


10 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Hidup bergelumang dengan rasuah. Hidup sentiasa dikelilingi duit haram.

Kemudian hipokrit tunjuk muka macam orang alim dan kuat agama.

Inilah contoh 'Penyagak Melayu produk UMNO'

Tanpa Nama berkata...

haha GB ingatkan balik kes Aman Shah tu. Kes tu memang tidak akan dapat dikesan oleh bank sebab dia yg menjaga sistem komputer bank. Tetapi disebabkan ego hendak menunjukkan kereta mewah yg dibelinya keluar di TV, bos dia pun terkejut badak tengok bila nampak. Itulah contoh penyamun tarbus. Cerdik tapi bangang. hahaha....

Martoiriat berkata...

Salam GB..Sekali pun wang gaji dikumpul dengan minum air hujan dan makan rumput nescaya wang sebanyak itu tidak boleh simpan selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar. Jelas di sini jika dibuat andaian mungkin wang itu datang dari hasil projek-projek haram. Begitulah kehidupan dongeng pemimpin politik UMNO...

Tanpa Nama berkata...

x kot..kan dia ade kata dia simpan duit masa jadi doktor gigi berbelas tahun ...he2

Tanpa Nama berkata...

saya rasa dia akan terlepas. mahkamah akan bebaskannya.. macam biasa terjadi

Tanpa Nama berkata...

Kes ubahsuai rumah ini pun dah cukup nak sumbat Toyo kepenjara.Mana dia dapat duit sebanyak itu nak ubah suai rumah?

Tanpa Nama berkata...

anak toyo penyapu.rakyat sudah diperbodohkan, akhirnya menjadi orang yang terkaya.

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan aku la, Dr Khir akan didapati bersalah utk dijadikan kambing hitam bagi menunjukkan kpd rakyat yang kerajaan BN anti rasuah.

Kalau kerajaan telus kes ini mesti dijadikan precedence utk dakwa MB negeri2 lain yang BN perintah, terutamanya negeri Pahang, Johor dan Perak masa Tajol Rosli jadi MB dulu.

Azmi Rawang

Tanpa Nama berkata...

duit kalau tak berkat tuhan nak tunjukkan kejab ajer..masih terbayang2 lagi mcmana dia bagi penyapu semasa dia jadik mb dulu....masa dia jadik mb dulu bukan main lagi khir toyo nie....skarang apa dah jadikkkkk......

Tanpa Nama berkata...

Sehari dia cabut 30 batang gigi.Kalau kos cabut sebatang RM 100.00. Cuba kira kalau dah berbelas-belas tahun cabut gigi ? Tentu hasilnya beratus-ratus juta. Jadi ubah suai rumah takat RM6.5 juta tu benda kecik je. Duit celah gigi je.