Ramalan tarikh pilihan raya yang bertiup semakin kencang telah lama dihidu oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kelebihan kepada gagasan itu membuat persiapan rapi menjelang tarikh keramat itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, semakin dekat tarikh pilihan raya bermakna semakin dekat perubahan menghampiri Putrajaya, sekaligus menandakan sedikit sahaja lagi benteng Umno-Barisan Nasional bakal dirempuh.
"Sesetengah pihak berpandangan pilihan raya mungkin sekitar bulan 7, ada yang meramalkan bulan 11 ada juga yang mengatakan awal tahun depan, himpunan kita pada malam ini kita nampak, masyarakat hari ini mahu pilihan raya dekat kerana semakin dekat dengan pilihan raya, semakin dekat kita dengan Putrajaya," kata Mohamad kepada hadirin yang membanjiri Tapak Kompleks PAS, Kerdau, malam semalam.
Jelas Mohamad, kehadiran hampir 10,000 Warga Felda dan penduduk Pahang pada himpunan kebangkitan warga Felda Pahang ini adalah gambaran awal bahawa Putrajaya bukan lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional.
Kebanjiran rakyat ini juga katanya membuktikan bahawa rakyat sudah jelak dengan pembohongan dan propaganda mainan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan.
Namun ujar Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu pembangunan ini tidak lagi relevan pada hari ini.
"Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi. Kalau dulu mereka (Umno-BN) mengatakan kalau BN kalah tiada pembangunan, BN kalah pelabur asing tidak datang, dan rakyat banyak yang akan hilang pekerjaan.
"Mereka-Umno-BN cuba sinonimkan pembangunan dengan Umno dan BN," kata Mat Sabu lagi.
Ironinya, fakta daripada Badan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan ke atas membuktikan, negeri tertinggi menjadi tumpuan pelabur asing adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan Kedah yang tidak ditadbir pemerintah.
Mengulas senario ini, Mat Sabu berkata rekod tersebut jelas memberihu rakyat bahawa tanggapan Umno-BN selama ini meleset sama sekali.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno sengaja mencipta isu luar jangka bagi mengaburi mata rakyat selain membekalkan pelbagai program berunsur hiburan untuk melalaikan rakyat dari isu semasa yang semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen.
"Mereka cuba mengalihkan perhatian kita semua kepada isu-isu yang sengaja mereka wujudkan daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat,"ujarnya.
Baliau berkata demikian mengulas usaha terdesak Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda.
Melihat kepada dasar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mula diterima rakyat, Umno-BN terus-terusan mengkritik dari pelbagai sudut namun pada masa sama menyadur idea itu untuk diadaptasi dalam kepimpinan mereka.
"Yang hairanya, setiap kali kita lancarkan sesuatu, mereka kritik, mereka komen tetapi akhirnya mereka tiru, kita lihat bagaimana mereka menggunakan media menyerang cadangan kita dalam Buku Jingga dengan menggambarkan sekiranya Buku Jingga diteruskan negara bakal bankrup, tetapi kini satu demi satu mereka tiru,"kata Tuan Ibrahim.
Pada majlis yang sama, PAS turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.
Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.
Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.
Ia turut menyaksikan penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan Aliman di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -tvsnews

21 ulasan:
PAS/PR semakin hampir ke Putrajaya jika Mohd Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS di dalam pemilihan kali ini.
Jika orang lain, alamat, berangan sajalah.
Aku bukan nak perleceh PR...tapi nak ingatkan saja...jangan dok kompiden sangat nak keputrajaya...hangpa bukan tak tau..UBN ni banyak lagi trik2 menipu yang bakal dikeluarkan...tapi x pa no...kurang2 bagi semnagt untuk kerja kuat...
Sokong pandangan Anon 8:14,
Untuk berjaya ke Putrajaya, saya berharap Muhammad sabu pergiatkan BERSIH dan kemaskan barisan bertindak bagi bersihkan SPR yg terpalit dengan kerja kotor Barisan Najis.
Semoga berjaya ke Putrajaya.
semoga mat sabu menang dalam muktamar pas
pemimpin UMNO dan akhbarnya menyokong penuh nasha tetapi menolak mat sabu. kenapa agaknya? ada udang disebalik UG
kerja lebih kuat Mat Sabu, insyaallah menang keputrajaya, UMNO makin hilang sokongan orang muda, yang berhimpun 1 juta hanya upahan, wang ambil tapi tolak BN, orang muda sekarang berpendidikan, bukan mudah diperdaya UMNO
Akhbar milik UMNO konon suruh perwakilan PAS pertahankan pimpinan ulamak.Sejak bila UMNO sokong ulamak?Sejak bila pentingkan Islam?Semua ini membuktikan UMNO ada agenda dengan pemimpin-pemimpin ulamak dalam PAS.Puak UG dalam PAS ni sedang bermati-matian menyekat Mat Sabu menang jawatan Tim.Presiden PAS, khuatir rancangan depa dengan UMNO akan terbantut.Dengan banyaknya sokongan akhbar-akhbar UMNO ini kepada puak UG,perwakilan sepatutnya sudah tahu siapa sebenarnya puak UG ni sekarang.Tidak pernah akhbar-akhbar UMNO memberi ruang mengenai Muktamar PAS.Sekarang depa nampak amat berminat memberikan sokongan kepada kepimpinan ulamak sehingga Ketua Pemuda PAS,Tantawi dapat iklan satu muka penuh diakhbar Mingguan Malaysia.Fikirkan wahai para perwakilan PAS.
rakan2ku sekalian, umngok xpenah menyokong mane2 wakil pas, n xde sorg pn wakil pas yg sokong umngok..ape yg dibuat dlm media2 umngok ni cume membuta tuli je, konon2 umngok ade calon favourite, calon tu "mesra umno"..tipu sume tuuu..kalo org munafik dan peminum2 arak bercakap, watpe nk pcaya? jd saksi pn xpas...
ramai ahli PAS yang mahukan ulamak jadi Timbalan.. bukan sebab UG, bukan sebab Umno, mereka tidak menentang Mat Sabu tapi mereka nak ulamak ataupon mereka yang berpendidikan agama, itu saja.. kalau letak Idris Ahmad, Ahmad Awang hatta Nik Abduh sekalipun sebagai calon, mereka akan undi, proUG atau anti-UG ke mereka tak kira dan golongan ini sangat ramai.. kita kena raikan, kecenderungan ini jangan disalahtafsirkan sebagai menyokong UG, diperingkat akar umbi kita lihat banyak tempat di mana ahli lebih suka menolak para Ustaz untuk ke depan.. jadi saya rasa keputusan Tuan Ibrahim betul.. memberi pilihan yang lebih baik berbanding Ustaz Nasha, dalam masa yang sama menutup isu UG.. kita kena ingat beliau bukanlah pemimpin yang dikaitkan dengan UG pada awalnya, beliau cuma Pengerusi JK Disiplin.. tapi bila ada yang tak puas hati dengan hukuman yang dikenakan keatas Hassan Ali, mula lah orang tuduh dia pro-UG.. samada Mat Sabu ataupon Tuan Ibrahim yang menang, isu UG sebenarnya boleh dipudarkan.. sebab itu Umno gelabah, dan sekarang mereka cuba kaitkan Tuan Ibrahim pula dengan UG melalui kenyataan Mubarak dan cyber trooper yang mengapi-apikan ahli PAS seperti di blog GB ni.. malangnya ramai ahli PAS yang terpedaya.. saya dah lama dalam PAS, saya rasa berbanding dengan fitnah-fitnah yang melanda PAS sebelum ini, fitnah sekarang inilah yang paling hebat.. hilang sudah kasih sayang.. benci membenci sesama ahli, bersangka buruk.. sedih... Rasulullah saw mengingatkan, "Fitnah itu tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya." (Hadis Riwayat Ar-Rafii)
mana padwo tahu "ramai ahli PAS yang mahukan ulamak jadi Timbalan"?
ramai juga yg mahu bukan-ulamak jadi Timbalan, jika tidak masakan mohd sabu boleh mendapat pencalonan terbanyak.
Datuk T (tuan ibrahim) memang dari kumpulan UG sewaktu isu itu timbul dahulu.
Bagaimana padwo boleh menyatakan "cyber trooper yang mengapi-apikan ahli PAS"? Sedangkan mereka mungkin terdiri ahli PAS sendiri yang komited yang tidak suka pemimpin seperti TITM menjadi Timbalan? Mengapa Padwo menjadi pemfitnah?
Ingat, TITM pada awalnya tidak mahu bertanding tetapi di desak oleh "orang tertentu" supaya bertanding. Orang tertentu itu dipercaya dari PAS Terengganu kerana jelas ada konspirasi yang nyata dari sana untuk mengawal dan menguasai PAS. Mustapha Ali adalah dalangnya. Semua ornag tahu hal ini.
Dan mereka telah berjaya sebelum ini. Tetapi Allah Maha Berkuasa, PAS terlepas negeri Terengganu ke tangan UMNO.
Balasan hina kepada PAS Terengganu kerana sifat buruk mereka cuba menguasai jemaah Islam PAS.
Awak boleh ambil semua jawatan dalam PAS, jika awak mahu, bukan sekadar jawatan2 Presiden dan Timbalan Presiden, tetapi Allah, akan merampas beberapa kerusi parlimen dan ADUN PAS dan akan diserahkan kepada UMNO. Kerana sifat kamu di Terengganu sama seperti perangai UMNO!
Anda merancang, tetapi Allah Maha Perancang. Dia memilih untuk mengkhabarkan perancanganNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Anon@12:54 PM
bila saya kata ramai yang mahukan ustaz, ada saya kata sedikit yang mahukan Mat Sabu? kalau 10 undi vs 300 undi, 10 tu sedikit.. kalau 200 vs 300, dua-dua tu dikira banyak walaupon yang pertama tu lebih sedikit..
ayat saya simple, tapi orang macam kamu lah suka merumitkannya dan membuat tafsiran yang macam-macam..
ada cyber trooper, ada ahli PAS.. satu musuh dalam selimut, satu lagi kawan tapi tanpa sedar tindak-tanduk mereka menolong musuh..
Saya ada seorang kenalan penoreh getah, kalau ada 2 getah keping, dia asingkan 2.. satu untuk dia dan keluarga, satu lagi untuk PAS.. dia sokong Ustaz Nasha, anda nak label dia apa?
Mat Sabu vs Nasha, saya sokong Mat Sabu tanpa mengutuk Nasha.. 3 penjuru, saya redha Mat Sabu atau TITM, tanpa mengutuk Nasha..
Kamu mengatakan Allah akan balas itu balas ini terhadap orang lain, saya ajak anda berfikir sejenak apa pula balasan Allah terhadap kamu nanti dengan tindakan kamu sekarang?
cukup kuat belit padwo ni.
mula tuduh orang lain cybertrooper, lepas tu x nak mengaku.
sebenarnya sikap kamu itulah yang membantu musuh.
Soalan kamu "Kamu mengatakan Allah akan balas itu balas ini terhadap orang lain, saya ajak anda berfikir sejenak apa pula balasan Allah terhadap kamu nanti dengan tindakan kamu sekarang?"
kamu yang perlu tanya apa nanti balasan yang kamu perolehi nanti dgn sikap pembelit kamu.
Kamu tak lihatkah bahawa balasan Allah telah pun berlaku kepada PAS Trengganu, Trengganu dah terlepas ke tangan UMNO sebab di dalam PAS Trengganu itu ada pemimpin yang tidak layak berada di dalam jemaah Islam tetapi sepatutnya berada di dalam UMNO.
Dan balasan selanjutnya dibaca dgn beradasarkan kpd balasan Allah yang terdahulu.
Mengapa kamu tidak menggunakan akal fikiran seperti yang disuruh AL-Quran?
wah! ada wali Allah rupanya di sini yang mengetahui secara specifik sebab-sebab musibah yang Allah turunkan kepada sesuatu kaum.. saya ingin bertanya, apa pula kesalahan PAS Kelantan sehingga tinggal satu kelebihan satu kerusi semasa PRU-11? Kemudian menang besar PRU-12, adakah ianya satu nikmat?
perangai sebahagian penyokong calon pemilihan PAS kali ini mengingatkan saya kepada ucapan George Bush atau Bennito Musollini "You're either with us, or against us".. no option for neutral..
belit lagi ko padwo... kini ambil Kelantan pula.
"apa pula kesalahan PAS Kelantan sehingga tinggal satu kelebihan satu kerusi semasa PRU-11? Kemudian menang besar PRU-12, adakah ianya satu nikmat?"
Skrg2nya maruah pas kelantan tidak seburuk maruah pas trengganu yang terus hancur di mana di negeri presiden yang menjadi MB boleh terlepas ke tgn UMNO.
dan kekalahan teruk tidak dijadikan bahan utk muhasabah, pas Terengganu masih diuliti dgn keghairahan utk bersama UMNO sehingga sanggup menggagalkan program 16 September.
Ustadz Ahmad Awang yang mendedahkan hipokritnya mereka di Muktamar pun dipancung daripada jawatannya sbg Pesuruhjaya PAS Perak.
percaya atau tidak, pas terengganu akan terus terbenam dalam lumpur selagi ianya tidak dibersihkan dari gol hipokrit, yg luarnya pas dalamnya umno.
bukankah Allah itu Maha Tahu?
semua calon bagus... Tapi untuk masa dpn negara m. Sabu la yg terbaik...
Sudah! Sudah! jangan berbalah lagi buat abis karan jer. Yang dok saling kata-mengata ni antara satu sama lain sampai dakwa mendakwa dan sebagainya ni perwakilan yang mengundi dalam Muktamar ker? Aku bukan ahli cuma penyokong tegar sahaja tapi aku tengok PAS dah macam umporno dia punya politiking, apahal? Tapi sebagai pemerhati aku nak tengoklah jugak kalangan bukan ulama yang jadi pemimpin kerana Islam itu untuk semua bukan hanya utk golongan ulama sahaja.
Presiden ulama tersohor maka apa salahnya abang Mat jadi timbalan. Lagipun abang Mat orang lama dalam PAS, pernah masuk ISA lagi dah memang terbukti tahan uji. Memang dia bukan ulama tapi fikrah beliau kadang2 lebih baik dari yang bergelar ulama dan ramai lagi pemimpin sebegini dalam PAS cthnya YB Khalid Samad, YB Husam, YB Nizar yang memang hebat dan mampu memimpin ummah.
moahd said...
"semua calon bagus... Tapi untuk masa dpn negara m. Sabu la yg terbaik..."
hang kena cakap, Mat Sabu je yg bagus, calon lain tak bagus..
Anonymous said...
"hang kena cakap, Mat Sabu je yg bagus, calon lain tak bagus.."
bukankah Allah itu Maha Tahu.. terdedah pekung si batuapi!
Saya dengar sebutan padwo ni macam bunyi paddy kutty saja... entah la.. mungkin juga saya tersalah dengar.
Sayang seribu kali sayang.Orang macam Padwo ni lama aje jadi ahli PAS tapi tak tahu apa yang berlaku diIbu Pejabat PAS.Hari Minggu lalu TGNA sudah dedahkan UMNO tawar 3 jawatan menteri kepada puak UG.Kalau Padwo nakkan kesohehan berita ni,pergi tanya sendiri dengan Stopa Ali.Tak payah nak berkuliah disini,orang bukan bodoh sangat.Itu baru TGNA bongkar kisah 3 jawatan menteri,belum lagi apa yang berlaku diIstana Trengganu,baru-baru ini.Kalau Padwo tak tahu atau sengaja tak mau tahu semua ini,jangan buang letrik nak tulis panjang-panjang.You can fool some people some time but you cannot fool all the people all the time.
Catat Ulasan