30 Mei 2011

Ekoran Kenaikan Tarif Elektrik 7%, Harga Makanan Akan Turut Naik

Ekonomis jangka harga makanan turut naik

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya. -mk


Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan
Mei 30, 11 5:20pm
Kongsi 3565
Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting. -mk


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

insyaallah BN dan UMNO akan diturunkan oleh rakyat

Zuones berkata...

Terima kasih kepada semua pengundi bn tidak kira dimana anda berada kerana mu bil elektrik naik... teruskan undi bn barang naik... Paling utama Ingat kenaikan ini tiada kaitan dengan PR.. Kamu yang bersalah kerana terus diperbodohkan oleh bn umnoapco.. UNDILAH PR Insya Allah beban rakyat akan diatasi

Tanpa Nama berkata...

Ayat last - "Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.

Amboi, sdapnye bahasa hang...hang tgk la nanti, mulut hang aku sumbat ngan kertas undi...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kpd pengundi-pengundi BN krn anda semua rakyat tlh menderita... rakyat menberi amanah ttp rakyat dipersalahkan krn membazir.

Kakakah berkata...

Naikkan apa yg. perlu ; jangan naikkan gaji. KO lah lepas ni.