Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel semakannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.
Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.
Sambil melaungkan “Stop Lynas” (hentikan Lynas) dan“Lynas go back Australia” (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku.
Bantahan itu turut mengundang perhatian penginap hotel, termasuk pelancong asing yang mengambil kesempatan mengambil gambar dan menepuk tangan tanda sokongan.
Kelihatan pekerja hotel menarik kain langsir untuk menghalang kelibat penduduk itu kelihatan mereka terus berganjak ke tempat lain.
Pihak hotel bagaimanapun tidak menghentikan bantahan itu.
Pengawal kesalaman yang bertugas hanya memerhatikan manakala polis pula hanya tiba selepas kumpulan itu bersurai pada jam 8.40 pagi.
Bantahan ini antara beberapa siri sebelumnya. Ia sentiasa berlangsung walaupun kerajaan memberi jaminan operasinya akan selamat dengan mendakwa panel apakar akan menelitinya. -mk
Batal Kilang Lynas Jika Bahayakan Penduduk, Kata Pakatan
SUBANG JAYA 29 MEI : Kerajaan Persekutuan sepatutnya melaksanakan kajian berwibawa dan bebas keatas kesesuaian membina kilang pemerosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang sebelum meluluskan projek kontrovesi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya kelulusan diberikan untuk syarikat Lynas dari Australia membina kilang RM700 juta itu tanpa menangani isu radiasi dan aspek-aspek keselamatan lain secara telus dan bertanggungjawab, tambah beliau.
"Macam Lynas, mereka kata tak apa, pakar IAEA telah mengkaji, IAEA Malaysia? Kita kena ada pandangan bebas mengenai perkara ini kerana ini berkaitan dengan nyawa manusia, kadang-kadang saya tak faham.... senang-senang sahaja mereka luluskan."
Anwar berkata demikian pada sesi dialog bersama 400 golongan profesional belia di Hotel Empire, Subang petand tadi.
Beliau berkata Putrajaya sepatutnya tidak berkompromi dengan syarikat terbabit tidak mementingkan keuntungan pelaburan semata-mata.
"Kalau tanya saya, apa yang patut buat adalah mendapatkan khidmat pakar untuk melihat dan berbincang terlebih dahulu mengenai perkara yang patut dan tidak boleh dilakukan dan yang paling penting (menilai) risiko besar projek ini. Jangan terus laksanakan tanpa memikirkan kesan kepada orang awam," tegas beliau.
Anwar berkata kerajaan Umno-Bn sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman negara luar. Terbaru adalah radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Mac lalu.
"Macam mana keperluan pun, kalau ia membawa risiko kepada nyawa dan keselamatan kepada manusia, adalah lebih baik jangan mengambil risiko (itu) langsung." kata Anwar.
Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di Gebeng menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang membahayakan orang ramai. -tvsnews
2 ulasan:
Aku suka ayat ini "
Pengawal keselamatan yang bertugas hanya memerhatikan manakala polis pula hanya tiba selepas kumpulan itu bersurai pada jam 8.40 pagi."
Tak nampak pun Tantawi dengan Pemuda PAS.Ini isu penting yang boleh dikatakan isu hidup-mati bukan nak sekat konsert rock atau nak sekat konsert tarian gelek.Kemana perginya,Pesuruhjaya PAS Pahang?Nak rebut jawatan tinggi dipusat tapi negeri sendiri dibiarkan jadi tempat buangan toxid.Rakyat biasa buat protes pimpinan PAS Pahang tidur nyenak.
Catat Ulasan