10 Mei 2011

[Bergambar] Musim Orang-orang Kuat UMNO Sertai PAS

Berita 1

Bekas Orang Kuat Umno Ketereh sertai PAS

KOTA BHARU, 9.Mei - Kekalutan dan kecelaruan dalam Umno masa kini serta pemerhatian serius perkembangan PAS di Kelantan menyebabkan bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh yang juga merupakan orang kanan kepada Tan Sri Annuar Musa sanggup keluar dari Umno dan menyertai PAS hari ini.

Penyerahan borang keahlian PAS Haji Sabri Shafie telah diterima sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini di pejabat beliau.

Tuan Guru ketika ditemui berkata kemasukan orang kuat umno ini adalah satu kehendak Allah sendiri dan ini membuktikan PAS yang mentadbir Kelantan lebih 21 tahun ini bukan sahaja diteliti masyarakat umum malah oleh orang kanan parti umno sendiri.

“ Kita lihat walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan oleh pihak lawan terhadap PAS masa kini, namun ia tidak boleh menafikan kebenaran yang ada dan kemasukkan orang kuat umno Ketereh ini adalah salah satu langkah terbaik dan diharap dapat menyedarkan rakan-rakan beliau yang masih ada dalam umno untuk kembali ke dalam PAS”ujar beliau.

Nik Aziz juga berkata pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh pihak lawan jelas tidak dapat memikat hati mereka yang benar-benar ikhlas untuk bersama dalam perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan di saat ini ia boleh menguatkan lagi perjuangan PAS di kawasan Ketereh khususnya.

Sementara itu menurut Haji Sabri, kemasukkan beliau ke dalam PAS adalah kerana menyedari suasana politik masa kini memerlukan masyarakat melayu bergabung dalam satu parti dan PAS adalah merupakan sebuah parti yang tepat untuk menyatukan masyarakat melayu yang umumnya beragama Islam.

Beliau yang merupakan ahli umno selama 38 tahun, sebelum ini adalah merupakan bekas ketua pemuda umno dan pernah menjadi calon umno di Dun Kadok telah meninggalkan parti tersebut pada awal November tahun lepas dan kini menyertai PAS berharap orang melayu di negara ini khususnya di Kelantan beralih arah ke parti PAS bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Islam dan mengekalkan Kelantan di bawah pimpinan ulamak.

“Saya amat terharu kerana hari ini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sanggup menerima kehadiran saya bersama rakan-rakan ke pejabatnya dan menyerah sendiri borang keahlian PAS seumur hidup dan berjanji akan membantu jentera PAS dalam menangkis segala tohmahan dan fitnah parti umno demi perjuangan Islam”katanya lagi.

Turut hadir di pertemuan tersebut Senator Haji Rosli Ibrahim dan Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Nik Wan Yusoff. -gegarkelantan






Berita 2

Bekas Pembantu Khas (PA) Exco kerajaan Negeri Sembilan Sertai PAS
Anuar [dua dari kanan] ketika bercakap kepada media selepas umumkan sertai PAS

Bekas Pembantu Khas (PA) Exco kerajaan Negeri Sembilan, Yunus Rahmat iaitu Anuar Hashim meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS itu kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Mohd Omar.

Anuar berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu sudah membelakangi perjuangan asalnya dan menyalahgunakan Islam.

"Umno telah mengambil pendekatan fitnah dalam politiknya dan ia sudah tidak selari dengan kehendak Islam," kata beliau dalam satu sidang media bersama Pesuhjaya PAS Negeri Sembilan itu.

"Saya menyertai PAS kerana perjuangannya sentiasa konsistem dengan Islam sejak dahulu hingga kini," kata Anuar. -HD

Negeri state exco’s PA quits Umno

Anuar Hashim decides to throw his lot behind PAS, saying Umno has strayed from its orginal struggle and indulging in slanderous politics

JELEBU: Negeri Sembilan state exco Yunus Rahmat’s personal assistant Anuar Hashim has quit Umno saying that he is fed up of the party’s ‘slanderous politics’.

An Umno stalwart for 35 years, Anuar, the personal assistant to the state agricultural, entrepreneur development and cooperative exco has decided to throw in his lot behind PAS.

He declared this at a press conference arranged by Jelebu PAS chief Kateran Marman over the weekend. Anuar said Umno has strayed from its original struggle and was abusing Islamic principles and teachings.

“Umno is indulging in slanderous politics and the actions of the party at the moment is not aligned with Islamic teachings.

“There are bigger and pressing issues that need to be addressed, like lack of job opportunities for graduates. Intead it’s abusing its power with slanderous politics.

“I decided to join PAS as it has been consistent in its struggle based on Islamic values and principles,” said Anuar.

“I have seven children who are all graduates, yet none of them are able to secure a government job.”

Felda mismanagement

On another matter, Anuar, who has served Felda or the Federal Land Development Authority for 23 years as an administrator, also criticised Umno for mismanagement of the scheme.

“When former Prime Minister Tun Abdul Razak launched the Felda scheme, it was to help the poor manage their own land and improve their lot.

“Now because of mismanagement by Umno-BN, the poor settlers are not fully benifitting from the scheme introduced by Razak,” said Anuar.

Felda’s cash reserve was around RM4.5 billion in 2004, but the amount has since declined to RM200 million.

Anuar pledged to convince many of his Umno colleagues to join PAS and work to help Jelebu PAS put up a good showing in the impending 13th general election.

State PAS commissioner Zulkefly Mohamad Omar welcomed Anuar into PAS, saying it will be a morale booster for the party in Jelebu, one of Umno’s fortresses in Negeri Sembilan. -FMT




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah ramai dah sedar 54 tahun UMNO perintah malaysia dengan meminggirkan umat islam

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...memang tepat pada masanya ahli-ahli UMNO menyertai Pas bagi meneruspan perjuangan politik tanahair.

Tinggal lah UMNO yang telah lama diberi kuasa memerentah namun telah tidak membawa kebaikan kepada agama, bang dan juga tanahair.

Eloklah beralih kepada Pas dan PR yang lebih istiqomah dalam perjuangan membela rakyat dan bersih dari rasuah dan penyelewengan kuasa.

Berubahlah demi kebaikan dan kesejahteraan semua.

Tanpa Nama berkata...

Disamping itu kita kena berwaspada kerana dah nak dekat mengundi ni maka ramailah geng umporno yang murtad (keluar parti). Dia orang ni bila bila masa saja boleh buat U-Turn. Lihat sajalah PRU yg lepas. Kita kena belajar dari kesilapan. Buat perjanjian mana mana wakil rakyat yg menang kalau keluar parti secara automatik kerusinya kosong.

Tanpa Nama berkata...

panjang said
alhamdullillah seruan tuan guru haji hadi dan org pas yang lainnya disahut oleh org UMNO.. org UMPORNO x mungkin akan ikut jejak langkah ni...wakakaka.