12 Jun 2011

Pimpinan Baru PAS Diumumkan [updated]

PAS umum lantikan baru, Tuan Ibrahim ketua penerangan

KUALA LUMPUR: PAS membuat beberapa rombakan tetapi mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai setiausaha agung parti bagi penggal kedua.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kalah jawatan timbalan presiden dilantik ketua penerangan menggantikan Idris Ahmad.

Pengarah Pilihan raya Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik bendahari. Dr Hatta Ramli bendahari sejak 2007 menjadi pengarah pilihan raya yang baru.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan baru selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan baru PAS di pejabat agung di sini hari ini.

Seorang lagi calon timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagai AJK tambahan.

Turut dilantik Idris Ahmad, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Zulkifli Omar dan Abang Ahmad Kardi Ahmad Agus, iaitu calon PAS Beting Maro, Sarawak.

Manakala Terengganu, Selangor, Melaka dan Sabah mendapat pesuruhjaya yang baru.

Mereka ialah Abdul Wahid bagi Terengganu, Adly Zahary (Melaka), Dr Rani Osman (Selangor), Aminuddin Alim (Sabah).

Menurut, perlantikan baru berkuatkuasa serta merta dan mereka telah setuju menerimanya.


PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu, Hj

NAIB PRESIDEN

Salahuddin Ayub, YB
Husam Musa , YB Dato’
Mahfuz Omar, YB Dato’

SETIAUSAHA AGONG

Mustapha Ali

PENOLONG SETIAUSAHA AGONG

Takiyuddin Hassan, YB Datuk
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB
Ahmad Sabki Yusuf


BENDAHARI

Abdul Halim Abdul Rahman, YB Datuk

KETUA PENERANGAN

Tuan Ibrahim Tuan Man

PENGARAH PILIHANRAYA

Dr Hatta Ramli, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mazlan Aliman
Kamarudin Jaffar, YB
Hanipa Maidin
Azizan Abdul Razak, YAB Datuk Seri
Dzulkefly Ahmad, YB
Mujahid Yusuf Rawa, YB
Khalid Samad, YB
Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
Amiruddin Hamzah
Abdul Wahid Endut
Abu Bakar Chik
Mohd Amar Abdullah
Mahfodz Mohamed, Dr. Ustaz
Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
Hassan Mohamed Ali, YB Datuk Dr.
Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
Nuridah Salleh
Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
Idris Haji Ahmad, Ustaz
Nasharuddin Mat Isa, Ustaz
Asmuni Awi
Anuar Tahir
Zulkefly Mohammad Omar
Abang Ahmad Kerdee Masagus


PESURUHJAYA-PESURUHJAYA NEGERI

Terengganu- Abdul Wahid Endut,
Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani,
Selangor- Dr Abd Rani Osman,
Melaka- Adly Zahari
Sabah- Aminuddin Halim.
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid


KETUA PEMUDA - Nasruddin Hassan A Tantawi

KETUA MUSLIMAT - Siti Zailah Mohd Yusoff, YB

KETUA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS - Hu Pang Chaw

* berhuruf condong ialah lantikan Presiden



Ulasan GB

...
Kepada Sdra Adly Zahari, tahniah daripada GB, kemungkinan sdra Adly merupakan Pesuruhjaya paling muda pernah dilantik. Semuga PAS Melaka bergerak dan bertambah maju di bawah pimpinannya.

Kepada semua di dalam barisan kepimpinan, selamat berjuang.


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sayangnya nizar Jamaludin tidak dilantik sebagai S.Agong.

Dato' Seri Presiden masih menyimpan 'kuda tua' lagi.

Tanpa Nama berkata...

kabinet ug masih berkuasa nampaknya. perancangan mustafa ali ker?

tak per biarkan.

sepertimana mahathir akan melihat kehancuran umno, mustafa ali akan melihat kehancuran pas trengganu dan pahang...

Tanpa Nama berkata...

mungkin hancur PAS terengganu ...perlantikan Wahid Endut sebagai pesuruhjaya maknanya banyak lagilah perabot dan hiasan import dalam rumah pesuruhjaya baru tu di Kubang Parit .....
Ya ALLAH kembalikan lah jemaahku keperjuangan asal bagi menegakkan negara Islam di bumi ini

Tanpa Nama berkata...

naper presiden kita ni lemah sgt mcm pak lah? ikut sgt cikgu pa tu?

perwakilan dah pilih bagus-bagus, presiden masih ada letak kuda tua dalam barisan pimpinan.

betullah pengkritik kata presiden pas ni liabiliti untuk parti.

Tanpa Nama berkata...

bagi saya, semua ok, cuma setiausaha agong jer patut ditukarkan.

Beruk Ketawa berkata...

Kesilapan besar ialah mengekalkan MUSTAFA ALI?

Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa perlu diPIJAK hingga lumat jika PAS mahu lebih kuat, lebih dipercayai dan lebih diyakini.

Jelas Presiden terlalu lemah. Jika Presiden lemah macam mana parti nak kuat?

Tanpa Nama berkata...

Cikgu dah insaf dah.
Barisan PAS Pusat dilihat mantap untuk menghadapi PRU13. Begitu juga Dewan Muslimat cuma Dewan Pemuda ada sedikit kureng menyengat.Mungkin ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh anak Khir Johari yg juga S/U Lim Guan Eng.

Tanpa Nama berkata...

betullah..setiausaha agong ..patut ditukar...

Tanpa Nama berkata...

perancangan halus dan licik mustafa ali untuk menyekat mat sabu dengan cuba menjadikan TITM seorg yg popular dgn melantiknya sbg Ketua Penerangan yg baru.

Pemilihan akan dtg tak mustahil geng terengganu pimpinan mustafa ali ini akan mengkedepankan TITM bertanding kerusi Presiden bagi menggantikan TGHH yang akan memegang Majlis Syura.

Tapi perancangan Allah tetap di atas perancangan mereka. Geng Terengganu akan kecundang dan terus kecundang.

cengal berkata...

aku dah cakap dulu, TGHH bagus dlm tarbiyah, tak bagus dalam politik.

tgk ler apa jadi, dia hanya jadi pak turut kepada mustafa ali.

mustafa ali gembira dikekalkan sebagai SUA. Pegang harakahdaily lagi dan pejabat agung.

mustafa ali akan terus berperanan dgn dorminan dalam mesyuarat dewan harian dan putar2 minit.

aku rasa kalau dibuat survey ahli2 pas seluruh negara, majoriti akan tolak mustafa ali sbg S/U Agong. Kenapa TGHH x nampak? apakah ini alamat TGHH akan tewas di Marang dan Rhu Rendang?

Tanpa Nama berkata...

pru 13 nanti trangganu akan jadi milik BN seterusnya kerana terdapat geng pas trangganu telah di beli oleh UMNO dalam gelap kerana masih ada grombolan umno dalam pas, kalau nak tahu carilah sendiri siapa orang upahan umno bertopengkan PAS.

Tanpa Nama berkata...

perlantikan su chegu pa mengecewakan penyokong pas, jangan ingat penyokong pas tidak tahu apa yang berlaku dalaman pas terdahulu.

hussin berkata...

UGly.

kbatas berkata...

Selepas Rasul wafat, semasa jenazah baginda sedang diurus saudara terdekat, para sahabat2 bermesyuarat melantik pengganti.

Ketika nama Abu Bakar diusul, ramai sahabat yg tidak setuju. Bahkan saidina Ali juga pada peringkat awal tidak memberi bai'ah.

Selepas 1430 tahun, kalau setakat cikgu Pa tidak disenangi...apa ada kisah. Samakah cikgu Pa dengan Saidina Abu Bakar?

Dan samakah anda2 yg menentang keputusan syura pimpinan dengan taraf sahabat2?

Atau sebenarnya anda2 ni berselindung di sebalik tabir Abdullah bin Ubay?

Tanpa Nama berkata...

tu dia, geng trengganu yg menyamar dengan nick "kbatas".

Hendak disamakan Saidina Abu Bakar dengan Mustafa Ali. Ceh!

Saidina Abu Bakar adalah khalifah Islam yang agong, yang tak pernah mengkhianati Islam yang dijamin oleh Rasulullah masuk syurga, sdgkan Mustfa Ali? Seorang yg telah diketahui pengkhianat PAS yang cuba untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Kamulah Abdullah Ubai yang kamu tuduhkan kpd org lain.

kembara putih berkata...

Mengekalkan Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong adalah 1 malapetaka kepada kemajuan PAS. Seharusnya seorang yang DOMINAN, berKUASA VETO dan bersifat KUKU BESI tidak wajar memegang apa2 jawatan dalam parti yang mementingkan syura.

Adakah Presiden PAS lantik dia untuk mengimbangi kem UG dengan kem anti-UG yang semakin ramai? Atau adakah dia melantik diri dia sendiri, manakala Presiden tak boleh berbuat apa2?

MASIH MELANTIK MUSTAFA ALI ADALAH TANDA KELEMAHAN PRESIDEN PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kata Negara Kebajikan yang di perjuangkan. Kenapa peniaga2 di MPKB , air & letrik di potong ?
Bagaimana hendak cari rezki macam ni ?
Silalah jawab.......