24 Jun 2011

Pelatih Bomba Wanita Pun Perlu Botakkan Kepala?

Pelatih bomba wanita kecewa kepala dibotakkan

ALOR SETAR - Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lalu.

Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, berkata, dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan rambut pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.

"Peraturan dalam surat yang diterima saya hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan.

"Saya terkejut melihat pelatih wanita dibotakkan seperti pelatih lelaki dalam sebuah bilik gunting rambut dan saya terus lari mengadu kepada kakak saya, Hazliza, yang berada di tempat pelawat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Hizyati berkata, bahawa pada mulanya dia dan pelatih lain enggan berbuat demikian tetapi memandangkan ingin mendapatkan pekerjaan dan faktor umur yang semakin meningkat, beliau terpaksa berbuat demikian.

Bapanya, Othman Long, 63, berkata, beliau hanya menyedari mengenai perkara itu setelah sampai di pekan Baling setelah diberitahu isterinya Hizan Abu Bakar, 56, dan anak keduanya, Hazliza, 30.

"Saya amat terkejut dengan kejadian itu. Sepanjang saya bertugas dalam badan beruniform, pelatih perempuan hanya digunting rambut hingga pendek dan bukannya sampai botak," kata pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu.

Othman, yang kecewa dengan tindakan pihak terbabit, bertindak mengeluarkan anaknya daripada akademi itu keesokan hari.

Beliau juga membuat di Balai Polis Kuala Perlis supaya pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pegawai di akademi itu.

Pengerusi Yayasan Prihatin Kebajikan, Pendidikan dan Kemiskinan Kedah, Zuraidi Rahim, yang mengunjungi Hizyaty, berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.

"Saya difahamkan beliau telah mengambil tindakan dengan mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan jawapan secara lisan dan bertulis kepada ibu bapa Hizyati.

"Saya harap Datuk Chor akan tampil bertemu keluarga terbabit untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci dan sekaligus menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.- Bernama

12 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

1. Memang ada dalam pekeliling pelatih dikehendaki potong rambut hingga panjangnya tinggal 6mm.

2. Mungkin panjang 6mm itu sesuai untuk pelatih lelaki. Sesuaikah 6mm untuk pelatih wanita?

3. Tapi bagus juga anggota Bomba biasakan rambut pendek susah disambar API.

Tanpa Nama berkata...

baru dugaan pertama dah gagal??mental tak kuat langsung!Lemah!tu suruh pakai tudung kalau nak kuar mana2.kan ada baiknya.kalau dah taknak masuk jgn la nak report2.macamana nak jadi bomba ni????

Tanpa Nama berkata...

Soklan2 aku:
1) Adakah yg potong/cukur rambut tu pompuan atau lelaki? (klu lelaki, aku tak rela u. Mungkin org lain tak kisah). Muga2 Allah beri rezeki yg lebih baik.

2) Adakah gambor kepala botak yg ditayangkan tu gambr dia? ..Klu betul, apa pegangan si dia ni? Aku sokong anon 10.54. Gambor dedah aurat tu lebih ramai org tengok banding rambut botak yg akan tumbuh balik & diselindung dgn tudung..

Tanpa Nama berkata...

Layanlah perempuan itu secara sepatutnya... bukan pasal lemah semangat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau alasan kena cukur rambut kerana tidak mahu disambar api; apakah realitinya semua pegawai bomba berkepala botak?

serenity9260 berkata...

rambut pendek je dah lar,xyah sampai botak,huhu.memang kena pendek kan supaya tak kena api?

Ni best bro!!!
Seorang Lagi Hacker Mahu Mendedahkan Identiti Ketua LulzSec
http://post-aje.blogspot.com/2011/06/pelik-aje-lelaki-amerika-di-kanada.html
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

aku simpati ngn bekas pelatih ni. nak jadi pegawai bomba bukan senang2 ja masuk. diaorang kena jalani peperiksaan fizikal. bukan semua org mampu buat especially wanita. mmg respect la mana yg lepas ujian tu. pendapat aku...apa yg dia buat ni bukan nk publisiti..tpi nk bgtau dkt public..apa yg berlaku pd semua org. korang ingat senang ke..nk tunjuk gambar botak 1 malaysia.. tunjuk aurat dia lagi.. sendiri mau ingat lah..

Tanpa Nama berkata...

Dari penilaian saya Hizyaty TIDAK LAYAK untuk menjadi seorang anggota Bomba. Untuk menganggotai pasukan berunifom perkara asas yang perlu ada dalam diri ialah menurut perintah. Hizyaty seorang yang tak boleh ikut perintah/ terima arahan dan ada sikap melawan. Ini amat bahaya dalam pasukan Bomba, bayangkan dalam satu operasi Hizyaty diarah untuk menyelamatkan seseorang disini dia akan mula berfikir nanti muka rosak, kulit jadi tak cantik, boy friend aku mesti cari lain, kalau jadi ape2 macam mana mak dan bapa aku!!!dia akan mengelak dari menjalankan tugas yang diarahkan. Kalau nak cerita fasal dedah aurat, sekarang ni kamu sendiri yang tunjukan dan satu malaysia dah tengok aurat kamu padahal rambut tu akan tumbuh apabila kamu tamat latihan. Kalau diri tak boleh terima cabaran fikir dulu sebelum mohon pasukan beruniform.

Tanpa Nama berkata...

anon 4.23, dia pun cakap minta keja tu sbb tak de keja lain, bukannya kerana minat.

Tanpa Nama berkata...

layak or tak bukan kita yg tentukan. mmg rambut akan tumbuh balik. tapi kalu sendiri bt peraturan tapi x ikut. itu apa kes?? yg itu semua pihak x nampak. utk pengetahuan ada lagi pelatih yg tarikh diri. semua atas alasan yg munasabah. pas ni korang tunggu lah..

Unknown berkata...

Ni ragging bukan , kemestian pelatih wanita MESTI di potong sehingga botak..
Ini bomba bukan VAT69, ATM dll

Kes ni pun dah difailkan di Mahkahamah
Jika Pihak Bomba telah gazetkan ini salah satu peraturan & satu kemestiaan utk setiap pelatih wanita kenapa Kementerian Perumahan Mohon Maaf atas kecuaian pegawai yg menjalankan tugas di kem latihan tersebut??

Unknown berkata...

Agreed!!
Siapa kita nak tentukan layak ke tidak sorang hambaNya. Biarpun seorang ustaz sekalipun.