12 Jun 2011

Pelajar Belasan Tahun Dah Pandai Tidur Di Rumah Kekasih

Sungai Kob - Dua pelajar perempuan berumur 15 dan 17 tahun di tahan di sebuah rumah bujang lelaki di Taman Mutiara kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Mohd Ameer Dahari berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 12.15 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba, pintu rumah berkenaan bertutup dan PADK terpaksa menunggu beberapa minit sebelum ia dibuka.

“Setelah memperkenalkan diri, PADK kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemui sepasangan kekasih dalam bilik manakala satu lagi di ruang tamu.

Mohd Ameer berkata, dari siasatan dijalankan, ke semua terlibat mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

“Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu pernah ditahan sebelum ini kerana berkelakuan sumbang bersama dua teman lelakinya di tepi tandas awam Taman Tasek Kulim kira-kira jam 1 pagi. Namun, dia dibebaskan setelah diberi kaunseling dan amaran.

“Tidak sampai tiga minggu, PADK menangkapnya semula kerana bersekedudukan. Siasatan awal mendapati remaja lelaki terbabit bekerja sebagai pembantu kantin manakala seorang lagi penganggur, " katanya.

Menurutnys, pasangan berkenaan kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pasangan lelaki ditahan lokap di Balai Polis Kulim manakala pasangan perempuan ditahan di lokap Balai Polis Lunas.

Pelajar berusia 17 tahun itu masih mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana keluarganya kurang berkemampuan. Selain itu, dia pernah membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya dirogol dan liwat. -SH

7 ulasan:

mi tokcah berkata...

Semua berpunca daripada institusi kekeluargaan. Mana mak bapak ? Apakah mak bapak sudah memainkan pertanan yang merupakan tanggungjawab mereka dalam membesar dan mendidik anak-anak. Inilah generasi pewaris Malaysia. Wahai mak bapak renungkanlah............... sembang kedai kopi nombor satu !

Tanpa Nama berkata...

inikah yang dikatakan "ternak anak"??

Tanpa Nama berkata...

Nak heran apa sekarang ini pengedaran video lucah dah diHALALKAN!!! Perlakuan lucah juga sama. Menteri dah kata begitu.

Tanpa Nama berkata...

apa nak heran UMNO edar gamabar lucah?

Tanpa Nama berkata...

budak2 zaman sekarang...sgt menakutkan la perangai mereka..

Tanpa Nama berkata...

Kawasan Kulim ni buleh kata hampir parah dengan gejala sosial.Harap pihak2 tertentu kembali pulihkan "kawasan2 hitam" di Kulim...
Nak harapkan MP Kulim bandar Bahru aku x yakin...cakap berdegar2 pasal murtad,isu sosial tp haram x der tindakan...

Tanpa Nama berkata...

orang UMNO tunjuk video lucah ,mak bapak nak tahan macam mana...polis tak tahan...mak bapak apa barang.....