11 Apr 2011

TERKINI: Helikopter Bawa Rombongan TPM Terhempas Di Sibu

Sibu: Sebuah helikopter yang baru menghantar anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terhempas ketika hendak mendarat di padang berhampiran Wisma Sanyan, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Gambar: Sebuah helikopter terhempas setelah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengah hari ini. Manakala Juruterbang helikopter itu dikejarkan ke Hospital Sibu dan keadaanya tidak di ketahui. -Bernama

Helikopter milik Sabah Air itu dipercayai terhempas akibat angin kencang. -BH

Ulasan GB

Helikopter tempas. Mujur TPM tidak ada bersama.

Entah apa perancangan TPM di Sibu, kita tidak tahu, tapi Tuhan Maha Tahu.

Ini bukan kali pertama helikopter yang membawa rombongan Muhyiddin bermasalah.

Kali pertama ialah pad abulan Ogos tahun lalu di mana helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawanya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, ketika itu turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, demikian lapor Bernama.

GB sewaktu itu telah mengulas di SINI. Petikan:

Muhyiddin telah menggunakan kemudahan harta kerajaan (helikopter nuri) untuk melakukan kerja-kerja partinya, UMNO bukan untuk melakukan kerja-kerja sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan biar saja Allah menegur pebuatannya kerana teguran manusia tiada satu pun yang didengar oleh Muhyiddin ini. -GB


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah saya jelaskan sebelum ini.... Allah SWT telah menunjukkan bala satu demi satu..... supaya mereka-mereka fahanm sadar dan insaf!!! tapi mereka tetap berdegil.... sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua!!!

Tanpa Nama berkata...

Rasenya Tanda BN akan Jatuh...hehe

Waris berkata...

Nasib baik tak MAMPOS... Makam pahlawan kat masjid negara tu masih ada ruang lagi tak?

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya salah ke tak guna harta kerajaan utk kempen BN???