10 Jun 2011

Jururawat Diculik Nyaris Dijual

Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.

Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa. -hm

Ulasan GB

Negara sudah menjadi semacam sudah tidak selamat.. simbahan asid, culik menjadi-jadi, polis rembak remaja dan lain-lain.

Tetapi kita dikejutkan dnegan statistik palsu menyatakan kadar jenayah menurun, semata-mata untuk mewangikan NKRA.

Allah Maha Berkuasa, kebenaran itu di tanganNya dan Dia akan menyerlahkan samada kadar jenayah itu sebenarnya turunkah atau naikkah.

Rakytat tak perlu ditipu.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bala ni...negara maju apa...jenayah lebih pada zaman jahiliah

Tanpa Nama berkata...

Tak mau/hatta tak berusaha utk mau jalankan ikut quran & hadis ---> tunggulah .. sapa kata? Jwblah wahai pemimpin2 BN khasnya UMNO

Tanpa Nama berkata...

Tak kurang juga yang dihanyutkan dalam sungai & dibakar dalam kereta serta bakar rumah selepas mencuri. Inikah yg dikatakan kadar jenayah berkurangan?

Tanpa Nama berkata...

umno tidak bimbang dengan kes2 jenayah sebaliknya umno bimbang dengan ceramah pehak pembangkang dan perhimpunan rakyat oleh itu pehak polis diarah supaya memberi perhatian kepada prkara tersebut.

Tanpa Nama berkata...

umno tidak bimbang dengan kes2 jenayah sebaliknya umno bimbang dengan ceramah pehak pembangkang dan perhimpunan rakyat oleh itu pehak polis diarah supaya memberi perhatian kepada prkara tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Dalam negara Islam maruah wanita dijaga dan dipelihara oleh warga yg bertanggungjawab, so nampaknya Malaysia bukan negara Islam.

Lagi satu, wanita sebaiknya jgn berjalan/keluar berseorangan - ni la akibatnya bila panduan agama diketepikan.

Azmi Rawang

Tanpa Nama berkata...

Angota Polis diperlukan dan digunakan sepenuhnya untuk halang ceramah pembangkang,menakut-nakutkan pengundi waktu PRK dan PRN dan untuk belasah penunjuk perasaan aman.Kadar jenayah konon sudah menurun,polis tak perlu lagi kawal jenayah.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO hidup aman, yang tak aman rakyat, jenayah makin banyak

Tanpa Nama berkata...

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam

Peistiwa di atas macam scene dlm filem...dapat dibayangkan ketakutan yang adik ini alami. Kebijaksanaan dan keberaniaan adik ini melarikan diri menyelamatkan masa depannya...Sungguh terharu atas kepertiwian adik ini...

Kepada adik adikku yang lain hindari berjalan bersendirian walau ke mana-mana pun...tempat kita, kawasan kita, zon kita, daerah kita, wilayah kita, negara kita dah tak selamat...apa lagi kepada wanita@gadis...

she