30 Mei 2011

Pancutan Air Di Masjid Di Sulawesi Disangka 'Ajaib' Rupanya Dari Paip Bocor

Sulawesi: Kewujudan pancutan air di sebuah masjid di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia, tiba-tiba menggemparkan penduduk kerana air itu dipercayai mempunyai 'keajaiban' atau sakti yang dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Kejadian yang berlaku di Masjid Al-Mubaraq itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu datang ke masjid berkenaan untuk mendapatkan air tersebut baru-baru ini.

Menurut penduduk tempatan, air yang keluar di tengah-tengah masjid itu boleh menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal-gatal, kurap serta banyak lagi jenis penyakit lain.

Selain didakwa bersih dan boleh di minum, ia juga dikatakan boleh mempermudahkan jodoh seseorang.

Selepas tersebarnya berita itu, penduduk luar turut datang untuk mendapatkan air 'sakti' itu, sehingga menyebabkan ruang solat yang dilimpahi air pancutan dikerumuni orang ramai dan menjadi tempat mandi kanakkanak.

Laman berita Kompas.com melaporkan bahawa kepercayaan penduduk tentang kemujaraban air itu semakin menebal selepas ketua mukim dan daerah sendiri turut mengesahkannya.

Pihak masjid yang bimbang orang ramai akan terpengaruh dengan halhal mistik ekoran kejadian ini segera melekatkan peringatan di masjid itu.

Malangnya, ia tidak diendahkan pengunjung yang semakin ramai.

Bagaimanapun, empat hari selepas kejadian itu, punca sebenar air pancutan tersebut akhirnya terbongkar apabila petugas Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) mendapati ia sebenarnya daripada paip yang bocor.

Perkara itu disahkan lagi apabila pekerja PDAM menggali di tempat besar yang bocor di situ.

Ini sekali gus menyebabkan penduduk kawasan itu, yang sebelum ini berebut-rebut mendapatkan air tersebut, bertindak membuang air yang mereka telah kumpulkan sebelum ini. -- Agensi.

4 ulasan:

mahaza berkata...

Dulu kat Tganu pun ada gak camni rasanya

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualaikum,

Melayu Nusantara ni suka citer2 antu dan tahyul! Sekarang banyak citer seram kat TV dan filem Melayu, apa ke jadah!

MDS TECH SOLUTIONS berkata...

jenis manusia malas nak beramal.. Suka nak cari keberkatan cepat.. silap2 boleh jd syirik

Tanpa Nama berkata...

Benda yang dah pasti ajaib iaitu Al-Quran tidak dipedulikan, yg dikejar air, batu, barang pertapaan dan 1001 macam benda mistik yg tak masuk akal.

Sekarang pun banyak barang ajaib moden dijual dgn harga mahal spt pendant gunung berapi - yg pasti ramai dah terjebak ialah orang Melayu Islam.

Padan la org bukan Islam payah nak terima Islam sbb mengejar benda yg serupa dengan apa yang mereka juga kejar.

Moga Allah swt pelihara kita serta anak cucu kita dari amalan khurafat seperti ini.


Azmi Rawang